SPRM perlu bebas pengaruh eksekutif

PUTRAJAYA 1 Okt. – Perdana Menteri,Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu bebas daripada pengaruh eksekutif.

Menerusi catatan di Facebook sempena ulang tahun SPRM yang ke-56 hari ini, beliau berkata, SPRM juga mesti tegak dengan prinsip yang bukan hanya menolak tetapi perlu memperteguh usaha mencegah gejala rasuah.

“Negara atau tatanan yang dicita tidak akan terbangun tanpa usaha menolak dan membenam keras budaya rasuah di semua peringkat masyarakat.

“Saya yakin akan kemampuan SPRM memaknai cita-cita luhur ini demi rakyat dan negara,” kata beliau.

Perdana Menteri turut merakamkan ucapan tahniah kepada SPRM sempena sambutan ulang tahun yang ke-56.

Related posts

Leave a Comment