PM tegaskan henti serangan segera kepada Biden

KUALA LUMPUR 21 Nov. –  Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dengan tegas telah menyatakan pendirian Malaysia kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden bahawa serangan ke atas Palestin perlu dihentikan segera dan tidak boleh ditangguhkan.

Beliau  berkata, pendirian itu dibuat dalam sidang akhir Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di San Francisco, AS.

“Kebetulan pada sidang akhir itu kedudukan Malaysia adalah berdepan dengan Presiden Joe Biden dan sebelah kanan saya,  Setiausaha Negara AS, Antony Blinken… maka saya tiada pilihan dan menyuarakan dengan tegas pendirian.

“Saya menyatakan bahawa ada pemasalahan, di mana kita diminta mengutuk Russia dalam soal Ukraine tetapi membisu dengan pembunuhan kejam, keganasan yang saya sebut sebagai ‘atrocities’.

“Dan saya sebut perkataan yang agak penting – jangan lagi orang barat menganggap hegemoni kolonial menentukan dasar dan bentuk tindakan kita maka saya menyatakan mereka tidak boleh memaksa untuk menentukan pendirian kita, di situ saya nyatakan kita mesti sekurang-kurangnya menghentikan serangan sekarang – ‘end stop now’ ,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

“… yang dilakukan oleh Emiriyah Arab Bersatu (UAE), adalah mengambil rakyat Palestin yang sakit dan parah terutama bayi dan kanak-kanak untuk rawatan di Abu Dhabi dan Dubai,” katanya dalam sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat.

Awnar menjawab soalan asal daripada Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) yang meminta kerajaan menyatakan hasil mesyuarat Persidangan Kemuncak Tergempar OIC di Arab Saudi mengenai jenayah dan pembasmian kaum (genocide) yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin.

Beliau yang Menteri Kewangan turut menjelaskan pendirian tegas Malaysia mengutuk serangan rejim Zionis Israel ke atas di Palestin tidak menjejaskan ekonomi dan pelaburan syarikat asing khususnya dari AS.

Katanya, pelabur utama AS termasuk Google Inc dan Microsoft Inc masih memberi keutamaan kepada kestabilan politik dan dasar ekonomi kerajaan yang jelas, di sebalik tekanan berterusan Malaysia dan negara Islam lain terhadap Israel.

“Ada yang melahirkan kebimbangan bahawa sikap tegas kita berdepan dengan AS dan negara Eropah itu akan menjejaskan kedudukan ekonomi kita.

“Soal hubungan perdagangan setakat ini tak menjejaskan sama sekali. Mereka tahu pendirian kita dan mereka ikuti kenyataan kita,” katanya.

Anwar berkata setiap ruang dan peluang di persidangan itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh wakil kerajaan termasuk Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz untuk menjelaskan komitmen Malaysia ketika pertemuan dengan pelabur asing, yang membawa hasil pelaburan langsung asing berjumlah RM63.02 bilion.

“Kita menemui beberapa pelabur utama AS, nampaknya keutamaan masih diberikan berdasarkan politik yang stabil, dasar ekonomi yang jelas dan kaedah mempercepatkan proses kelulusan yang sekarang dikendalikan oleh MIDA,” katanya.

Nnn

Related posts

Leave a Comment