851 kes, 658 sembuh

PUTRAJAYA 2 Dis. – Kes positif Covid-19 kembali kepada tiga angka apabila 851 kes baharu dilaporkan, selepas lima hari mencatatkan kes baharu empat angka sejak 27 November lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baharu itu, empat merupakan kes import manakala 847 kes penularan tempatan menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan 10,686 kes.

Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 kini adalah 68,020 kes.

Dr Noor Hisham berkata sejumlah 658 kes sembuh hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah 56,969 kes (83.8 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes.

Beliau berkata 17 kes positif Covid-19 hari ini mempunyai kaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan kluster Tembok (14 kes), Matambai (dua kes) dan PTS Sibuga (satu kes).

Dr Noor Hisham berkata sehingga kini, 122 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 47 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dua kes kematian Covid-19 dilaporkan di Hospital Queen Elizabeth di Sabah, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian 365 kes (0.54 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes.

Kematian berkenaan melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 84 tahun, yang mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan seorang lelaki bukan warganegara berusia 63 tahun yang mempunyai penyakit darah tinggi dan asma.

Related posts

Leave a Comment