KATHMANDU: Keadaan di Gaza semakin teruk Israel ketika Israel memperhebatkan operasi ketenteraannya, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres. Justeru beliau mengulangi rayuan gencatan senjata bagi menamatkan “mimpi ngeri” pertumpahan darah. “Keadaan di Gaza semakin terdesak dari semasa ke semasa. Saya kesal kerana jeda kemanusiaan yang disokong oleh masyarakat antarabangsa amat diperlukan namun Israel memperhebatkan operasi ketenteraannya,” kata Guterres. Beliau yang dalam lawatan ke ibu kota Nepal, Kathmandu berkata, jumlah orang awam yang terbunuh dan cedera sama sekali tidak boleh diterima. Selepas beberapa minggu melakukan pengeboman di…
Read MoreDay: October 29, 2023
Simpanan SSPN deposit RM15.94 bilion
KUALA LUMPUR 29 Okt. – Setakat September lalu, Simpan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) yang dikendalikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerima deposit RM15.94 bilion dengan 6.11 juta akaun. Pengerusi PTPTN, Norliza Abdul Rahim, berkata pihaknya komited untuk meningkatkan kesedaran masyarakat agar terus menabung di dalam Simpan SSPN bagi mengelakkan kebergantungan kepada pinjaman. PTPTN yakin usaha ini akan disokong oleh semua pihak bagi merealisasikan visi PTPTN sebagai Peneraju Tabung Pendidikan Tinggi Negara,” katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Penutup Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2023 dan sambutan Hari…
Read MorePalestin : Pas kurang selesa tindakan 12 wakil rakyat PKR
KUALA LUMPUR : Pas kurang selesa tindakan 12 wakil rakyat PKR menggunakan terma seperti dendam, kebencian dan keganasan sebagai asas kebimbangan dan bantahan terhadap program Minggu Solidariti Palestin di sekolah dan institusi pengajian awam anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan berkata, kumpulan wakil rakyat terbabit perlu lebih berhati-hati dalam isu ini. Katanya, mereka tidak boleh dilihat cuba memberi gambaran salah tentang perjuangan rakyat Palestin atau dilihat secara halus menggunakan gambaran itu untuk mensabotaj usaha baik KPM mendedahkan para pelajar kepada konflik di rantau terbabit dan juga…
Read MorePMX lancar buku Anwar Triumphs
KUALA LUMPUR 29 Okt. – Selepas kisahnya difilemkan melalui Anwar: The Untold Story, Anwar Ibrahim hari ini meluncurkan buku ‘Anwar Triumphs’ yang menukilkan kisah suka dan dukanya sejak era mahasiswa sehingga kini. Buku setebal 195 muka mengandungi 12 bab itu ditulis oleh peguam jenayah terkemuka Australia, Mark Trowell. Majlis peluncuran berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini yang turut dihadiri Trowell dan isteri Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang turut memainkan peranan penting dalam politik Malaysia. Buku itu turut menceritakan mengenai pengkhianatan politik yang dialami Perdana Menteri…
Read MoreHanya satu sudu gula di medan selera Putrajaya
PUTRAJAYA 29 Okt. – Hanya satu sudu gula bagi minuman yang dipesan di medan selera Putrajaya. Itu antara inisiatif menerusi Pelan Advokasi Mengurangkan Gula bagi menyebar luas mesej dan kesan gula terhadap kesihatan. Menteri Kesihatan , Dr Zaliha Mustafa, berkata pelan yang merangkumi ‘Kempen Kurangkan Gula’ itu bertujuan meningkatkan kesedaran rakyat mengenai kesan gula berlebihan, sekali gus mengawal pengambilannya. Katanya, pelan itu turut merangkumi kempen kurangkan gula dalam kalangan pengusaha gerai minuman di medan selera di Putrajaya. “Saya difahamkan pengusaha minuman di medan selera sekitar Putrajaya bersetuju melaksanakan penggunaan satu…
Read More14 aku janji manifesto GPS PRK Jepak
BINTULU: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan melancarkan manifesto Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, di sini, hari ini. Awang Tengah berkata, manifesto GPS ini memberi tumpuan kepada aspek pembangunan di kawasan Jepak. “Menerusi manifesto ini, GPS mengemukakan perancangan untuk masa depan dan projek yang kita akan laksanakan di kawasan Jepak,” katanya yang menjelaskan mengenai, 14 Aku Janji dan komitmen yang terkandung dalam manifesto itu. Majlis pelancaran turut dihadiri Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Amar Dr. Sim…
Read MoreTidak wajar batalkan minggu ‘Solidariti Palestin’
SEPANG 29 Okt. – Kementerian Pendidikan (KPM) tidak wajar tunduk kepada desakan untuk membatalkan minggu ‘Solidariti Palestin’ yang bermula hari ini hingga Jumaat nanti, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi. Katanya, kerana nila setitik ada pihak dan individu mengambil kesempatan mendesak KPM membatalkan minggu “Solidariti Palestin”. “Ternyata insiden pelajar sekolah bawa senjata mainan dianjurkan di luar tempoh pelaksanaan minggu ‘Solidariti Palestin’ (29 Oktober-3 November). “Di saat seluruh negara dan dunia mengecam kekejaman Israel maka tidak ada sebab semua peringkat rakyat Malaysia bersolidariti dengan rakyat Palestin…
Read MoreUstaz Kazim tidak lagi mengajar di Pulau Pinang
BAYAN LEPAS 29 Okt. – Pendakwah bebas, Ustaz Mohd Kazim Elias tidak lagi akan menerima jemputan untuk menghadiri kuliah di masjid-masjid di negeri ini berikutan arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama di negeri itu. “Kuliah ditangguhkan sebab saya tidak dibenarkan menyampai kuliah, jadi saya ambil keputusan bagi tidak lagi mengajar di Pulau Pinang bermula hari ini (semalam).”, katanya di Masjid Al-Ittifaq Sungai Nibong Kecil, di sini, semalam. Beliau hadir pada program berkenaan tetapi akur dengan arahan tidak dibenarkan memberi kuliah di Pulau Pinang. Menerusi video ucapannya yang tular hari…
Read MoreBerita pilihan…
Azam Menteri Komunikasi dan Digital
KOTA KINABALU 29 Okt. – Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berazam mahu memastikan tiada pemberhentian kerja berlaku dalam kalangan petugas media, selama beliau menggalas tanggungjawab selaku peneraju kementerian itu. Fahmi berkata, tempoh pandemik Covid-19 amat mencabar apabila petugas media banyak kehilangan kerja. “Saya rasa bertuah apabila Perdana Menteri ( Anwar Ibrahim) meminta saya menggalas tanggungjawab dan amanah ini yang membolehkan saya berkhidmat untuk membantu rakan-rakan saya. Tempoh pandemik (Covid-19) menampakkan suatu senario yang amat mencabar. “Mencabar bukan sahaja dalam sektor ekonomi tetapi juga kepada tuan puan semua. Banyak yang…
Read More