MAPIM kutuk pembunuhan Al Rouri

KUALA LUMPUR 3 Jan. – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)merakamkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga Timbalan Ketua Biro Politik Gerakan Penentangan Islam “Hamas”,  Syeikh Salleh Al Rouri.

Presiden MAPIM Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pihaknya mengutuk sekeras-kerasnya operasi sasaran Zionis.

“Kami amat sedih namun berbangga dengan seorang pemimpin inspirasi Hamas yang telah memimpin perjuangan ke tahap penentangan yang baharu.

Kami yakin pembunuhan pengecut oleh Zionis akan menguatkan lagi keazaman semua pejuang kemerdekaan Hamas,” katanya dalam satu kenyataan susulan serangan Israel di Lubnan yang membawa kepada pembunuhan Al Rouri.

Mohd Azmi percaya kepemimpinannya akan menjadi inspirasi kepada semua penyokong Hamas bukan sahaja di Palestin tetapi di seluruh dunia.

Katanya, pembunuhan oleh Zionis itu mencerminkan rancangan berterusan untuk menghapuskan pemimpin-pemimpin penentangan yang secara berkesan menunjukkan keupayaan kuat untuk menangkis serangan di Gaza.

“Kami mengulangi sokongan tidak berbelah bahagi kami kepada gerakan penentangan dan mendoakan keazaman mereka untuk mencapai hak semua rakyat Palestin di tanah mereka.

Kami mendoakan semoga rohnya diganjari dengan kemuliaan setinggi-tinggi syahid dalam Rahmat Allah SWT,” katanya.

Related posts

Leave a Comment