Kos baiki sekolah terbakar cecah RM1.9 juta

PERMATANG PAUH 1 Okt. –  Kos keseluruhan untuk memperbaiki struktur Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang To’ Kandu di sini yang terbakar pada 22 September lalu  dijangka mencecah RM1.9 juta, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, kerja membaik pulih tingkat atas bangunan empat tingkat sekolah itu perlu disegerakan. “Jumlah awal dana belum dihitungkan, tetapi sekitar RM1.9 juta. Sebaiknya kerja baik pulih siap dilakukan dalam tempoh seminggu atau dua minggu ini supaya boleh beroperasi semula secepat mungkin. “Jadi kita arahkan disegerakan menerusi proses tender terhad supaya kerja baik pulih dapat dipercepatkan,” katanya selepas…

Read More

SPRM perlu bebas pengaruh eksekutif

PUTRAJAYA 1 Okt. – Perdana Menteri,Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu bebas daripada pengaruh eksekutif. Menerusi catatan di Facebook sempena ulang tahun SPRM yang ke-56 hari ini, beliau berkata, SPRM juga mesti tegak dengan prinsip yang bukan hanya menolak tetapi perlu memperteguh usaha mencegah gejala rasuah. “Negara atau tatanan yang dicita tidak akan terbangun tanpa usaha menolak dan membenam keras budaya rasuah di semua peringkat masyarakat. “Saya yakin akan kemampuan SPRM memaknai cita-cita luhur ini demi rakyat dan negara,” kata beliau. Perdana Menteri turut merakamkan ucapan…

Read More

DUN Terengganu bersidang tanpa pembangkang

KUALA TERENGGANU 1 Okt. – Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang bersidang hari ini mencatat sejarah dengan ketiadaan blok pembangkang berikutan Perikatan Nasional (PN) menyapu bersih semua kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Ogos lalu. Sesi persidangan DUN Terengganu berlangsung dengan Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Pertama DUN ke-15 yang menyaksikan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat menyempurnakan istiadat itu. Turut hadir Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Speaker DUN Terengganu, Mohd Nor Hamzah dan Timbalan Speaker, Khazan Che Mat. Pada PRN Terengganu 12 Ogos lalu, gabungan Pas dan…

Read More

Usaha tarik 2,000 pulang mengundi

SHAH ALAM 1 Okt. – Pakatan Harapan (PH) melakukan pelbagai usaha untuk menarik lebih 2,000 pengundi di sekitar Kuala Lumpur pulang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada 7 Oktober ini. Pengerusi PH Pahang, Amirudin Shari, berkata langkah itu bagi memastikan kemenangan calon BN, Amizar Abu Adam, supaya DUN Pelangai mempunyai wakil yang baik untuk meneruskan kelangsungan pembangunan dan pembelaan rakyat. “Sekarang tugas kita adalah untuk memujuk pengundi DUN Pelangai yang tinggal di luar terutama yang berada di Kuala Lumpur supaya balik mengundi, sekali gus membantu…

Read More

Banjir bakal jadi ‘kebiasaan baharu’

NEW YORK: Gabenor New York, Kathy Hochul, mengeluarkan amaran bahawa hujan lebat yang mengakibatkan banjir kilat di New York sejak Jumaat lalu akan menjadi ‘kebiasaan baharu’ tahunan berikutan kesan perubahan iklim. Hochul, mengeluarkan amaran itu semalam, Sabtu, apabila banjir di negeri terbabit mulai surut selepas mengalami antara hari paling basah dalam sejarahnya. “Ini sesuatu yang malang bagi kita kerana fenomena bencana alam seperti ini akan menjadi kebiasaan baharu di New York, namun kali ini tiada kematian dilaporkan. “Perisytiharan darurat, yang dapat mempercepatkan agihan bantuan bagi menangani krisis, akan berkuat kuasa selama…

Read More