Bukan Islam jangan campuri hal ehwal Islam

SHAH ALAM 29 Dis. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan orang politik khususnya yang bukan beragama Islam untuk tidak terus-menerus mencampuri urusan hal ehwal agama Islam.

Malah, baginda meminta penganut agama-agama lain seharusnya mencontohi umat Islam yang tidak mencampuri hal ehwal agama lain di Malaysia.

Dalam hal ini, baginda berkenan memetik ayat ke-enam Surah al-Kafirun di mana Allah SWT telah berfirman, (yang bermaksud) “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”

Baginda menitahkan demikian susulan cadangan Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham supaya kerajaan melantik pakar daripada orang bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.

Dalam satu kenyataan, baginda yang juga Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) mengingatkan rakyat Malaysia khususnya yang bukan beragama Islam agar menghormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal Agama Islam di Malaysia.

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah MKI memegang amanah dan tanggungjawab bagi melaksanakan segala hal ehwal berkaitan umat Islam.

Titah baginda, MKI juga dianggotai oleh pakar-pakar yang arif dalam pelbagai bidang khususnya yang membabitkan undang-undang dan agama Islam.

Sultan Sharafuddin turut mengambil maklum kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berhubung isu berkenaan.

Anthony Loje dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan cadangan Ahli Parlimen Beruas berhubung pelantikan pakar perundangan bukan Islam bagi menganggotai Jawatankuasa Khas Mengkaji Bidang Tugas Mahkamah Syariah adalah satu kekhilafan mengenai punca kuasa penubuhan jawatankuasa itu.

Nnn

Foto FB Istana

Related posts

Leave a Comment