Hadi sesuai ketuai PN

KANGAR 3 Jan.  – Presiden Pas, Abdul Hadi Awang adalah individu sesuai mengetuai Perikatan Nasional (PN) di peringkat pusat, kata Pengerusi PN Perlis,  Shahidan Kassim.

Katanya, semua pihak wajar menghormati kenyataan Abdul Hadi sebelum ini yang memutuskan Pas akan mengetuai PN.

“Tok Guru (Abdul Hadi) adalah calon paling sesuai manakala calon yang lain terserah kepada beliau.

“Siapa sahaja Tok Guru sebut, kita akan sokong, tidak kisahlah seperti (Datuk Seri) Muhammad Sanusi Md Nor ke, (Datuk Seri) Ahmad Samsuri Mokhtar ke, (Datuk Seri) Tuan Ibrahim Tuan Man ke, itu tidak menjadi masalah kerana kita akan sokong dan wala’ pada arahan,” katanya di sini.

Beliau berkata, faktor kedudukan kanan lazimnya menjadi penentu dalam pelantikan.

“PN membabitkan penggemblengan tenaga Pas dan Bersatu, justeru kita perlu melihat aspek senioriti dalam gabungan ini.

Soal sama ada pelantikan ini akan membuatkan keadaan semasa pulih dan kukuh itu adalah subjektif kerana ‘ribut’ dan ‘taufan’ ini pasti berlaku dalam mana-mana parti tetapi kita mahukan keamanan.

“Jika kita fikirkan parti pergi ke arah solo, itu hanya pandangan orang ramai, namun kita akan akur dengan apa juga keputusan parti,” katanya.

Related posts

Leave a Comment