Agus dedah identiti ‘Mr H’

KAJANG: Identiti ‘Mr H’ akhirnya didedahkan kepada polis ketika bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di sini, hari ini. Agus juga membuat satu lagi laporan polis berhubung penularan laporan dibuatnya sebelum ini, berkaitan video perbualan miripnya dengan seorang kakitangan J-KOM. “Saya sudah berjumpa dengan pegawai penyiasat dan selesai diambil keterangan. Saya juga sudah mendedahkan siapa Mr H untuk siasatan pihak polis. “Saya juga ada buat laporan polis berkaitan (video) Tik Tok tular pagi ini terhadap…

Read More

Tarik balik perkataan ‘peel pembangkang’

KUALA LUMPUR: Tidak senang dengan perkataan ‘peel’ yang ditujukan kepada pembangkang yang tidak hadir pada Sidang Dewan Rakyat ketika sesi soal jawab pagi ini, Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) memberi amaran kepada Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) supaya menarik balik perkataan itu. Shahidan memberi amaran itu sebelum memulakan perbahasan bagi Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kesihatan yang menyifatkan istilah itu sebagai keterlaluan. “Ada orang komen (mengenai ahli Parlimen pembangkang) tak hadir. Dia sebut satu perkataan iaitu inilah ‘peel’ pembangkang. “Saya beri amaran kepada orang yang berkenaan,…

Read More

Tangguh keputusan cabar enakmen syariah

PUTRAJAYA 20 Nov. –  Mahkamah Persekutuan menangguhkan kepada tarikh yang akan ditetapkan kemudian, untuk memutuskan petisyen oleh seorang peguam dan anaknya yang mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019. Petisyen yang difailkan Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan Tengku Yasmin Nas­tasha Tengku Abdul Rahman terhadap Kerajaan Negeri Kelantan, adalah bagi mengisytiharkan 18 peruntukan kesalahan dalam enakmen itu, terbatal dan tidak sah. Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Tuan Maimun Tuan Mat, berkata mahkamah akan menetapkan keputusan itu kemudian. Beliau berkata demikian selepas selesai mendengar hujahan antaranya daripada peguam mewakili…

Read More

Mahkamah Syariah: PN sedia sokong pindaan perlembagaan

PUTRAJAYA 20 Nov. – Pindaan perlembagaan perlu disegerakan bagi mengelakkan peruntukan jenayah syariah di negara ini dicabar dan berisiko dibatalkan, kata Timbalan Presiden Perikatan Nasional (PN), Tuan Ibrahim Tuan Man. Katanya, PN akan memberi sokongan kepada Kerajaan Perpaduan jika melakukan pindaan perlembagaan itu. “Sebelum ini kita tidak boleh bawa (di Parlimen) kerana kita tiada majoriti dua pertiga tetapi sekarang kita ada dan PN akan menyokong sepenuhnya sekiranya pindaan perlembagaan dibuat dengan segera. “Kita perlu memuktamadkan ini, tidak boleh sedikit-sedikit (perlahan-lahan) tetapi perlu berterusan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Himpunan Selamatkan Syariah,…

Read More

Tambah pegawai awasi 141 pintu masuk negara

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti keperluan bagi menambah perjawatan yang sesuai di sempadan negara dengan pelaksanaan agensi tunggal sempadan negara (SBA) bagi mengawal selia 141 pintu masuk negara yang dijangka dimulakan tahun depan. Timbalan Menteri, Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata perbincangan sedang diadakan dengan beberapa pihak pemegang taruh termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam. Katanya, penambahan itu juga mengambil kira pembukaan operasi ibu negara baharu Indonesia di Kalimantan, iaitu Nusantara. “KDN sedar bilangan pegawai perlu ditingkatkan dengan perkembangan itu dan Jabatan Imigresen menjalankan kajian keperluan pegawai supaya ia mencukupi…

Read More

Pembangkang sah tidak hadir, menteri pula ‘ponteng’?

KUALA LUMPUR 20 Nov. –  Seorang ahli Parlimen pembangkang, Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) mempersoalkan ketidakhadiran hampir semua menteri pada sesi pagi Dewan Rakyat hari ini. Ketika bangkit mencelah ucapan Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 bagi Kementerian Kesihatan, beliau bertanya sama ada ketidakhadiran menteri boleh dianggap ‘ponteng’ sebagaimana dilabelkan terhadap ahli Parlimen pembangkang yang gagal hadir pagi tadi. “Kalau dikatakan ponteng, bolehkah kita katakan semua menteri kecuali Menteri Kesihatan (Dr Zaliha Mustafa) ini ponteng? Tanya sedikit Bukit Gantang,” soalnya sambil…

Read More