Nafi hospital diguna Hamas lancar serangan

JAKARTA: Pengendali hospital Indonesia di Gaza hari ini menafikan tuduhan tentera Israel bahawa kemudahannya digunakan oleh Hamas untuk melancarkan serangan.

Komen itu sebagai tindak balas terhadap tuduhan tentera Israel bahawa Hamas menggunakan hospital, sebagai perlindungan untuk melindungi operasi bawah tanahnya.

Hospital itu termasuk hospital utama Gaza Al-Shifa, Hospital Sheikh Hamad yang dibiayai Qatar dan hospital yang dibina oleh kumpulan dari Indonesia, sebagai perlindungan untuk melindungi operasi bawah tanahnya.

Menurut pengerusi MER-C, Sarbini Abdul Murad, mereka membina hospital ini untuk membantu orang lain, mengikut keperluan penduduk Gaza.

“Tuduhan Israel adalah prasyarat supaya mereka boleh menyerang hospital Indonesia di Gaza,” katanya pada sidang media di Jakarta.

Terdahulu, jurucakap tentera Israel berkata, satu imej satelit menunjukkan pelancar roket terletak di seberang jalan dari hospital Indonesia.

Seorang lagi pegawai di MER-C berkata, tiada terowong di bawah hospital itu dan tangki bahan api dan penjana kuasanya disimpan di bangunan berdekatan yang berasingan atas sebab keselamatan.

Setakat Ahad lalu, lebih 9,770 rakyat Palestin terbunuh dalam perang sejak Hamas melancarkan serangan rentas sempadan pada 7 Oktober, termasuk 4.800 kanak-kanak dan 2.550 wanita.

Sementara itu, jurucakap media pemerintahan di Gaza, Salama Marouf berkata, serangan Israel mengakibatkan kehancuran 55 masjid, tiga universiti, tiga gereja, dan lima bangunan milik Kementerian Wakaf dan Urusan Agama di Gaza.

Related posts

Leave a Comment