10 kawasan IPU tidak sihat

KUALA LUMPUR 29 Sept . –  Sebanyak 10 kawasan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dengan bacaan sekitar 101 hingga 200, setakat pukul 3 petang, hari ini.

Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), rekod IPU tertinggi direkodkan di Cheras, Kuala Lumpur dengan bacaannya 154, diikuti di Kuala Selangor (Selangor) 153, sementara di Petaling Jaya, Selangor dan Batu Muda (Kuala Lumpur) masing-masing merekodkan IPU 152.

Dua lagi kawasan di Selangor yang turut dilanda jerebu adalah Shah Alam dengan bacaan semasa, 133 dan Johan Setia (151) manakala dua kawasan lain di Perak merekodkan bacaan IPU tidak sihat iaitu Taiping 142 dan Tasek Ipoh  103.

Di Putrajaya, bacaan IPU berada di paras 107, manakala Nilai, Negeri Sembilan merekodkan bacaan 139.

Sementara itu, 56 kawasan di seluruh negara merekodkan IPU tahap sederhana dengan bacaan 51 hingga 100, antaranya Tanjung Malim, Perak dengan bacaan 87, Seremban, Negeri Sembilan (91); Rompin, Pahang (70) dan Pegoh, Perak (88).

Data sama turut menunjukkan hanya dua kawasan di seluruh negara merekodkan tahap IPU yang baik iaitu di Sibu, Sarawak dengan bacaan 43, sementara Kimanis, Sabah, iaitu 26.

Related posts

Leave a Comment