SEPANG 3 Okt. – Lee Chean Chung yang mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya dan meninggalkan PKR semalam menolak dakwaan bahawa beliau telah “lebih setahun hilang” daripada urusan parti. Bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR itu sebaliknya menjelaskan bahawa beliau kurang aktif selepas isu korporat mafia yang dibangkitkan dalam parti itu tidak diendahkan. “Kenyataan bahawa saya “lebih setahun hilang” daripada urusan parti adalah tidak tepat. Ia mengalihkan perhatian daripada punca sebenar keadaan ini. Saya tidak menjauhkan diri tanpa sebab. Saya mula kurang aktif selepas isu korporat mafia…
Read MoreDay: October 3, 2026
Andalusia sedia 4 pakej musim haji 1448H/2027M
SEPANG 3 Okt. – Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia), Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang berpengalaman 22 tahun mengendalikan jemaah haji menawarkan empat pakej haji untuk musim haji 1448H/2027M. Pakej yang ditawarkan Andalusia kali ini adalah Amjad, Elaf, Elaf Safwah dan Safwah Full iaitu berdasarkan bajet, jarak hotel dengan Masjidilharam dan Masjid Nabawi, bilangan orang sebilik dan tahap keselesaan yang diperlukan oleh para jemaah. Harga terendah yang ditawarkan pakej adalah pada harga RM49,900 sehingga mencecah RM122,990. Bagi pakej Amjad, harga terendah iaitu RM49,990, adalah untuk bilik berempat dengan hotel…
Read MoreSesi sekolah 2027 bermula 4 Januari
PUTRAJAYA 3 Okt. – Kalendar Akademik Tahun 2027 akan bermula 4 Januari depan bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan seluruh negara. Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan (KPM), bagi Kumpulan A, sesi persekolahan sehingga 2 Disember 2027, manakala sekolah di negeri Kumpulan B sehingga 3 Disember 2027. Kumpulan A membabitkan Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala Kumpulan B merangkumi sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. KPM juga menjelaskan tarikh cuti perayaan sepanjang tempoh sesi persekolahan 2027 turut diselaraskan yang…
Read MoreBerita pilihan….
Cedera terkena serpihan peluru berpandu
RIYADH – Seorang penduduk cedera selepas serpihan peluru berpandu balistik yang berjaya dipintas sistem pertahanan jatuh di wilayah Asir, selatan Arab Saudi. Agensi Pertahanan Awam Arab Saudi dalam satu hantaran di platform X, memaklumkan kejadian berlaku di daerah Ahad Rafidah apabila serpihan peluru berpandu berkenaan jatuh selepas ancaman itu berjaya dipintas. Mangsa mengalami kecederaan akibat insiden berkenaan, dan tiada maklumat lanjut mengenai tahap kecederaannya. Selain kecederaan kepada seorang penduduk, serpihan peluru berpandu itu turut mengakibatkan kerosakan pada sebuah surau yang terletak di dalam sebuah bangunan serta beberapa kenderaan di kawasan…
Read MoreG7 cadang lepaskan 100 juta tong minyak
WASHINGTON – Susulan peningkatan harga bahan api, kumpulan tujuh negara perindustrian (G7) bercadang melepaskan 100 juta tong minyak dan produk bahan api dalam minggu-minggu akan datang, bermula dengan jumlah diesel yang “banyak”. Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, pelepasan diesel itu akan berlaku “serta-merta”, manakala kenyataan G7 berjanji untuk melakukan “pelepasan besar yang dimuatkan awal” bagi diesel dalam tempoh 20 hari akan datang. Harga petrol di AS dan luar negara melonjak naik sepanjang perang yang berlarutan selama lapan bulan itu kos yang berulang kali dinyatakan oleh Trump berbaloi demi…
Read More