KUALA LUMPUR 29 Dis. – Pangkat bukan untuk bermegah-megah sebaliknya tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini. Ketika memberi peringatan itu kepada pegawai-pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM), beliau berkata, pangkat datang dengan amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan ikhlas dan jujur. “Walau sebesar mana pangkat kita, kita akan bersara juga, tiada yang kekal selama-lamanya. Yang datang akan pergi, yang naik akan turun dan yang hidup akan mati. “Ia bukan untuk kita bermegah-megah. Ingatlah dosa pahala, dunia dan…
Read MoreYear: 2023
Koo Ham tidak berpijak di bumi nyata
KUALA LUMPUR 29 Dis. – UMNO menolak pelantikan pakar bukan Islam dalam Jawatankuasa Mengkaji Bidang Kuasa Mahkamah Syariah, malah menyifatkan cadangan Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham sebagai ‘tidak berpijak di bumi nyata.’ Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, penegasan itu sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan. Katanya , cadangan wakil rakyat DAP berkenaan juga hanya akan mencetuskan polemik tidak perlu dalam suasana harmoni rakyat pelbagai agama dan kaum selama ini. Tambahan pula, Mahkamah Syariah dikhususkan kepada rakyat beragama Islam, manakala proses menambah baik dan menaik tarafnya sejak UMNO menerajui…
Read MoreBerita pilihan..
Pemimpin “duri dalam daging”
SEPANG 29 Nov. – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyifatkan Ahli Parlimen Beruas, dari DAP Ngeh Koo Ham, sebagai contoh pemimpin yang tidak mahu memahami sensitiviti orang islam di negara ini. Ketuanya Dr Akmal Saleh berkata, pemimpin seperti inilah yang menjadi duri di dalam daging bagi Kerajaan Perpaduan yang turut melibatkan kerjasama anggota parti komponen Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN). “Anthony Loke Siew Fook (Setiausaha Agung DAP) sila pilih sama ada mahu melindungi pemimpin seperti ini ataupun mahu memelihara hubungan sesama parti di dalam kerajaan perpaduan “Jika mahu menjaga pemimpin…
Read MoreNawaz Sharif diterima calon PM
SLAMABAD: Bekas Perdana Menteri, Nawaz Sharif yang pulang ke tanah air pada Oktober lalu selepas empat tahun hidup dalam buangan sendiri di London, kini menawarkan diri untuk jawatan Perdana Menteri dalam pilihan raya 2024. Suruhanjaya Pilihan Raya Pakistan, menerima pencalonan Sharif bagi pemilihan pads 8 Februari 2024, beberapa minggu selepas mahkamah membatalkan dua sabitan rasuah membabitkannya. Bagaimanapun, Sharif masih perlu menghapuskan hukuman larangan seumur hidup untuk memegang mana-mana jawatan awam bagi melayakkan dirinya bertanding. Sharif dilarang bertanding dalam pilihan raya oleh Mahkamah Agung pada 2017 apabila beliau didapati tidak jujur…
Read MoreMedia Hari Ini Jumaat 29.12.2023
4 lelaki cuba bawa masuk vape ditahan
SINGAPURA 28 Dis. – Cubaan empat lelaki untuk membawa masuk vape dari Malaysia melalui Pusat Pemeriksaan Tuas gagal apabila mereka ditahan ketika satu pemeriksaan kereta yang mereka naiki pada 21 Disember lalu, Suspek yang berusia 16, 18, 20 dan 24 tahun ditahan untuk siasatan dua hari selepas pihak berkuasa Singapura mengumumkan bahawa ia akan mengetatkan lagi pemeriksaan penguatkuasaan di pusat pemeriksaan bagi membanteras vape. Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam kenyataan bersama menyatakan hasil siasatan menunjukkan suspek membeli vape dan komponen berkaitan dari sebuah…
Read MoreAngka mangsa banjir meningkat
SEPANG 28 Dis. – Sebanyak 26,827 mangsa banjir direkodkan di 16 daerah di lima negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah sehingga pukul 12 tengah hari ini, berbanding 25,849 semalam. Berdasarkan Laporan Harian Bencana Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), ia membabitkan 8,486 keluarga yang ditempatkan di 130 pusat pemindahan sementara (PPS). Menurut NADMA, tiga daerah yang paling teruk terjejas ialah Pasir Mas, Kelantan membabitkan 18,293 mangsa daripada 5,958 keluarga, diikuti Dungun, Terengganu (2,966 mangsa, 834 keluarga) dan Tumpat, Kelantan (1,732 mangsa, 592 keluarga). Turut terjejas 13 daerah lain iaitu…
Read MoreDaim nafi terbabit rasuah, salah laku
PUTRAJAYA 28 Dis. – Bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin menafikan beliau dan keluarganya terbabit dalam rasuah atau sebarang salah laku, sebaliknya mendakwa siasatan terhadapnya bermotifkan politik. Daim mendakwa, sehingga kini beliau tidak dimaklumkan mengenai kesalahan yang dilakukannya walaupun sudah berkali-kali mengajukan perkara itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). “Saya boleh mendedahkan bahawa kami menerima surat yang ditandatangani oleh (Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri) Azam Baki sendiri yang menolak secara langsung untuk memberitahu apa kesalahan saya. “Namun, terdapat usaha terancang untuk memburukkan saya dengan mengeluarkan maklumat salah dan sindiran tidak…
Read MoreRM50 juta bantu mangsa banjir Kelantan
PASIR MAS 28 Dis. – Kerajaan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan menyalurkan bantuan awal sebanyak RM50 juta untuk mangsa banjir di Kelantan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, peruntukan itu akan disalurkan terus kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) dan kawasan sekitar. “Menerusi peruntukan berkenaan, setiap keluarga akan menerima RM1,000 dan tambahan bantuan lain bergantung pada kerugian yang dialami mangsa banjir,” katanya selepas melawat PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati, di sini, hari ini. Turut hadir ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.…
Read More