Suhaili digantung enam tahun

KUALA LUMPUR 7 Nov. – Bersatu menggantung keahlian Ahli Parlimen Labuan,  Suhaili Abdul Rahman selama enam tahun termasuk kesemua jawatan yang disandangnya dalam parti, berkuat kuasa hari ini. Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin, berkata keputusan dibuat Jawatankuasa Lembaga Disiplin parti yang bersidang pada hari ini. Dalam kenyataannya malam ini, Hamzah berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti laporan pelanggaran disiplin dan perlembagaan oleh Suhaili yang juga Ketua Bahagian Bersatu Labuan dan Wilayah Persekutuan. Suhaili sebelum ini mengisytiharkan menyokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. “Setelah diteliti dengan sehalusnya segala bukti…

Read More

Muslimat Pas diasak wanita DAP

KUALA LUMPUR 7 Nov. – Persidangan Dewan Rakyat petang ini panas apabila Siti Mastura Muhammad (PN- Kepala Batas) diasak oleh empat ahli Parlimen DAP, yang mencelah bertanyakan tuduhan yang mengaitkan pemimpin DAP dengan komunis. Ketika sesi perbahasan di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perpaduan Negara, Siti Mastura bagaimanapun tidak memberi ruang untuk wakil rakyat DAP mencelah bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu berkenaan. Namun sehingga selesai berucap, empat pemimpin DAP iaitu Wong Shu Qi (PH-Kluang), Teresa Kok (PH-Seputeh), Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) dan Syahredzan Johan (PH-Bangi) tetap menuntut penjelasan.  perkara itu.…

Read More

Chin Peng : Guan Eng beri tempoh hingga Khamis 

KUALA LUMPUR 7 Nov. – Pengerusi DAP, Lim Guan Eng meminta Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad untuk mengemukakan bukti beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Lee Kuan Yew dan pemimpin komunis, Chin Peng. Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan, berkata tindakan seterusnya akan diambil pihaknya jika Siti Mastura  yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat Pas Pulau Pinang gagal menampilkan bukti dalam tempoh sehingga Khamis ini. “Saya memberikan peluang kepada Kepala Batas untuk menunjukkan bukti, kalau tidak dapat buktikan kita akan ambil tindakan seterusnya, membabitkan semua tindakan yang perlu…

Read More

Rakyat perlu bersatu tolak Israel rampas hak Palestin

PUTRAJAYA 7 Nov. –  Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad mendakwa rakyat di negara ini masih ‘tidak bersatu’ dengan peperangan antara Israel dan Palestin. Katanya, segelintir rakyat percaya apa yang berlaku adalah peperangan disebabkan oleh perbezaan antara Palestin dan Yahudi. Beliau berkata, rakyat Malaysia seharusnya menolak tindakan oleh Israel merampas hak rakyat Palestin. “Adalah salah sekiranya hanya umat Islam di negara ini sahaja yang menuntut mengakhiri tindakan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin oleh rejim Zionis, sebaliknya seluruh rakyat Malaysia perlu prihatin dan menuntut supaya serangan Israel terhadap Palestin ditamatkan. Apa…

Read More

PM tegur media labelkan Hamas pengganas

KUALA LUMPUR 7 Nov. – Anwar Ibrahim menegur beberapa pihak terutama media di negara ini yang menggelar Hamas sebagai pengganas atau militan sehingga mencetuskan kegelisahan dan sensitiviti rakyat yang menyokong perjuangan Palestin. Perdana Menteri berkata, perlu ada kesedaran supaya semua media faham kegelisahan dan sensitiviti rakyat serta mengiktiraf hak rakyat Palestin untuk membantah dan bertindak. Katanya, setiap media perlu sedar bahawa isu Palestin ini membabitkan serangan melampau dilakukan Israel, genosid dan melanggar hak kemanusiaan manakala Hamas adalah pejuang yang mempertahankan tanah air mereka. “Saya selalu ungkapkan, perampasan tanah, harta, maruah…

Read More

Anwar tegaskan PKR bukan anggota LI

KUALA LUMPUR 7 Nov. –  Presiden PKR Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa parti itu tidak pernah menjadi anggota pertubuhan antarabangsa Liberal International (LI). Justeru, beliau yang juga Perdana Menteri berharap isu itu yang tular di media sosial baru-baru ini tidak dipolitikkan. “Soal liberal international (organisasi politik antarabangsa) Yang Berhormat boleh semak kita tidak pernah menjadi anggota. “Kita pada peringkat awal (menjadi) associate, tapi oleh kerana ada beberapa keputusan mereka termasuk mengiktiraf lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta pendirian (menyokong) Israel, kita tidak menjadi ahli,” katanya. Beliau memberitahu Dewan Rakyat hari…

Read More

Bawa idea kurangkan beban Palestin

KUALA LUMPUR 7 Nov. – Perdana Menteri  Anwar Ibrahim, meminta semua pihak termasuk pembangkang bergerak ke depan dan bersama membawa idea serta tindakan dalam isu Palestin bagi mengurangkan beban ditanggung rakyat negara itu. Beliau  berkata dalam hal berkaitan Palestin, pihaknya tidak pernah menyinggung Pas berikutan pendirian parti itu yang sangat konsisten dalam menyokong rakyat negara berkenaan. “Saya setuju dalam hal ini, saya tidak pernah menyinggung Pas kerana saya tahu pendirian Pas, sangat konsisten dalam Palestin… tidak mahu berbalah dalam soal ini kerana derita ditanggung mereka (Palestin) tidak pernah berlaku separah…

Read More

PM anggap biadab dikaitkan dengan bendera Israel

KUALA LUMPUR 7 Nov. –  Mula menjawab soalan pertama dengan tenang di Dewan Rakyat hari ini, Anwar Ibrahim tiba-tiba berang dan bernada keras ketika menjawab soalan berikutnya apabila menyentuh akhbar Harakah Daily yang mengaitkan dirinya dengan bendera, Israel. Perdana Menteri berkata, tindakan itu sangat biadab dan tidak sepatutnya dibuat oleh sebuah lidah parti Islam itu kepada umum. “Jangan Ketua Dewan Ulama guna Harakah mengaitkan saya dengan Israel, itu satu tuduhan biadab yang melanggar tatasusila. “Fitnah yang guna serban tidak sah dan saya bantah sekeras-kerasnya kalau diulang saya akan ambil tindakan…

Read More

“Semalam seorang daripada kita tumbang”

KUALA LUMPUR 7 Nov. – Ahli Parlimen yang belum menjalani pemeriksaan kesihatan diminta berbuat demikian selewat-lewatnya Selasa depan, 14 November. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul ketika mengingatkan demikian berkata, semalam seorang ahli Parlimen ‘tumbang’ dan dimasukkan ke hospital. Katanya, setakat hari ini, seramai 196 ahli Dewan Rakyat dan lima Senator bertaraf anggota pentadbiran sudah menjalani pemeriksaan kesihatan. “Kepada Yang Berhormat (YB) yang masih belum menjalani pemeriksaan kesihatan, saya beri lanjutan hingga Selasa depan iaitu 14 November. “Saya amat memohon dan meminta pemeriksaan dibuat kerana saya difahamkan semalam, seorang daripada…

Read More