Tiada sambutan Ambang Tahun Baharu

SHAH ALAM 30 Dis. – Kerajaan Persekutuan tidak membuat sebarang perancangan untuk mengadakan sambutan Ambang Tahun Baharu 2024, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata ia sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin yang sedang ditindas kejam oleh rejim zionis Israel dan menghormati mangsa banjir di beberapa negeri. “Di peringkat kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan mungkin diadakan program sambutan yang bersesuaian dengan keadaan setempat,” katanya selepas merasmikan Perhimpunan Agung Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) di sini malam tadi. Media sebelum ini melaporkan Jabatan Kemajuan Islam…

Read More

Jumlah mangsa banjir di PPS turun

PUTRAJAYA 30 Dis. – Jumlah mangsa banjir di empat negeri yang berlindung di 70 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam tadi menunjukkan penurunan kepada 16,919 orang berbanding 20,036 orang di 82 PPS pada sebelah petang. Berdasarkan laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), mangsa banjir di Pahang yang berlindung di enam PPS di daerah Bera, Maran dan Temerloh berkurangan kepada 120 berbanding 214. Selain itu, jumlah mangsa yang ditempatkan di sebuah PPS yang dibuka ekoran kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands kekal 87 orang daripada…

Read More

Video palsu PM Singapura promosi pelaburan

SINGAPURA 29 Dis. – Perdana Menteri,  Lee Hsien Loong, mengingatkan warga Singapura supaya berwaspada dan belajar melindungi diri daripada penipuan susulan tersebar video yang kononnya beliau mempromosikan produk pelaburan secara online. Video palsu tersebut menggunakan teknologi ‘deepfake’ iaitu teknik merubah wajah seseorang pada gambar atau video menggunakan gambar asli melalui kaedah tindan wajah. “Baru-baru ini, terdapat beberapa video audio ‘deepfake’ tentang saya yang dikatakan mempromosikan penipuan crypto. (Timbalan Perdana Menteri) Lawence Wong juga telah menjadi sasaran! “Para penipu ini menggunakan teknologi AI (kecerdasan buatan) untuk meniru suara dan gambar kami.…

Read More

Urus perbezaan antara parti cabaran terbesar Kerajaan Perpaduan

PUTRAJAYA 29 Dis. –  Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook sedar cabaran terbesar Kerajaan Perpaduan adalah bagaimana mengurus perbezaan antara parti yang berlainan dan menyatupadukan seluruh tenaga ke arah matlamat yang sama. Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata, percanggahan pendapat dalam isu-isu tertentu akan timbul dari masa ke semasa dan ini merupakan lumrah dalam dunia politik dan sistem demokrasi. “Kita perlu bertenang dalam menguruskan sebarang keadaan dan sentiasa berpegang kepada semangat permuafakatan,” katanya dalam mesej Tahun Baharu 2024 melalui Facebooknya malam ini. Beliau berkata pemimpin utama DAP dan anggota Jemaah…

Read More

Bukan Islam jangan campuri hal ehwal Islam

SHAH ALAM 29 Dis. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan orang politik khususnya yang bukan beragama Islam untuk tidak terus-menerus mencampuri urusan hal ehwal agama Islam. Malah, baginda meminta penganut agama-agama lain seharusnya mencontohi umat Islam yang tidak mencampuri hal ehwal agama lain di Malaysia. Dalam hal ini, baginda berkenan memetik ayat ke-enam Surah al-Kafirun di mana Allah SWT telah berfirman, (yang bermaksud) “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku” Baginda menitahkan demikian susulan cadangan Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham supaya kerajaan melantik pakar daripada orang bukan…

Read More

Pas kesal DAP terus undang polemik

KUALA LUMPUR 29 Dis. – Tindakan berterusan pemimpin DAP khasnya yang berada di luar kerajaan, membuat kenyataan-kenyataan yang bersifat divisif yang mengundang polemik tidak perlu berpotensi mencetuskan suasana tidak harmoni dalam masyarakat. Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan berkata, kecenderungan itu boleh mewujudkan ketidakharmonian berpanjangan mengikut garis kaum dan agama dalam masyarakat yang seharusnya dihindari sepenuhnya. Pas yang kesal dengan perkembangan ini merujuk cadangan Ngeh Koo Ham supaya kerajaan melantik pakar undang-undang dalam kalangan bukan Islam bagi membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri Untuk Menggubal Undang-undang Islam yang ditubuhkan awal…

Read More

Kenyataan Koo Ham satu kekhilafan – Anthony Loke

PUTRAJAYA 29 Dis. – Kenyataan Ngeh Koo Ham yang mencadangkan pelantikan pakar perundangan bukan Islam menganggotai Jawatankuasa Khas Mengkaji Bidang Tugas Mahkamah Syariah merupakan satu kekhilafan mengenai punca kuasa penubuhan jawatankuasa tersebut. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dalam kenyataannya berkata, Jawatankuasa tersebut ditubuhkan oleh Majlis Kebangsaan Hal- Ehwal Agama Islam (MKI) yang dipengerusikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. Ia bertujuan untuk menasihati Majlis tersebut dengan cadangan-cadangan memperkasakan bidang tugas Mahkamah Syariah. “Sebarang cadangan oleh jawatankuasa tersebut yang melibatkan sebarang pindaan undang-undang perlu dibawa ke Jemaah Menteri untuk…

Read More

Cadangan Koo Ham tidak berasas

PUTRAJAYA 29 Dis. – Cadangan berkaitan pelantikan pakar bukan Islam dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk Menggubal Undang-Undang Islam (Jawatankuasa Khas) adalah tidak berasas. Justeru Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),  Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata semua pihak diseru supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengundang kegelisahan awam. Katanya, dalam perkara dasar pentadbiran hal ehwal Islam termasuk isu dasar perundangan dan kehakiman syariah yang membabitkan urusan umat Islam, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan sentiasa merujuk Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama…

Read More