Jumlah bonus diumum selepas PRK Kemaman

KUALA TERENGGANU 27 Nov. – Kerajaan Negeri mengambil langkah berhati-hati menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman apabila tidak mengumumkan jumlah bonus untuk untuk kira-kira 14,000 penjawat awam di Terengganu. Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata, bagi mengelakkan sebarang isu timbul, pengumuman mengenai jumlah bonus akan dibuat selepas PRK Kemaman pada 2 Disember ini. Bagaimanapun beliau memberi gambaran bahawa jumlah bonus yang akan diterima penjawat awam di negeri ini lebih tinggi berbanding RM900 yang diberi sebelum ini. “Insya-Allah, ia (bonus) akan diumumkan selepas pilihan raya (dan) ia akan diumumkan secara…

Read More

Jambatan darat dijangka beri manfaat

BUKIT KAYU HITAM 27 Nov. –  Kerajaan Thailand memberi jaminan cadangan pembinaan pelabuhan dan jambatan darat bagi memintas laluan perkapalan di Selat Melaka, akan turut membabitkan kerjasama Malaysia, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri, berkata cadangan pembinaan kemudahan baharu di selatan Thailand itu masih di peringkat awal, dan Malaysia dijangka turut mendapat manfaat. Beliau yang melakukan lawatan kerja ke Sadao dan mengadakan perbincangan tertutup dengan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin, dekat sini hari ini, berkata, Malaysia masih belum memutuskan sama ada akan menyertai projek terbabit. Malaysia juga belum memutuskan sama ada…

Read More

Tak perlu jawatankuasa pantau politik penjawat awam

KUALA LUMPUR  27 Nov. – Tidak ada keperluan dan kewajaran untuk kerajaan menubuhkan jawatankuasa pemerhati daripada mana-mana kementerian bagi memantau kecenderungan politik penjawat awam. Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang menolak cadangan itu berkata, langkah tersebut juga merugikan sumber semasa perkhidmatan awam. Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat, menegaskan setiap penjawat awam kekal profesional menjadi tulang belakang kepada pentadbiran kerajaan dan negara tetapi mereka juga mempunyai ideologi dan pandangan politik masing-masing. Dalam satu kenyataan, CUEPACS memberi jaminan kakitangan awam sangat profesional dan sentiasa berkecuali dalam melaksanakan tanggungjawab, selain boleh…

Read More

Agensi agama sedia garis panduan, etika AI

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Kerajaan melalui agensi agama akan menyediakan garis panduan dan etika berkaitan penggunaan serta penyelidikan teknologi kecerdasan buatan (AI) mengikut kerangka Islam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, ia adalah langkah awal sebelum penelitian lanjut dibuat sama ada wujud keperluan untuk merangka undang-undang khusus berkait dengan konteks hukum dan fatwa. “Setakat ini, perhatian kita di peringkat agensi agama adalah melihat kepada penyediaan garis panduan, etika penggunaan dan penyelidikan AI daripada perspektif Islam. “Kita juga akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian…

Read More

Identiti Digital Nasional selamat – Fahmi

SHAH ALAM 27 Nov. –  Kementerian Komunikasi dan Digital memberi jaminan data peribadi rakyat Malaysia yang bakal dilaksanakan menerusi pembangunan Identiti Digital Nasional (IDN) adalah selamat, kata Menterinya, Fahmi Fadzil. Beliau berkata IDN yang diusahakan oleh Mimos Berhad (MIMOS) dengan kerjasama beberapa pihak termasuk Majlis keselamatan Negara adalah dasar kerajaan untuk menyeragamkan terutama proses daftar masuk (sign in) merentasi kementerian. “Kita lihat setiap kementerian akan ada aplikasinya sendiri dengan pendaftarannya sendiri.. jadi maklumat atau pangkalan data itu dipegang oleh terlalu banyak pihak. “Kita hendak selesaikan isu pendaftaran masuk, kedua isu…

Read More

Putra bantah pelaksanaan IDN

SEPANG 27 Nov. – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dengan tegas menolak cadangan Kerajaan Madani untuk melaksanakan pembangunan Identiti Digital Nasional (IDN), kata Presidennya,  Dr Ibrahim Ali. Katanya, kajian secara mendalam wajib dibuat terlebih dahulu dengan mengambil kira semua aspek keselamatan, privasi rakyat, kos dan lain-lain. “Ini kerana yang memiliki industri maklumat (IT) dalam negara dikuasai oleh bangsa asing. Maka sikap berhati-hati mesti diutamakan sebelum gopoh-gapah pelaksanaannya,” katanya dalam satu kenyataan. Menurut Ibrahim, pelaksanaan IDN yang dibuat dalam keadaan tergesa-gesa menimbulkan kegelisahan rakyat kerana banyak persoalan, termasuk hal-hal keselamatan dan…

Read More

Minyak masak: ECOSS akan ditambah baik

KUALA LUMPUR 27 Nov. –  Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (ECOSS) akan ditambah baik bagi memastikan rantaian pembekalan minyak masak sampai ke peringkat pengguna. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, ketika ini sistem berkenaan memantau rekod transaksi jualan minyak masak paket secara digital dari kilang penapisan, syarikat pembungkusan, pemborong dan peruncit. “Bagaimanapun, kementerian setakat ini tidak dapat mengukur berapa golongan isi rumah yang menerima agihan dan berapa banyak yang dibeli oleh peniaga mikro. Ini kerana, sistem itu terhenti di peringkat peruncit. Oleh itu,…

Read More

1,147 kandungan buli siber diturunkan

KUALA LUMPUR 27 Nov. –  Setakat 15 November tahun ini, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sudah menurunkan 1,147 kandungan berkaitan buli siber dan gangguan di pelbagai platform media sosial, Timbalan Menteri KKD Teo Nie Ching, Beliau menjelaskan daripada jumlah itu, platform TikTok merekodkan kandungan dengan unsur buli siber tertinggi iaitu sebanyak 804. “Statistik bagi setiap platform menunjukkan sejumlah 804 kandungan dikeluarkan daripada TikTok, diikuti Facebook 195, Instagram dan YouTube masing-masing sembilan kandungan serta platform lain 123,” katanya di Dewan Rakyat hari ini. Beliau menjawab soalan tambahan Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid…

Read More

Kelantan keluar Beras Agro Darul Naim

KOTA BHARU 27 Nov. – Kerajaan Kelantan akan mengeluarkan beras tempatan dengan menggunakan jenama sendiri iaitu Beras Agro Darul Naim, mulai tahun depan, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agro Makanan dan Komoditi, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail,. Beliau berkata, langkah itu dibuat susulan kerajaan negeri menyediakan peruntukan khas untuk membangunkan kilang padi dan beras di Meranti, Pasir Mas. Tuan Mohd Saripudin berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Azhar Salleh (Pas-Pulai Chondong) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini. Mengenai langkah kerajaan negeri dalam menghadapi isu dan cabaran…

Read More