Azmin tolak kenderaan, minta kemudahan pejabat

SHAH ALAM 21 Nov. – Ketua Pembangkang, Mohamed Azmin Ali menolak kenderaan yang diberikan oleh kerajaan negeri sebaliknya meminta beberapa keperluan bagi pejabat ketua pembangkang termasuk mesin pencetak dan komputer. Katanya, kemudahan itu lebih bersesuaian dengan peranan semak dan imbang yang akan dimainkan pihak pembangkang yang kini berjumlah 22 orang, hampir menyamai ‘backbenchers’ kerajaan negeri seramai 24 orang. “Saya berterima kasih kepada Datuk Menteri Besar kerana beliau menyediakan kenderaan baharu untuk ketua pembangkang. “Tetapi bagi saya, itu bukan yang saya berikan keutamaan. Saya membuat keputusan untuk tidak menerima kenderaan ketua…

Read More

Bekas ketua hakim Pengerusi Jawatankuasa Khas

KUALA LUMPUR 21 Nov. – Bekas ketua hakim negara dilantik mempengerusikan jawatankuasa khas bagi mengkaji isu-isu melibatkan bidang kuasa persekutuan dan negeri, khususnya berkaitan kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam penggubalan undang-undang syariah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata anggota jawatankuasa itu adalah dalam kalangan pakar dan pengamal undang-undang berkelayakan. Mereka adalah bekas hakim, wakil Jabatan Peguam Negara, wakil Kehakiman Syariah Negara, wakil majlis agama Islam negeri, ahli akademik yang pakar undang-undang sivil, syariah dan Perlembagaan Persekutuan serta peguam syarie dan sivil. Beliau…

Read More

Jawatankuasa khas angkat martabat Mahkamah Syariah

KUALA LUMPUR 21 Nov. –  Sebuah jawatankuasa khas yang diperakui oleh Majlis Raja-Raja ditubuhkan dalam usaha untuk mengangkat martabat Mahkamah Syariah, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Beliau berkata jawatankuasa itu akan meneliti dan berbincang dengan mufti serta semua pihak berkaitan bagi mendapatkan pandangan supaya ada peraturan yang boleh dilaksanakan dalam meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Katanya, Majlis Raja-Raja juga berminat dan memberi perkenan supaya jawatankuasa itu melakukan kajian dalam meningkatkan kuasa Mahkamah Syariah terhadap umat Islam dan tidak memberi kesan ke atas golongan bukan Islam. Menurut Perdana Menteri, individu yang menganggotai…

Read More

Bukan cabar perundangan syariah

Bukan cabar perundangan syariah KUALA LUMPUR 21 Nov. – Anwar Ibrahim meminta mana-mana pihak termasuk ahli politik tidak menggunakan notis petisyen Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dengan mengaitkannya sebagai agenda mencabar perundangan syariah negara ini. Perdana Menteri berkata tindakan sedemikian menyebabkan isu sebenar iaitu sama ada bidang kuasa negeri boleh melaksanakan undang-undang sendiri tanpa berunding dengan Kerajaan Persekutuan diabaikan. “Padahal substantifnya adalah isu bidang kuasa, adakah negeri boleh buat undang-undang (sendiri) atau harus berunding dengan peringkat persekutuan. Ini bukan keputusan substantif soal syariah, ia soal bidang kuasa. Apakah negeri…

Read More

PM tegaskan henti serangan segera kepada Biden

KUALA LUMPUR 21 Nov. –  Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dengan tegas telah menyatakan pendirian Malaysia kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden bahawa serangan ke atas Palestin perlu dihentikan segera dan tidak boleh ditangguhkan. Beliau  berkata, pendirian itu dibuat dalam sidang akhir Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di San Francisco, AS. “Kebetulan pada sidang akhir itu kedudukan Malaysia adalah berdepan dengan Presiden Joe Biden dan sebelah kanan saya,  Setiausaha Negara AS, Antony Blinken… maka saya tiada pilihan dan menyuarakan dengan tegas pendirian. “Saya menyatakan bahawa ada pemasalahan,…

Read More

Coldplay juga sokong perjuangan Palestin

KUALA LUMPUR 21 Nov. – Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan berbincang dengan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah yang sebelum ini menggesa penganjur membatalkan konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur yang dijadualkan esok. Perdana Menteri berkata, ini disebabkan Coldplay adalah kumpulan yang menyokong perjuangan Palestin. “Saya akan berbincang dengan mufti kerana ada pelobi-pelobi dari gerakan Palestin yang menyokong dan memberikan pandangan kepada Menteri Luar (Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir) dan kepada pejabat saya mengapa dihalang kumpulan yang menyokong perjuangan Palestin daripada meneruskan pertunjukan.…

Read More

Wakil rakyat Maran dimasukkan ke CCU IJN

KUALA LUMPUR 21 Nov. – Ahli Parlimen Maran Dr Ismail Abd Muttalib dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN). Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul memaklumkan kepada Dewan Rakyat sebelum Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri bermula pagi ini. “Sebelum saya memulakan Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, saya nak maklumkan sahabat kita, (Ahli Parlimen) Maran berada di CCU, IJN. Beliau (ketika ini) tidak boleh dilawati,” katanya. Johari yang tidak memperincikan lebih lanjut mengenai penyakit Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) turut meminta semua ahli dewan mendoakan kesembuhan segera Ismail. “Kita berdoa agar…

Read More

109 rakyat Malaysia terkandas di Myanmar

PUTRAJAYA 21 Nov. – Kementerian Luar Negeri mengesahkan 109 orang warganegara Malaysia dilaporkan terkandas di bandar Laukkaing, utara Myanmar susulan pergolakan yang berlaku di wilayah itu. Dalam satu kenyataan, Kementerian itu memaklumkan, kebanyakan rakyat Malaysia itu dipercayai mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara. Susulan itu Kedutaan Besar Malaysia di Yangon, Beijing dan Konsulat Jeneral Malaysia di Kunming sedang menyelaras usaha menyelamat bersama Kementerian Luar Negeri Republik Kesatuan Myanmar dan Republik Rakyat China, sebelum memuktamadkan urusan membawa pulang mereka dengan selamat. Usaha itu turut mendapat kerjasama Kementerian Dalam Negeri,…

Read More

2023 tahun paling panas

PARIS: Pemantau iklim Copernicus Eropah, menyifatkan 2023 tahun paling panas dalam sejarah, dengan kemarau, kebakaran hutan besar-besaran dan ribut yang memusnahkan sebahagian besar planet ini. Ini susulan purata suhu global Jumaat lalu lebih daripada dua darjah Celsius berbanding paras pra-industri buat kali pertama dalam rekod. Timbalan Ketua Perkhidmatan Perubahan Iklim (C3S) Kesatuan Eropah (EU), Samantha Burgess berkata, berdasarkan data sementara, suhu global pada 17 November adalah 2.06 darjah Celsius melebihi purata pra-industri, Katanya, ini adalah hari pertama apabila suhu global melebihi 2 darjah Celsius berbanding paras 1850-1900. Perjanjian Paris 2015…

Read More