Lima kawasan tidak sihat

SEPANG 3 Okt. – Lima stesen di Petaling Jaya, Cheras, Banting, Nilai dan Seremban mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat apabila merekodkan bacaan melebihi 101 pagi ini.

Berdasarkan kemas kini setakat pukul 9 pagi di laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), bacaan IPU di Nilai, Negeri Sembilan ialah 156, diikuti di Cheras (154) dan Seremban (142).

Manakala dua lagi stesen iaitu di Banting, Selangor dan Petaling Jaya, pula masing-masing merekodkan bacaan 119 dan 109.

Sementara itu, 60 kawasan di seluruh negara merekodkan IPU tahap sederhana dengan bacaan 51 hingga 100.

Untuk rekod, bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Related posts

Leave a Comment