Istiqamah pertahan kepentingan Palestin

SEPANG 11 Pkt. – Malaysia harus terus ke hadapan menggunakan pelbagai platform dalam usaha membela maslahah dan kepentingan berdaulat Palestin, kata Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam Putra, Dr. Mohammad Fairus Bin Khairuddin.

Ahli Dewan Tertinggi (ADT) Putra itu berkata, segala pembelaan terhadap Palestin dan Masjid al-Aqsa menjadi suatu tanggungjawab agama yang penting dalam pemerkasaan iman dan jari diri seorang Muslim sejati.

Kerajaan katanya perlu meneruskan usaha tegasnya secara istiqamah yang diwarisi semua pimpinan negara terdahulu dengan menggerakkan usaha melalui pelbagai pertubuhan termasuk Pertubuhan Kerjasama Islam dan ASEAN.

“Sidang khas OIC perlu disegerakan dengan membuat resolusi baharu dalam mempertegas segala bentuk sokongan dan dokongan dalam membela Palestin,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, umat Islam di Malaysia menanti dan ingin melihat apakah tindakan-tindakan afirmatif daripada pihak kerajaan untuk membantu membela kepentingan berdaulat negara Palestin yang merdeka dan dizalimi sejak puluhan tahun itu.

“Palestin serta Masjid al-Aqsa bukan hanya suatu perjuangan yang bersifat nasionalis malah ia adalah suatu kewajipan yang terpikul ke atas setiap bahu umat Islam di seluruh dunia.

“Tidak perlu lagi ulasan panjang lebar berkaitan isu ini kerana dunia khususnya umat Islam yang benar iman dan taqwanya amat mengetahui kezaliman rejim zionis yang merampas hak dan kehidupan damai umat Islam di Palestin,” katanya.
Nnnn

Related posts

Leave a Comment