4 kawasan IPU tidak sihat

KUALA LUMPUR 18 Okt. – Empat kawasan di tiga negeri di Semenanjung mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 9 pagi ini dengan Klang di Selangor mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 155.

Tiga lagi kawasan yang merekodkan bacaan IPU tidak sihat adalah Seri Manjung, Perak (123), Tangkak, Johor (119) dan Petaling Jaya, Selangor (107).

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar, sejumlah 54 kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana manakala 10 kawasan mencatat bacaan IPU baik.

Untuk rekod bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Related posts

Leave a Comment