Padang baharu patut diberi lebih masa

KUALA LUMPUR 14 Okt. –  Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan padang baharu di Stadium Nasional, Bukit Jalil (SNBJ) sepatutnya diberikan lebih masa untuk berada pada kualiti terbaik. Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menyuarakan pandangan di Facebook selepas kualiti permukaan padang di Stadium Nasional yang baru dinaik taraf menggunakan rumput jenis Zeon Zoysia dipersoal peminat bola sepak tanah air. Ia susulan rumput di SNBJ itu tercabut di beberapa bahagian padang ketika aksi sulung Pestabola Merdeka 2023 antara Malaysia dan India, malam tadi. “Padang itu…

Read More

Mengekalkan ‘Kampung Cina’ bukan China Town

SEPANG 13 Okt. –  Cadangan Exco Terengganu untuk menjenamakan semula Kampung Cina kepada China Town adalah sesuatu yang amat mengejut dan mengecewakan, kata Ketua Penerangan Putra Shahrulufti Sharif. Beliau menyifatkan tindakan itu adalah langkah tidak sensitif dan tidak menghormati warisan dan identiti penduduk tempatan yang telah lama menetap di kawasan tersebut. “Anda seolah-olah ingin menghapuskan sejarah dan budaya Tanah Melayu,”katanya dalam satu kenyataan bagi mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri Terengganu  Razali Idris. Razali dilaporkan berkata, Kerajaan Terengganu akan menjenamakan semula Kampung Cina di…

Read More

Sanusi kecewa KXP tercicir dalam Belanjawan 2024

ALOR SETAR 13 Okt. – Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor kecewa apabila projek berimpak tinggi yang dirancang termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) tidak disebut dalam Belanjawan 2024. Beliau berkata, kerajaan negeri sudah menyatakan bahawa apa yang diperlukan hanya kelulusan Kementerian Pengangkutan bukan pembiayaan kerana projek ini akan dibangunkan secara Inisiatif Kewangan Swasta (PFI). “Projek KXP adalah keperluan masa hadapan negara dan akan menjadi ‘economic game changer’ yang terpenting. “Kita harap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, akan menimbangkan semula cadangan ini,” katanya…

Read More

Tiada pertemuan PM dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan sokongan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid kepada Kerajaan Perpaduan adalah atas pilihan peribadi. Ahmad Zahid menegaskan tiada perjumpaan atau panggilan telefon daripada Perdana Menteri Anwar Ibrahim kepada pemimpin tersebut. “Kabinet telah dimaklumkan pagi tadi bahawa Ahli Parlimen Kuala Kangsar tidak pun telefon atau bertemu dengan Perdana Menteri atau mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri mengenai sokongan beliau kepada Kerajaan Perpaduan tanpa beliau keluar daripada partinya. Perkara ini atas peribadi beliau sendiri,” katanya dalam sidang media di…

Read More

Intipati Belanjawan 2024 Malaysia Madani

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat, pukul  4 petang 13 Oktober 2023. Ia adalah belanjawan kedua dibentangkan di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar, yang juga Menteri Kewangan. Berikut adalah intipati Belanjawan 2024: ● Belanjawan 2024 : Sejumlah RM303.8 billion diperuntukkan untuk belanja mengurus, RM90 billion bagi belanja pembangunan dan RM2 billion untuk simpanan luar jangka. ● Belanjawan 2024 : Penambahan siling RMK12 sebanyak RM15 billion menjadikan jumlah keseluruhan RM415 billion untuk tempoh lima tahun. ● Belanjawan 2024 : Beberapa langkah reformasi percukaian…

Read More

Belanjawan 2024 peruntuk RM393.8 bilion

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2024 memperuntukkan sejumlah RM393.8 bilion, peningkatan ketara berbanding Belanjawan 2023 dengan peruntukan RM372.3 bilion dan Bajet 2022 yang berjumlah RM322 bilion Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, belanjawan bertemakan ‘Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat’ ini menyediakan RM303.8 bilion bagi Belanja Mengurus dan RM90 bilion bagi Belanja Pembangunan dan RM2 bilion ringgit simpanan luar jangka. “Perbelanjaan ini membabitkan penambahan siling Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) sebanyak RM15 bilion lagi, menjadikan jumlah keseluruhan RM415 bilion untuk tempoh lima tahun. “Penambahan ini menunjukkan kerajaan mengamalkan pendekatan fiskal yang mengembang dan pada…

Read More

Himpunan Solidariti Bersama Gaza di Masjid Negara

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Lebih 5,000 individu termasuk Ahli Parlimen kerajaan, pembangkang, pemimpin parti politik dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) tempatan menyertai Himpunan Solidariti Bersama Gaza di Masjid Negara, hari ini. Pada himpunan itu, pemimpin politik kerajaan dan pembangkang duduk sepentas bagi menyatakan sokongan dan solidariti terhadap Palestin. Antara yang hadir dan memberi ucapan ialah Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin; bekas Perdana Menteri,  Dr Mahathir Mohamad; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan,  Mohamad Sabu. Turut serta Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh: Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli; Ketua…

Read More

Sokong penuh kepemimpinan PN

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Ahli-Ahli Parlimen Bersatu membuat ketetapan untuk kekal istiqamah berdiri teguh menyokong penuh kepemimpinan Perikatan Nasional (PN), kata Setiausaha Agungnya  Hamzah Zainudin. Dalam satu kenyataan, Hamzah berkata, Bersatu juga pada masa yang sama mengutuk keras tindakan intimidasi serta penyalahgunaan kuasa terhadap mana-mana ahli Parlimen. Terdahulu satu pertemuan khas Presiden Bersatu,  Muhyiddin Yassin bersama Ahli-ahli Parlimen Bersatu diadakan di sini pagi ini. Difahamkan pertemuan itu susulan kenyataan Ahli Parlimen Kuala Kangsar Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang menyokong kepemimpinan Perdana Menteri  Anwar Ibrahim mulai semalam.  

Read More

Batu Pahat kekal IPU tidak sihat

SEPANG 13 Okt. – Stesen Batu Pahat, Johor masih mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat apabila merekodkan bacaan 152 berbanding 155 semalam. Berdasarkan kemas kini terbaharu di laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) 10 pagi ini, IPU tidak sihat juga direkodkan di Alor Gajah, Melaka iaitu 151. Sementara itu, 19 stesen di Semenanjung merekodkan IPU pada tahap baik apabila mencatatkan bacaan di bawah 50. Antaranya Kangar (21), Langkawi (30), Sungai Petani (45), Besut (35) dan Indera Mahkota Kuantan (48). Bagi Sabah dan Sarawak, 11 stesen mencatatkan…

Read More