Nawaz Sharif diterima calon PM

SLAMABAD: Bekas Perdana Menteri, Nawaz Sharif yang pulang ke tanah air pada Oktober lalu selepas empat tahun hidup dalam buangan sendiri di London, kini menawarkan diri untuk jawatan Perdana Menteri dalam pilihan raya 2024.

Suruhanjaya Pilihan Raya Pakistan, menerima pencalonan Sharif bagi pemilihan pads 8 Februari 2024, beberapa minggu selepas mahkamah membatalkan dua sabitan rasuah membabitkannya.

Bagaimanapun, Sharif masih perlu menghapuskan hukuman larangan seumur hidup untuk memegang mana-mana jawatan awam bagi melayakkan dirinya bertanding.

Sharif dilarang bertanding dalam pilihan raya oleh Mahkamah Agung pada 2017 apabila beliau didapati tidak jujur kerana tidak mendedahkan pendapatan daripada syarikat milik anaknya.

Baru-baru ini, mahkamah membatalkan dua sabitan kesalahan rasuahnya.

Cabaran terbesar Sharif ialah pesaing utamanya, iaitu bekas wira kriket, Imran Khan, yang kini sedang dipenjarakan kerana kesalahan rasuah, tetapi kekal popular berikutan penyingkirannya daripada jawatan Perdana Menteri pada 2022.

Khan, 71, hilang kelayakan daripada pilihan raya kerana sabitan rasuah tetapi  memfailkan kertas pencalonan untuk pemilihan pada Jumaat, lalu.

Related posts

Leave a Comment