SST tambah beban kewangan rakyat – MCA

KUALA LUMPUR 15 Okt. – Banyak aspek kehidupan harian rakyat akan terkesan berikutan peningkatan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) daripada enam kepada lapan peratus yang secara langsung menambahkan beban kewangan mereka. MCA, dalam kenyataan menerusi jurucakapnya, Saw Yee Fung, menegaskan walaupun makanan, minuman dan komunikasi dikecualikan kenaikan kadar SST ini, namun rakyat masih perlu membayar kos asas hidup lain. Ini termasuk pembayaran balik kad kredit, insurans, perubatan, logistik, e-hailing, tiket penerbangan, penginapan, internet dan perkhidmatan profesional seperti nasihat perundangan dan perakaunan. “Maka semua aspek kehidupan harian akan terkesan daripada…

Read More

Sediakan 200,000 hektar sawah baharu

JOHOR BAHRU 15 Okt. – Kerajaan perlu menyediakan 200,000 hektar sawah baharu supaya negara berupaya mencapai tahap sara diri (SSL), sekurang kurangnya 80 peratus bagi beberapa tahun akan datang. Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pada masa yang sama, kerajaan juga perlu menyelesaikan isu kehilangan lebih 50,000 hektar tanah sawah. “Tanah untuk sawah hilang 10,000 hektar setiap tahun. Ia menyebabkan proses penanaman padi tidak dapat dilaksana dan tentunya pengeluaran tanaman itu berkurangan,” katanya. Beliau mengemukakan cadangan itu dalam townhall bersama rakyat, arah tuju Muda di Taman Daya di…

Read More

Bina semula Masjid Muhammad Al Amin

PENGHUJUNG 2013, Muslim Care Malaysia (MCM) mencipta sejarah apabila berjaya membina sebuah masjid luas dan cantik di Gaza, Palestin hasil usaha dan sumbangan rakyat Malaysia. Malangnya pada 7 Oktober 2023, Masjid Muhammad Al Amin itu musnah keseluruhannya akibat serangan bom tentera Israel yang bertindak balas selepas serangan Hamas. Melalui Facebooknya, MCM mengimbas semula solat mengenai masjid itu termasuk solat Jumaat pertama di masjid berkenaan. Masjid berkenaan dibina pada 2011 menggunakan hasil sumbangan rakyat Malaysia, dan beroperasi pada Oktober 2013. Presiden MCM, Zulkifli Wahijan seperti dilapor Metro Ahad, menyasarkan kutipan sebanyak…

Read More

Projo pilih Prabowo Subianto calon Presiden

JAKARTA 15 Okt. – Projo, rangkaian sukarelawan Presiden Indonesia, Joko Widodo mengesahkan jeneral bersara, Prabowo Subianto sebagai calon presiden dalam pemilihan Februari depan. Pengesahan daripada rangkaian ‘Projo’, itu dilihat sebagai proksi untuk presiden, yang merupakan isyarat paling kuat bahawa penyandang itu akan menyokong bekas pesaingnya dalam pemilihan akan datang. Ketua Projo yang juga Menteri Komunikasi kepada presiden, Budi Arie Setiadi mengisytiharkan sokongan kumpulan itu semasa sidang media di rumah Prabowo di Jakarta. “Beliau seorang yang berani dan komited terhadap kebajikan rakyat Indonesia,” kata Budi. Jokowi masih belum mengesahkan mana-mana calon…

Read More

Dua juta berdepan masalah air di Gaza

GENEVA: Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) mendakwa dua juta penduduk di Gaza kini berdepan ancaman bahaya ekoran hampir kehabisan bekalan air. “Keadaan sekarang ini antara hidup dan mati. Bahan api perlu dihantar segera ke Gaza untuk membolehkan air dibekalkan kepada dua juta penduduk. “Sudah seminggu tiada bekalan bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk ke Gaza,” kata Ketua Pesuruhjaya UNRWA Philippe Lazzarini dalam satu kenyataan Katanya, penduduk terpaksa menggunakan air kotor dari perigi selepas loji air Gaza dan rangkaian air awam berhenti berfungsi dan keadaan ini akan…

Read More

PSM jelaskan insiden rumput tercabut

KUALA LUMPUR 14 Okt. – Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) menjelaskan standard tempoh masa penyediaan secara rapi rumput padang seharusnya mengambil masa 12 bulan untuk keseluruhan proses siap sepenuhnya. Walau bagaimanapun, pihak PSM hanya mempunyai tempoh lapan bulan di samping keadaan hujan sepanjang minggu lalu juga tidak membantu dalam penyediaan pertumbuhan padang baharu itu. PSM dalam kenyataan hari ini memaklumkan beberapa tompok bertentangan ‘grandstand’ kurang kukuh akibat pendedahan cahaya matahari yang lebih rendah di kawasan terbabit. Sambil menyifatkan perkara itu tidak sepatutnya berlaku, PSM berkata pihaknya menggunakan ‘grow light’ bagi merangsang…

Read More

Putra gesa kerajaan hantar nota bantahan

KUALA LUMPUR 14 Okt. –  Putra menggesa kerajaan Madani memanggil Duta Amerika Syarikat (AS) di sini bagi menyatakan kecaman Malaysia terhadap Israel yang terus melakukan kekejaman dan kezaliman ke atas rakyat Palestin. Presiden Putra Dr Ibrahim Ali berkata, pada masa yang sama, Kerajaan Madani perlu menghantar nota bantahan melalui Duta AS di sini,  Duta Malaysia di AS serta Duta Malaysia di Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). Katanya, nota bantahan itu perlu sampai segera kepada Setiausaha Agung PBB sebagai tanda kecaman di atas perbuatan zionis Israel terhadap rakyat Palestin. “Nota bantahan…

Read More