Pemimpin “duri dalam daging”

SEPANG 29 Nov. – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyifatkan Ahli Parlimen Beruas, dari DAP Ngeh Koo Ham, sebagai contoh pemimpin yang tidak mahu memahami sensitiviti orang islam di negara ini.

Ketuanya Dr Akmal Saleh berkata, pemimpin seperti inilah yang menjadi duri di dalam daging bagi Kerajaan Perpaduan yang turut melibatkan  kerjasama anggota parti komponen Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“Anthony Loke Siew Fook (Setiausaha Agung DAP) sila pilih sama ada mahu melindungi pemimpin seperti ini ataupun mahu memelihara hubungan sesama parti di dalam kerajaan perpaduan

“Jika mahu menjaga pemimpin seperti ini,maka kita boleh lupakan hubungan antara kerajaan perpaduan,” katanya melalui hantaran di Facebooknya.

Dr Akmal mengulas saranan Koo Ham supaya kerajaan melantik pakar daripada masyarakat bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi

Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-undang Islam

Koo Ham dilaporkan berkata, langkah itu bagi mengambil kira pandangan orang bukan Islam sebelum sebarang perubahan pada undang-undang dibuat.

Katanya, Perlembagaan dibentuk dengan mengambil kira kepentingan semua golongan, maka sebarang perubahan yang memberi kesan kepada kaum dan agama mesti dibincangkan secara menyeluruh untuk mengelakkan konflik.

Dalam pada itu Akmal mengingatkan  undang-undang syariah adalah terpakai untuk orang islam sahaja, maka tidak perlu dan tidak ada keperluan atas cadangan yang sangat bodoh ini.

“Cukup-cukuplah,” kata Akmal.

Jawatankuasa Khas itu yang ditubuhkan awal bulan ini bertanggungjawab mengkaji isu-isu melibatkan bidang kuasa Persekutuan dan negeri, khususnya berkaitan kompetensi DUN mengenai penggubalan undang-undang Islam serta bidang kuasa mahkamah, sebagaimana diperuntukkan Perlembagaan.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi dilantik sebagai Pengerusi yang turut dianggotai 10 individu lain.

Antara yang dilantik menganggotai Jawatankuasa Khas itu ialah bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Mohd Zawawi Salleh; Anggota Majlis Agama Islam Selangor,  Salehuddin Saidin dan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Negeri Melaka,  Mohd Nadzri Abdul Rahman.

Nnn

Related posts

Leave a Comment