Dr Zakir sumbang hasil saman fitnah kepada Palestin

KUALA LUMPUR 3 Nov. –  Pendakwah, Dr Zakir Naik akan menyumbangkan kepada Palestin kesemua wang diperolehnya hasil kemenangan dalam kes saman fitnah membabitkan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy. Dr Zakir mengumumkan hasrat itu melalui satu hantaran di Facebook dan turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Mahkamah Tinggi kerana memerintahkan Ramasamy membayar RM1.52 juta atas dakwaan fitnah. “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Mahkamah Tinggi Malaysia kerana mengarahkan Ramasamy membayar RM1.52 juta sebagai ganti rugi fitnah. “Saya ingin menderma jumlah penuh, iaitu RM1.52 juta kepada Palestin.…

Read More

Tidak terdesak dapat sokongan wakil PN

KULIM 3 Nov. – Kerajaan Perpaduan tidak terdesak untuk mendapatkan sokongan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) dan menyifatkan tohmahan semata-mata dakwaan pembangkang bahawa  wakil rakyat PN diugut menyokong kerajaan. Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.berkata Kerajaan Perpaduan tidak berada dalam kedudukan goyah dan tahap sokongan yang ada sekarang pada kedudukan sangat meyakinkan. “Semalam berlaku undian Belanjawan 2024 di peringkat dasar, lulus dengan begitu sahaja (mudah) dan berikutnya (akan dibuat) di peringkat jawatankuasa. Jadi tiada keperluan mendesak, tiada apa-apa gugatan terhadap kedudukan kerajaan yang ada sekarang,” katanya…

Read More

“Tak perlu kacau jika sudah ada sokongan dua pertiga”

KUALA LUMPUR 3 Nov. –  Perikatan Nasional (PN) sedang mengumpul bukti berhubung dakwaan ugutan diterima Ahli Parlimen pembangkang supaya menyokong Kerajaan Perpaduan, kata Setiausaha Agungnya, Hamzah Zainudin. Beliau berkata langkah itu perlu sebelum tindakan selanjutnya dilakukan termasuk membuat laporan polis. “Kita sedang kumpul maklumat kerana kita ambil gambar mereka yang berjumpa dengan kita, kita nak tengok sama ada orang ini datang daripada mana. “(Buat) laporan polis, tapi kita juga tahu ini jawapan yang akan diberikan tetapi yang penting berhenti buat semua benda ini,” katanya pada sidang media di ibu pejabat…

Read More

Peruntukan: Kerajaan minta jaminan tertentu

KUALA LUMPUR  3 Nov. – Pembangkang tidak akan meneruskan permohonan bayaran peruntukan Ahli Parlimen setelah mendapati syarat yang diminta tidak pernah dilakukan sebelum ini, kata Ketua Whip Perikatan Nasional (PN),  Takiyuddin Hassan. Setiausaha Agung Pas itu berkata beliau sudah dua kali bertemu Timbalan Perdana Menteri (TPM 2) Fadillah Yusof, berhubung perkara tersebut. “Apa yang diminta daripada TPM2 ini ialah supaya pihak pembangkang menulis surat kepada mereka memberikan jaminan tertentu dan sebagainya,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PN di sini hari ini. Takiyuddin berkata, kepemimpinan blok itu sudah berbincang…

Read More

Kekosongan Timbalan Presiden Amanah diisi Disember

PASIR MAS 3 Nov. – Jawatan Timbalan Presiden Amanah yang kosong berikutan kematian Salahuddin Ayub, pada Julai lalu akan diisi melalui pemilihan Jawatankuasa Nasional Amanah bagi penggal 2023-2026 pada Disember ini. Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar, mesyuarat agung parti baru bermula dan pihaknya tidak boleh membuat sebarang jangkaan mahupun spekulasi tentang siapa calon yang akan menggantikan Allahyarham Salahuddin. Sistem pemilihan jawatan dalam Amanah agak berlainan dengan parti yang lain kerana tidak bertanding untuk satu jawatan sebaliknya bertanding bagi pemilihan 27 calon di peringkat nasional. Kesemua calon yang terpilih akan terbabit…

Read More

Penjelasan umur remaja sertai PKKN 3.0

KUALA LUMPUR 3 Nov. –  Hanya remaja yang lahir pada 2007 akan dipanggil menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 jika ia dilaksanakan pada tahun hadapan, 2024. Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam kenyataannya, berkata kerajaan telah bersetuju untuk memperkenalkan semula PLKN dengan kaedah baharu selaras dengan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628). “Pelatih akan dipilih mengikut tahun kelahiran. Ada garis permulaan tahun kelahiran tertentu bagi pelatih untuk memulakan PLKN 3.0. Sebagai contoh sekiranya PLKN 3.0 dilaksanakan pada tahun 2024, maka remaja yang hanya lahir pada tahun 2007  akan dipanggil untuk…

Read More

KPI kontinjen Sukan SEA Thailand

KUALA LUMPUR 3 Nov. – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang merangka petunjuk prestasi utama (KPI) bagi penyertaan kontijen sukan negara di Sukan SEA Thailand 2025 yang dijangka dimuktamadkan hujung tahun ini. Menterinya, Hannah Yeoh, berkata draf KPI berkenaan dirangka Majlis Sukan Negara (MSN) bersama Persatuan Sukan Kebangsaan, Majlis Olimpik Malaysia dan Institut Sukan Negara. Beliau berkata, tindakan itu adalah lanjutan daripada ‘post moterm’ prestasi kontijen negara di Sukan SEA Kemboja 2023 yang diadakan MSN, membabitkan pihak berkepentingan, pada 6 dan 7 Julai lalu. “Secara dasarnya ‘post mortem’ ini memberikan…

Read More

Jamuan tengah hari 7,100 banduan, tahanan

IPOH 3 Nov. – Sempena sambutan ulang tahun keputeraan Baginda ke-67 hari ini, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan membiayai hidangan makanan tengah hari kepada 7,100 banduan dan tahanan yang sedang menjalani hukuman di penjara, pusat koreksional dan pusat pemulihan akhlak di negeri ini. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral (B) Dr Mohd Zahidi Zainuddin berkata hidangan dari pembiayaan baginda sendiri itu adalah atas sifat prihatin dan ihsan baginda terhadap kebajikan banduan serta tahanan terbabit. Sumbangan itu akan dibuat di Penjara Tapah, Penjara Taiping, Pusat Koreksional Kamunting dan Pusat Pemulihan Akhlak…

Read More