Polis perlu sedikit masa cari dalang bunuh Zayn Rayyan

PETALING JAYA 8 Dis. – Pihak polis memerlukan sedikit masa untuk merungkai siapa dalang di sebalik pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditemukan meninggal dunia di Damansara Damai, Petaling Jaya, Selasa lalu. Ketua Polis Selangor,  Hussein Omar Khan, berkata setakat ini polis mempunyai maklumat terhad untuk melakukan apa-apa tangkapan dalam masa terdekat ini. “Bagaimanapun, kita boleh jamin pihak polis akan melakukan yang terbaik untuk mengesan mereka yang terlibat dan bawa mereka ke muka pengadilan,” katanya ketika sidang media di lokasi kejadian hari ini. Beliau berkata, pembunuhan Zayn Rayyan…

Read More

Pertimbang rayuan eMadani

PONTIAN 8 Dis. –  Kementerian Kewangan sedang mempertimbangkan rayuan bagi mereka yang layak memohon kredit e-dompet eMadani tetapi tuntutan mereka tidak berjaya disebabkan tidak memenuhi kelayakan. Timbalan Menteri Kewangan I, Ahmad Maslan berkata, pengumuman mengenai rayuan eMadani akan diumumkan dalam tempoh terdekat. Bercakap pada sidang media di sini, beliau berkata rayuan eMadani juga akan mengutamakan kelompok penerima yang layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR). “Tujuan eMadani adalah untuk memperkembangkan kaedah e-dompet bagi ekonomi digital diamalkan. Selain membantu rakyat, ia juga membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana. “Pada Rabu lepas, Kementerian…

Read More

Angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman

KUALA LUMPUR 8 Dis. – Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar  mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Kemaman di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Johari Abdul di sini hari ini. “Alhamdulillah, syukur Allah SWT memberi kekuatan untuk menghadapi semua ini dengan tenang. Tatkala ikrar saya telah sampai kepada semua, maka amanah yang  berat ini akan dipikul dan doakan agar ia dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. “Terima kasih atas sokongan tidak berbelah bahagi daripada kalian,” katanya melalui hantaran di Facebooknya. Turut hadir termasuk Timbalan Presiden Pas yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian,…

Read More

Isham akan terima surat pemecatan

KUALA LUMPUR 8 Dis. – Presiden UMNO,  Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Isham Jalil akan menerima surat pemecatannya dalam masa terdekat. “Beliau akan terima (surat), dalam waktu yang paling singkat,” katanya ringkas kepada pemberita di sini hari ini. Dr Ahmad Zahid sebelum itu menghadiri Majlis Pelancaran MyNEXT dan Pertukaran Dokumen Memorandum (MoC) Transformasi Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET), sempena Karnival Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani, di Bukit Jalil. Semalam Isham Jalil berkata walaupun belum menerima surat pemecatannya, beliau sudah disingkirkan daripada kumpulan WhatsApp…

Read More

Polis rakam lagi keterangan ibu bapa Zayn

KUALA LUMPUR 8 Dis. – Polis dijangka merakam sekali lagi keterangan ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6 dalam masa terdekat. Malam tadi, polis bertemu semula dengan ibu bapa kanak-kanak itu bagi mendapat sebarang maklumat baharu yang boleh membantu siasatan. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abdul Hamid, berkata, keterangan jiran dan saksi juga akan diambil dalam tempoh masa terdekat bagi melengkapkan siasatan. Polis turut selesai merakam keterangan saksi yang menemui mayat Zayn Rayyan, malam kelmarin. “Segala maklumat yang diperoleh daripada mereka perlu untuk siasatandan…

Read More

PSM mohon maaf kerosakan padang

KUALA LUMPUR 8 Dis. – Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) membuat permohonan maaf kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) selaku badan penganjur saingan Piala Malaysia 2023 berhubung isu kerosakan padang. Menerusi kenyataan media, semalam PSM turut memohon maaf kepada semua peminat sukan bola sepak negara terutamanya pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC) yang akan berentap di final Piala Malaysia, malam ini. “PSM mengakui tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membaiki dan mengembalikan padang ke tahap optimum selepas konsert Coldplay yang berlangsung pada 22 November lalu. PSM komited melakukan penambahbaikan…

Read More

PBB jangka lintasan baharu dibuka ke Gaza

GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangkakan pembukaan lintasan Kerem Shalom dari Israel ke Gaza tidak lama lagi dalam usaha membawa masuk bantuan. Bercakap pada sidang media, Ketua Kemanusiaan PBB Martin Griffiths, berkata rundingan sedang dilakukan dan beliau melihat ada tanda positif ke arah pembukaan lintasan itu. Pusat pemeriksaan Kerem Shalom antara Israel dan Gaza bertanggungjawab untuk kemasukan 60 peratus barangan ke wilayah yang dikepung sebelum bermulanya perang antara Israel dan Palestin. Ketika ini hanya lintasan sempadan Rafah dengan Mesir dibuka. “Kami berusaha untuk pembukaan Kerem Shalom dan bukan hanya sebagai…

Read More