KUALA LUMPUR 31 Okt. – Dua orang bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Shahidan Kassim dan Annuar Musa adalah antara sembilan orang yang dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pas Pusat. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat semalam memutuskan pelantikan itu berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan Fasal 26 Perlembagaan Pas. Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataannya turut memaklumkan pelantikan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Pas Negeri dan Wilayah Persekutuan. Selain Annuar dan Shahidan, turut dilantik sebagai AJK adalah Nasrudin Hassan, Mohd Yusni Mat Piah, Wan Rohimi Wan Daud, Dr Mohd Zuhdi Marzuki, Datuk…
Read MoreMonth: October 2023
Media Hari Ini Selasa 31.10.2023
Subsidi bersasar bersifat ‘menang-menang’
KUALA LUMPUR 31 Okt. – Pemberian subsidi secara bersasar adalah penyelesaian terbaik dan bersifat ‘menang-menang’ sekiranya berlaku kenaikan harga ayam secara mendadak pada masa depan. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Mohamad Sabu berkata , ketika ini tidak ada satu kaedah atau formula bersesuaian untuk pelbagai situasi. “Formula ini ikut perkembangan semasa. Kita perlu bincang dengan Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan dan sebagainya. Kalau ada kenaikan melampau, kita cenderung kepada pemberian subsidi secara bersasar, iaitu membantu golongan B40 yang mengalami masalah besar. Jika kita beri subsidi secara pukal, akhirnya yang untung…
Read MorePM Malaysia, Singapura sentuh Batu Puteh, isu bekalan air
SINGAPURA 30 Okt. – Malaysia berpendirian bahawa isu berkaitan Batu Puteh boleh diselesaikan dengan penglibatan langsung Peguam Negara (AG) Malaysia dan Singapura dalam rundingan, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri yang menghadiri sesi Pemukiman Pemimpin Singapura-Malaysia ke-10 berkata, Malaysia dan Singapura wajar membuktikan bagaimana dua rakan hebat boleh mencuba dan menyelesaikannya dalam situasi menang-menang. Bercakap pada sidang media bersama rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong di sini, Anwar berkata usaha itu perlu dilakukan walaupun kedua-dua pihak telah membincangkannya sejak 12 bulan lepas. Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas pemukiman itu,…
Read MoreTiada masalah laungan takbir naikkan semangat
KUALA LUMPUR 30 Okt. – Tidak ada sebarang masalah untuk laungan takbir, jika ia berniat baik, hendak menaikkan semangat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar. Justeru larangan laungan takbir pada perhimpunan solidariti untuk Palestin di ibu negara, baru-baru ini, tidak sepatutnya diperbesarkan sehingga menenggelamkan isu yang lebih penting terutama penyatuan menentang kezaliman terhadap rakyat Palestin. Dr Mohd Na’im, berkata, apa yang menimbulkan kekeliruan mungkin kefahaman masyarakat awam yang mempunyai perspektif berbeza mengenai laungan kalimah takbir luar daripada waktu solat. “Apa yang saya nak…
Read More‘Roket’ pun boleh dianggap ganas
SEPANG 30 Okt. – Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin membidas pihak yang mengaitkan pemakaian pejuang pembebasan Palestin dengan fahaman ekstremisme dan keganasaan. Beliau dipercayai merujuk kepada kenyataan Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming berikutan kenyataan beliau melalui Facebooknya itu turut mengaitkan dengan ‘roket’. “Jika kain serban yang menutup wajah pejuang yang menentang pencerobohan dan kezaliman itu kau anggap ganas, lambang ‘roket’ pun boleh dianggap ganas. Kepada siapa kau ingin lancar roketmu itu? Siapa yang kau mahu hancur dan letupkan? Aku pun ingin bertanya seperti kau bertanya,” tulis Dr…
Read MoreLagi wakil rakyat Bersatu sokong Anwar
LABUAN 30 Okt. – Seorang lagi wakil rakyat Bersatu yang menang atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Ahli Parlimen Labuan, Suhaili Abdul Rahman dalam kenyataan hari ini berkata, sokongan dibuat setelah mengambil kira permasalahan rakyat Labuan yang berdepan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi serta gangguan bekalan air dan bekalan elektrik yang berterusan. Sebelum ini, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN Kuala Kangsar) juga memutuskan menyokong Anwar setelah meneliti rintihan berterusan pengundi dan menitikberatkan keperluan mendesak untuk menangani…
Read MoreNasi kandar lauk babi beri gambaran negatif
KUALA LUMPUR 30 Okt. – Satu penghinaan kepada industri nasi kandar. Itu reaksi Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) berikutan hantaran klip video yang mempromosi nasi kandar dengan hidangan babi yang tular di media sosial. Presidennya, Jawahar Ali Taib Khan, berkata pihaknya kesal dengan tindakan itu yang dianggap satu bentuk penghinaan berikutan nasi kandar di negara ini dipelopori pengusaha restoran Muslim sejak puluhan tahun lalu. Katanya, promosi video itu juga akan menimbulkan kekeliruan kepada pelanggan serta penggemar nasi kandar di negara ini sekaligus memberikan gambaran negatif kepada menu kesukaan ramai…
Read MoreMulai 1 November subsidi ayam tamat, telur diteruskan
KUALA LUMPUR 30 Okt. – Kerajaan akan memastikan harga jualan bagi ayam yang diapungkan akan terus berada pada kadar munasabah selepas subsidi dan kawalan ditamatkan sepenuhnya bermula Rabu, 1 November ini. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu, bagaimanapun berkata subsidi dan kawalan harga bagi telur ayam gred A, B dan C akan diteruskan menggunakan mekanisme sedia ada. Mohamad berkata, penamatan subsidi ayam mengambil kira situasi dan trend semasa bekalan serta harga ladang dan kos pengeluaran ayam sudah mulai stabil. “Penamatan harga kawalan ayam menyokong kemampanan industri pengeluaran ayam tempatan,…
Read MoreUMNO masih ada asas kuat tetapi perlu berubah
KUALA LUMPUR 30 Okt. – UMNO memerlukan individu yang berkualiti untuk memimpinnya, seseorang yang mampu untuk membawa perubahan berbeza pada masa depan, kata Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Menurut baginda, UMNO masih memiliki asas sebagai sebuah parti Melayu yang kuat tetapi perlu melakukan perubahan dan ada pemimpin yang perlu pergi. “Ia perlu ada seseorang yang mampu membawa dinamik berbeza, yang boleh dikaitkan dengan senario negara ketika ini mahupun masa depan. “Kalau masih dengan sistem begitu lama macam sekarang, saya tak lihat UMNO akan ada masa depan dalam negara,…
Read More