KUALA LUMPUR 30 Nov. – Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif yang akan dijalankan secara sukarela, bermula dengan tempoh percubaan September tahun depan, setakat ini menerima sambutan baik daripada majikan, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli. Beliau berkata pihaknya perlu bersedia dengan kemungkinan berlakunya ‘lebihan’ syarikat yang akan menyertai dasar ini, walaupun pemilihannya kini membabitkan 1,000 syarikat. “Kita akan buka kepada pendaftaran April dan kita sudah bercakap dengan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), dewan industri dan sebagainya. “Saya yakin majikan akan menyertai, isunya lebih kepada siapa cepat, dia yang akan dapat…risikonya ialah terlalu banyak…
Read MoreDay: November 30, 2023
RUU kawalan produk rokok lulus tanpa GEG
KUALA LUMPUR 30 Nov. – Walaupun ramai ahli Parlimen yang tidak berpuas hati dengan pengguguran peruntukan Generasi Penamat Rokok (GEG), Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 di peringkat dasar diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen melalui undian suara. Ia merupakan versi ketiga yang dibentangkan di Dewan Rakyat selepas berlaku beberapa pindaan sebelum ini, termasuk menggantikan klausa melarang orang yang lahir selepas tahun 2007 melakukan aktiviti merokok, dengan terma orang belum dewasa (OBD). Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa ketika sesi penggulungan berkata, walaupun GEG digugurkan daripada…
Read MoreSaya tengok Speaker amat emosi dengan saya”
KUALA LUMPUR 30 Nov. – “Kita berkawan tapi bila saya duduk di sini, saya hilang kawan. Saya kena betul-betul uruskan (ruang perbahasan) kerana masa rakyat hantar (pilih) kita, mereka hendak produktiviti,” Begitulah reaksi Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul sebagai respons kepada Awang Hashim (PN-Pendang) yang tidak puas hati apabila peraturan mesyuarat yang dibangkitkan supaya memberi perlindungan kepadanya ditolak. Johari yang juga bekas Ahli Parlimen Sungai Petani mewakili PKR mengulangi pendirian beliau tidak memihak kepada mana-mana blok ahli Parlimen ketika mempengerusikan persidangan. Tegasnya, apa yang menjadi keutamaan ialah memastikan isu…
Read MoreKenyataan Rafizi cetus kekecohan Dewan Rakyat
KUALA LUMPUR 30 Nov. – Dewan Rakyat kecoh seketika susulan kenyataan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, bahawa empat negeri ditadbir pembangkang masih bergantung kepada peruntukan kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan projek. Malahan dalam kekecohan itu, Awang Hashim (PN-Pendang) hampir diarah keluar selepas bangkit beberapa kali untuk mencelah. Selain Awang, turut bangkit untuk mempertikaikan kenyataan Rafizi termasuk Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) dan Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh). Terdahulu, Rafizi menjawab soalan Mohd Syahir Che Sulaiman (PN-Bachok) mengenai pendirian kerajaan dalam menggalakkan kerjasama rentas negeri termasuk dalam kalangan negeri pembangkang. “Kalau…
Read MoreGaji baharu ADUN Melaka mulai Januari 2024
AYER KEROH 30 Nov. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka akan menikmati kadar saraan baharu mulai Januari 2024 selepas Rang Undang-Undang Enakmen Ahli Pentadbiran dan Dewan Negeri (Saraan) Pindaan 2023 diluluskan, semalam. Ketua Menteri, Ab Rauf Yusoh, berkata berikutan kenaikan itu menjadikan Melaka berada pada kedudukan ke-11 daripada 13 negeri yang menerima bayaran saraan terendah menerusi Bayaran Gaji dan Elaun Tetap Bulanan Ahli Dewan. Menerusi kelulusan itu, Elaun Tetap Ahli Dewan naik daripada RM9,000 kepada RM12,000, saraan Speaker Lantikan Dari Kalangan Ahli Dewan daripada RM7,000 kepada RM11,000 dan Speaker…
Read MoreMisi pelaburan Melaka mampu bawa RM4.5 bilion
MELAKA 30 Nov. – Misi galakan pelaburan ke beberapa negara yang digerakkan Melaka sepanjang tahun ini mampu membawa nilai pelaburan mencecah RM4.5 bilion ke negeri ini, kata Ketua Menteri, Ab Rauf Yusoh. Beliau berkata usaha berkenaan membuktikan kerajaan negeri sentiasa komited dalam memacu pertumbuhan ekonomi negeri serta negara dalam jangka panjang. “Sebagai ketua yang mentadbir negeri, menjadi tugas saya untuk mempromosi Melaka kepada pelabur seluruh dunia, khususnya dalam bidang perindustrian kerana ketika ini terdapat hampir 200,000 rakyat negeri ini bekerja dalam bidang industri. “Bagi saya, `kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan…
Read MoreLima kes baharu jangkitan cacar monyet
KUALA LUMPUR 30 Nov. – Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan lima kes baharu jangkitan cacar monyet dalam tempoh 31 Oktober hingga semalam, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan setakat ini sebanyak sembilan kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, berkata semua kes baharu tiada hubung kait dengan kes sebelum ini dan mereka yang dijangkiti sedang menjalani isolasi di hospital termasuk disahkan dalam keadaan stabil. Katanya, individu yang dijangkiti menafikan mempunyai sejarah lawatan ke luar negara dalam tempoh 21 hari sebelum gejala timbul, manakala semua kontak bagi kes yang disahkan sudah dikenal…
Read MoreCalon BN ada peranan penghubung kerajaan
KEMAMAN 30 Nov. – Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi jaminan, calon Barisan Nasional (BN), Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor tidak sekadar menjadi ahli Parlimen biasa sekiranya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman Sabtu ini. Perdana Menteri berkata, sesuai dengan kedudukan sebagai orang yang pernah menabur jasa kepada negara, calon BN itu akan diberikan tugas selaku penghubung antara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri Terengganu. Justeru, beliau berharap pengundi di Kemaman dapat memberi sokongan dengan mengundi bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu. “InshaAllah dengan kedudukan beliau (bekas Panglima Angkatan Tentera…
Read MoreCAP gesa tubuh Suruhanjaya Siasatan
TANJONG 30 Nov. – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa satu Suruhanjaya Siasatan ditubuhkan bagi menyiasat punca kejadian runtuhan gudang logistik yang sedang dalam pembinaan di Batu Maung, Bayan Lepas, di sini baru-baru ini. Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader berkata pihaknya kesal dan kecewa dengan kemalangan yang mengorbankan tiga nyawa manakala dua parah dan mengharapkan siasatan teliti dan menyeluruh. “CAP menggesa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP) segera menyiasat dengan menyeluruh kejadian. Memandangkan tempat kejadian berdekatan pantai yang…
Read More