MCMC lindungi pengguna media sosial

PUTRAJAYA 15 Dis. – Tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menurunkan kandungan media sosial bukan untuk membataskan kepelbagaian pandangan, sebaliknya bagi melindungi pengguna daripada kandungan memudaratkan dalam talian. Menurut Komunikasi Korporat MCMC, statistik agensinya mendapati terdapat peningkatan sebanyak 24 kali ganda dalam kandungan memudaratkan di platform media sosial dan platform Over-The-Top (OTT) merangkumi Meta dan TikTok. Kandungan memudaratkan di platform media sosial dan OTT menunjukkan peningkatan ketara iaitu sebanyak 24 kali ganda daripada 1,019 pada 2022 kepada 25,642 pada tahun ini. “Kandungan itu termasuk penipuan (scam), penjualan haram, perjudian,…

Read More

Bekas Presiden ABIM pimpin Bersih

KUALA LUMPUR 15 Dis. – Bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Faisal Abdul Aziz menang tipis sebagai Pengerusi Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menewaskan, Gopalan K Papachan. Dalam proses pengundian hari ini, Faisal menang dengan perbezaan satu undi di mana beliau memperoleh 23 undi berbanding 22. Pelantikan Faisal itu adalah bagi menggantikan Thomas Fann, yang meletak jawatan bulan lepas dan tempoh perkhidmatan sebagai pemimpin Bersih ini adalah sehingga tahun 2025. Jawatankuasa pemilihan Bersih dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa pengundian itu dilakukan secara dalam talian dengan wakil 45 daripada…

Read More

Tiada jaminan Melayu kekal Perdana Menteri

KUALA LUMPUR 15 Dis. – Perubahan politik yang sedang berlaku dengan ‘deras’ di negara ini tidak lagi memberi jaminan hanya orang Melayu Islam boleh dilantik sebagai Perdana Menteri, kata  Muhyiddin Yassin. Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, persempadanan semula kawasan pilihan raya juga akan menambah kerusi milik DAP sekaligus mempunyai suara yang lebih besar dalam menentukan siapa Perdana Menteri pada masa akan datang. Beliau mendakwa, Perlembagaan Persekutuan juga tidak mensyaratkan hanya orang Melayu boleh menjadi Perdana Menteri. “Sekiranya majoriti Ahli Dewan Rakyat, termasuk Melayu dan bukan Melayu, menyatakan kepercayaan kepada…

Read More

Rafizi jemput ‘YB Viral’ sertai podcast “Yang Bakar Menteri”

KUAA LUMPUR 15 Dis. –  Menteri Ekonomi Rafizi Ramli telah menghantar surat jemputan kepada pempengaruh  “YB Viral” sebagai jurucakap undangan untuk bersamanya menyertai podcast “Yang Bakar Menteri” pada 8 Januari depan. Rafizi berkata, jika pempengaruh itu berani, “YB Viral” tidak perlu berselindung  sebaliknya boleh tampil dengan mengisi borang maklumat peribadi dan mengembalikan borang berkeaan ke pejabatnya. “Insya-Allah saya bagi ruang seluasnya untuk dia bakar saya dan buktikan saya menteri paling bodoh, seperti yang dijerit-jeritnya selama ini,” kata Rafizi dalam hantaran melalui Facebooknya. Ahli Parlimen Pandan itu yang sebelum ini sering…

Read More

Mansuh undang-undang ‘goda isteri orang’

PUTRAJAYA 15 Dis. – Mahkamah Persekutuan di sini sebulat suara memansuhkan Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang berkaitan menjenayahkan perbuatan lelaki yang menggoda isteri orang, kerana ia tidak berperlembagaan. Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat, berkata panel hakim berpendapat seksyen itu bercanggah dengan perlembagaan kerana ia mendiskriminasi secara tidak sah hanya atas alasan jantina, yang bertentangan dengan Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan. Katanya, Seksyen 498 hanya memberi hak kepada suami untuk bergantung kepada peruntukan itu dengan mengetepikan semua hak isteri, oleh itu ini adalah diskriminasi atas alasan jantina sahaja. “Hakikat bahawa…

Read More

Kerajaan atau pembangkang, Melayu kekal calon PM

BANGI 15 Dis. –  Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan calon Perdana Menteri sama ada dari kerajaan atau pembangkang pada masa hadapan adalah kekal daripada kaum Melayu. Justeru tiada keperluan untuk meminda perlembagaan supaya hanya orang Melayu-Islam boleh menjadi Perdana Menteri. “Sejak merdeka hingga sekarang, calon Perdana Menteri ialah Melayu. Selepas ini calon dari kerajaan pun Melayu, calon pembangkang juga Melayu. Jadi (kita) kena maju terus dan hak rakyat, semua warganegara kita harus pelihara. Jaga kepentingan semua rakyat, semua kaum dan semua wilayah,” katanya ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Surau…

Read More

KJ, Kian Ming saran lima langkah berjaga-jaga hadapi Covid-19

KUALA LUMPUR 15 Dis. – Semua pihak harus berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi melindungi semua masyarakat di dalam negara susulan lonjakan terbaharu kes Covid-19 sejak kebelakangan ini. Langkah itu penting supaya semua pihak perlu bersama-sama mengambil langkah pencegahan, sementara sektor awam bersedia menghadapi kemungkinan gelombang baharu jangkitan Covid-19. Demikian pandangan dan ingatan bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan bekas Timbalan Menteri Perdagangan, Antarabangsa dan Industri (MITI), Ong Kian Ming dalam satu kenyataan bersama hari ini. “Lonjakan terbaharu kes-kes Covid-19 ini diharap hanya bersifat sementara namun berdasarkan pengalaman berhadapan dengan…

Read More

Lebih sejuta lawatan Skim Perubatan Madani

KUALA LUMPUR 15 Dis. – Skim Perubatan Madani merekodkan lebih sejuta lawatan pesakit bagi rawatan sakit-sakit ringan percuma di klinik swasta berdaftar, sejak skim itu diperkenalkan pada 15 Jun lalu. Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sehingga semalam, sebanyak 1,005,645 rawatan sakit-sakit ringan diberikan kepada 785,623 pesakit, melalui 2,506 klinik swasta dengan jumlah perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM62.5 juta. “Kerajaan telah menunjukkan komitmen berterusan terhadap skim ini dengan memberi peruntukan sebanyak RM100 juta dalam Belanjawan 2024, agar skim ini dapat diteruskan pada tahun hadapan. “KKM dan ProtectHealth akan terus komited memantapkan…

Read More