TANJUNG MALIM 21 Sept. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan berangkat ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) di Sungkai, dekat sini hari ini. Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah turut berkenan menyertai Seri Paduka dalam lawatan itu yang bermula kira-kira pukul 11.30 pagi. Turut hadir Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad. Dalam lawatan itu, Al-Sultan Abdullah berkenan menerima sembah taklimat oleh…
Read MoreDay: September 21, 2023
Fuziah lapor polis video tular harga barang
KUANTAN 21 Sept. – Berikutan video tular harga barang yang membabitkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh, satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini. Laporan itu dibuat oleh pejabat Timbalan Menteri itu melalui Pegawai Khas Fuziah, Aidil Haryman Mat Nor. Aidil Haryman memaklumkan tindakan itu bertujuan supaya siasatan segera dilaksanakan terhadap beberapa pengguna media sosial, yang catatan mereka dilihat berunsur fitnah dan menghasut rakyat agar mempercayai video lampau, yang tidak berkaitan dengan keadaan semasa. “Saya merasakan bahawa perbuatan ini…
Read MoreDr Mahathir mahu bantu, bukan cari kuasa
ALOR SETAR 21 Sept. – Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor menepis dakwaan bahawa Dr Mahathir Mohamad akan diberikan kuasa selepas dilantik sebagai penasihat tidak rasmi kepada empat negeri dikuasai Perikatan Nasional (PN). Katanya, dakwaan lantikan itu akan membuka jalan untuk menjadikan Dr Mahathir sebagai perdana menteri (PM) sekali lagi tidak timbul sama sekali kerana, bekas perdana menteri itu tidak lagi mempunyai sebarang kuasa dalam kerajaan. “Tun tak ada kuasa apa, tak ada jawatan apa. Dia cuma nak bantu berdasarkan pengalaman dia, oleh kerana dia ada pengalaman jadi Perdana Menteri…
Read MoreWanita pertama SUPM bersara
KUALA LUMPUR 21 Sept. – Deputi Komisioner Polis (DCP) Alzafny Ahmad dilantik sebagai Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) yang baharu menggantikan Noorsiah Mohd Saaduddin, wanita pertama yang dilantik ke jawatan itu pada 22 April 2022. Noorsiah, ibu kepada empat cahaya mata mula menyertai Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1 Julai 1985 menamatkan perkhidmatannya selepas 38 tahun bersama pasukan polis. Kerjaya Noorsiah sampai ke kemuncaknya pada Majlis Serah Terima Tugas Jawatan SUPM di Bukit Aman, pagi ini yang dihadiri Timbalan Ketua Polis Negara KPN, Ayob Khan Mydin Pitchay. Majlis yang berlangsung…
Read MoreMAHB terus kendali Sabiha Gokcen Istanbul
NEW YORK: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) terus diberi kepercayaan oleh Kerajaan Turkiye menguruskan Lapangan Terbang Sabiha Gokcen, di Istanbul, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, ini kerana Turkiye berpuas hati dengan kejayaan syarikat milik kerajaan Malaysia menerusi Khazanah Nasional itu mengendalikan lapangan terbang berkenaan. Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan kepada Perdana Menteri, dalam pertemuan dua hala mereka ketika Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di sini petang waktu tempatan. “Edrogan setuju MAHB terus mengendalikan lapangan terbang itu kerana berpuas hati sehingga kini dan…
Read MoreBerita pilihan…
Tun M bimbing negeri gabungan SG4
ALOR SETAR 21 Sept. – Dr Mahathir Mohamad memberikan komitmen yang amat tinggi untuk terus membimbing Kedah serta tiga negeri lain di bawah gabungan ‘SG4’ melalui pengalaman beliau membangunkan Malaysia pada suatu masa dahulu. Bekas Perdana Menteri itu pada masa yang sama bertekad untuk melihat negeri Kedah, Terengganu, Kelantan dan Perlis membangun maju setanding dengan negeri-negeri maju lain di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Ini untuk membuktikan bahawa negeri-negeri gabungan ‘SG4’ yang diurus-tadbir oleh kepemimpinan Melayu turut boleh maju secara cemerlang. Komitmen dan tekad Dr Mahathir itu dinyatakan semasa pertemuan beliau…
Read MoreBekas calon PRU15 dicalonkan semula
BENTONG 21 Sept. – Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menamakan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai yang masing-masing pernah bertanding pada pilihan raya umum (PRU) lalu. UMNO mencalonkan Ahli Jawatankuasa UMNO Bentong, Amizar Abu Adam, yang pernah bertanding bagi kerusi DUN Kesulit pada PRU ke-15 (PRU15) tetapi tewas kepada calon Pakatan Harapan (PH) Su Keong Siong. Manakala Pas menamakan Naib Yang Dipertuan Pas Kawasan Bentong, Kasim Samat, yang bertanding pada kerusi yang sama pada PRU15 tetapi tewas kepada calon BN, Allahyarham Datuk Seri Johari…
Read More