Polis serah dokumen kepada Interpol

KUALA LUMPUR 3 Okt. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyerahkan dokumen diperlukan kepada Polis Antarabangsa (Interpol), untuk permohonan Notis Merah terhadap Muhammad Adlan Berhan yang juga menantu bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman,  Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata pihaknya menerima dokumen itu daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini. “Kita (polis) sudah menerima dokumen itu pada jam 3 petang tadi. Ia juga telah dimajukan kepada INTERPOL untuk tindakan lanjut mereka,” katanya kepada media, hari ini. Sabtu lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri…

Read More

Segerakan RUU kawalan rokok

KUALA LUMPUR: Proses penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok demi Kesihatan Awam 2023, perlu disegerakan susulan semakin ramai didakwa terkesan gejala berkaitan merokok dan e-rokok. Dalam satu kenyataan, Hartal Doktor Kontrak berkata proses itu tidak wajar dibiarkan berlanjutan, selepas mengambil kira status kesihatan awam di negara ini yang dilihat terus merosot. Menurut kenyataan itu, gejala merokok serta e-rokok menjadi norma dalam masyarakat dan meragut banyak nyawa, malah semakin ramai dibelenggu komplikasi berkaitan kedua-duanya yang memendekkan kualiti hidup serta produktiviti rakyat. Hartal Doktor Kontrak sekali gus menuntut Ahli Parlimen dan…

Read More

41,612 pengundi 18 tahun didaftar Ogos

PUTRAJAYA 3 Okt. –  Sebanyak 41,612 warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas didaftarkan sebagai pemilih baharu secara automatik sepanjang bulan Ogos lalu,  berbanding 38,092 orang pada Julai 2023. Dalam tempoh 1 hingga 31 Ogos 2023 juga, sebanyak 12,915 orang pemilih berdaftar bertukar bahagian pilihan raya dan 763 orang pemilih bertukar status/kategori pengundi. Setiausaha SPR,  Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan hari ini berkata, senarai berkenaan terkandung dalam Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos 2023 (DPT BLN8/2023) yang diperaku dan diwartakan hari ini. Daftar itu dibuka untuk semakan orang ramai selama 30…

Read More

PRK : Pas tidak pandang rendah calon, parti lain

KUALA TERENGGANU 3 Okt. – Pas akan bekerja keras mempertahankan kerusi Parlimen Marang dan tidak memandang rendah mana-mana parti dan calon lain yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu nanti. Naib Presidennya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata Pas mahu mengekalkan kemenangan di kerusi itu dengan menyasarkan majoriti lebih tinggi. “Kita tidak pernah menganggap mana-mana kerusi sebagai mudah untuk dimenangi, termasuk (Dewan Undangan Negeri) Ru Rendang walaupun kita telah menang (kerusi itu) selama puluhan tahun, apatah lagi di kerusi-kerusi Parlimen. “Mana-mana yang ada, kita akan anggap sebagai suatu medan…

Read More

Kemaman: Pas tidak kemuka rayuan

SEPANG 3 Okt. – Pas tidak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan petisyen pilihan raya yang diputus Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu bagi kerusi Parlimen Kemaman, kata Setiausaha Agungnya,  Takiyuddin Hassan. Justeru, Pas kini menunggu dan bersiap sedia untuk mengambil langkah selanjutnya serta akan akur dengan ketetapan yang akan dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu itu. “Keputusan ini diambil setelah Hakim Anselm Charles Fernandis mengesahkan dalam sesi Pengurusan Kes (Case Management) melalui Sidang Video (zoom) pada hari ini (3 Oktober 2023) bahawa keputusan Yang…

Read More

WHO syor vaksin malaria kedua

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan penggunaan vaksin malaria kedua R21/Matrix-M bagi membendung penularan penyakit yang mengancam nyawa itu. Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, dalam sidang media semalam berkata dua tahun lalu, WHO mengesyorkan penggunaan meluas vaksin malaria pertama di dunia yang dipanggil RTS,S. “Hari ini, saya sangat berbesar hati untuk mengumumkan bahawa WHO mengesyorkan vaksin kedua yang dipanggil R21/Matrix-M untuk mencegah malaria pada kanak-kanak yang berisiko dijangkiti penyakit itu,” katanya. Beliau berkata, R21/Matrix-M, yang dibangunkan oleh Universiti Oxford Britain, akan tersedia menjelang pertengahan 2024 dan dos ini akan…

Read More

Lima kawasan tidak sihat

SEPANG 3 Okt. – Lima stesen di Petaling Jaya, Cheras, Banting, Nilai dan Seremban mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat apabila merekodkan bacaan melebihi 101 pagi ini. Berdasarkan kemas kini setakat pukul 9 pagi di laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), bacaan IPU di Nilai, Negeri Sembilan ialah 156, diikuti di Cheras (154) dan Seremban (142). Manakala dua lagi stesen iaitu di Banting, Selangor dan Petaling Jaya, pula masing-masing merekodkan bacaan 119 dan 109. Sementara itu, 60 kawasan di seluruh negara merekodkan IPU tahap sederhana…

Read More

Howard Lee terima nasihat berhati-hati

KUALA LUMPUR 3 Okt. – Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee bersetuju dengan nasihat supaya lebih berhati-hati dalam mengambil petikan ayat al-Quran agar tidak menimbulkan salah faham terutama di zaman media sosial ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Mohd Na’im Mokhtar, beliau telah memberi nasihat kepada Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP itu dalam satu pertemuan malam tadi. Berkongsi perkembangan itu di Facebook, Mohd Na’im berkata, ia pertemuan yang sangat membina susulan pertikaian banyak pihak berhubung isu Howard memetik ayat al-Quran dalam konteks politik baru-baru ini. “Pertemuan…

Read More