KEMAMAN 16 Nov. – Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dinamakan sebagai calon Pas dan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman Disember ini. Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan Dr Ahmad Samsuri sebagai calon pada Program Ceramah Perdana dan Pengisytiharan Calon Pas PRK P040 Parlimen Kemaman malam ini. Dr Ahmad Samsuri yang menyambut ulang tahun kelahirannya hari ini dijangka berhadapan dengan calon Barisan Nasional (BN). bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor. Suruhanjaya Pilihan…
Read MoreDay: November 16, 2023
Sebarang kenaikan harga BPT adil kepada semua
KUALA LUMPUR 16 Nov. – Sebarang kenaikan harga Beras Putih Tempatan (BPT), jika dilaksanakan selepas tidak disemak sejak 2008 akan memberi keadilan kepada semua pihak, termasuk pesawah, pengilang, peniaga dan pengguna. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, berkata kementerian sedang mengadakan perbincangan mengenai cadangan supaya kenaikan harga BPT, yang kini ditetapkan RM2.60 sekilogram dapat dipertimbang. Katanya, perbincangan melibatkan Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) “Jika nak berlaku kenaikan, kita perlu berbincang antara kementerian ini supaya jika berlaku perubahan, kita harap dapat kongsi bersama dan…
Read MoreStok BPS langkah jangka panjang hadapi manipulasi pengeluar
KUALA LUMPUR 16 Nov. – Bagi mengatasi masalah ketiadaan bekalan, kerajaan akan mewujudkan stok Benih Padi Sah (BPS) sebagai langkah jangka panjang serta menangani manipulasi pihak pengeluar. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, berkata jika berlaku sesuatu berhubung permintaan BPS, stok boleh digunakan seperti beras yang mempunyai bekalan sehingga lima bulan, Sekarang kita bertindak dengan menggunakan apa saja cara, termasuk secara ‘fast track’ untuk penyediaan benih padi ini, sampai ke peringkat ia mencukupi sehingga tarikh akhir musim penanaman ini. Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi (PN-Kuala Kedah) mengenai…
Read MorePenumpang penerbangan mula pulih
KUALA LUMPUR 16 Nov. – Jumlah penerbangan sepanjang 10 bulan pertama tahun ini berada pada kadar 74.1 peratus atau 381,475 penerbangan, berbanding 514,896 bagi tempoh sama pada 2019, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Katanya, dari segi pengendalian penumpang, lapangan terbang di Malaysia mengendalikan 109,428,322 penumpang bagi 2019 manakala tahun lalu jumlah itu berkurangan sehingga 54.8 juta penumpang atau 50.1 peratus berbanding 2019. Beliau memberitahu, sehingga September lalu, lapangan terbang di Malaysia mengendalikan seramai 62.8 juta penumpang. Beliau berkata, kerajaan menyasarkan peningkatan bilangan penumpang tahun ini sebanyak 87.8 juta penumpang iaitu 80.6…
Read MoreBersatu gagal kosongkan 4 kerusi Parlimen Sabah
KUALA LUMPUR 16 Nov. – Bersatu gagal mengosongkan empat kerusi Parlimen di Sabah – Papar, Batu Sapi, Ranau dan Sipitang – yang sebelum ini diwakili anggota parti itu pada pilihan raya umum (PRU) lalu yang kemudiannya meninggalkan parti. Ini berikutan Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Bersatu untuk memulakan semakan kehakiman terhadap Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan empat Ahli Parlimen di Sabah yang mengumumkan keluar parti itu. Bersatu memohon supaya Johari mengisytiharkan ada kekosongan kerusi disandang Datuk Armizan Mohd Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu…
Read MoreMalaysia, Google umum kerjasama strategik
SAN FRANCISCO: Kerajaan Malaysia dan Google mengumumkan kerjasama strategik untuk mewujudkan peluang pertumbuhan inklusif kepada lebih ramai rakyat Malaysia dan syarikat tempatan dalam ekonomi digital yang sedang berkembang. Kerjasama itu bermatlamat membantu perniagaan dari semua saiz memajukan daya saing digital mereka melalui program kemahiran, pelaburan dalam infrastruktur digital, inovasi kecerdasan buatan (AI) yang bertanggungjawab. Google dalam kenyataan di sini, hari ini berkata inisiatif terbaharu itu adalah bersandarkan kepada pelaburannya di Malaysia sejak 12 tahun lepas. Pada 2022 sahaja, produk dan program syarikat itu menyokong lebih 47,900 pekerjaan dan turut menyumbang…
Read MoreBerita pilihan…
Warga dewasa Singapura terima bayaran tunai
SINGAPURA : Warga dewasa Singapura berusia 21 tahun dan ke atas pada 2024, akan menerima antara $200 (RM692) dan $800 (RM2,768) pada Disember 2023 di bawah Pakej Jaminan pemerintah bagi mengurangkan kesan kos sara hidup. Menurut Kementerian Kewangan (MoH) semalam, tanpa mengambil kira jumlah hartanah yang dimiliki, mereka layak menerima wang tersebut. Dalam kalangan sekitar 2.9 juta warga Singapura itu, kira-kira 2.5 juta orang akan menerima bayaran tambahan sehingga $200 (RM692) iaitu bagi warga yang meraih pendapatan dinilai bagi tahun penilaian 2022 sehingga $100,000 (RM346,043). Bayaran tunai itu sebahagian daripada beberapa…
Read More1.53 juta lalui Woodlands, Tuas sempena Deepavali
SINGAPURA 16 Nov. – Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menjangkakan aliran trafik sesak di kedua-dua pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas semasa tempoh cuti sekolah dari 16 November hingga 2 Januari ini. Dalam nasihat perjalanan hujung tahunnya, pemandu mungkin harus menunggu sehingga tiga jam untuk melepasi imigresen semasa waktu puncak. ICA menarik perhatian bahawa semasa hujung minggu sempena cuti Deepavali dari 10 hingga 13 November, kesesakan berlaku dengan 1.53 juta orang melalui pusat pemeriksaan darat “Ini melebihi jumlah pengguna pada hujung minggu Hari Pekerja dan Hari Vesak tahun ini,”…
Read More