Padang baharu patut diberi lebih masa

KUALA LUMPUR 14 Okt. –  Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan padang baharu di Stadium Nasional, Bukit Jalil (SNBJ) sepatutnya diberikan lebih masa untuk berada pada kualiti terbaik.

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menyuarakan pandangan di Facebook selepas kualiti permukaan padang di Stadium Nasional yang baru dinaik taraf menggunakan rumput jenis Zeon Zoysia dipersoal peminat bola sepak tanah air.

Ia susulan rumput di SNBJ itu tercabut di beberapa bahagian padang ketika aksi sulung Pestabola Merdeka 2023 antara Malaysia dan India, malam tadi.

“Padang itu sepatutnya diberikan lebih masa untuk akar dia kuat. Macam padang Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Tetapi pasukan kebangsaan nak pakai secepat mungkin.

Itu atas keputusan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) dan pihak stadium. Kalau saya, saya beri lebih masa. Sekurang kurangnya lagi dua atau tiga bulan. Kontraktor ini kontraktor yang sama buat padang JDT,” tulis TMJ.

Menurut TMJ semasa majlis penyerahan padang kelmarin, beliau bercakap kepada semua yang padang ni perlu lebih masa kerana akar dia belum kuat.

“Saya juga sampaikan kepada semua yang berada di situ yang padang tersebut akan terkopak esok (semalam) semasa perlawanan.

“This is the proven product. Dah terbukti. Tetapi kena jaga betul betul. Tiada beza. Rumput sama, kontraktor sama. Beza dia di SNBJ tak ada TMJ di situ, itu aja. Football Association of Malaysia  kalau nak pakai SSI cakap saya siapkan,” tulis TMJ

Related posts

Leave a Comment