Wanita pertama SUPM bersara

KUALA LUMPUR 21 Sept. – Deputi Komisioner Polis (DCP) Alzafny Ahmad dilantik sebagai Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) yang baharu menggantikan Noorsiah Mohd Saaduddin, wanita pertama yang dilantik ke jawatan itu pada 22 April 2022.

Noorsiah, ibu kepada empat cahaya mata mula menyertai Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1 Julai 1985 menamatkan perkhidmatannya selepas 38 tahun bersama pasukan polis.

Kerjaya Noorsiah sampai ke kemuncaknya pada Majlis Serah Terima Tugas Jawatan SUPM di Bukit Aman, pagi ini yang dihadiri Timbalan Ketua Polis Negara KPN, Ayob Khan Mydin Pitchay.

Majlis yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Ketua Polis Negara (KPN) dimulakan dengan penyematan lencana pangkat DCP yang disempurnakan Ayob Khan kepada DCP Alzafny.

Ia disusuli acara menandatangani dan pertukaran dokumen serah terima tugas jawatan SUPM di antara Noorsiah dengan Alzafny yang turut disaksikan Ayob Khan.

Alzafny , sebelum ini menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah pernah memegang beberapa jawatan penting teemasuk Ketua Polis Klang Selatan,, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) (Risikan/Operasi) Kontinjen Kuala Lumpur dan Ketua Penolong Pengarah (D4) Risikan/Operasi/Rekod JSJ Bukit Aman.

Sementara itu, dalam ucapannya, Ayob Khan menzahirkan penghargaan kepada Noorsiah di atas perkhidmatannya, sambil menyifatkan beliau sebagai pegawai kanan yang sentiasa menjaga kebajikan pegawai bawahan serta tidak mudah patah semangat dalam menghadapi cabaran sepanjang memegang jawatan SUPM.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Alzafny atas kenaikan pangkat dan berharap agar memikul tanggungjawab yang diamanahkan dalam memperkasakan lagi keberkesanan urus tadbir PDRM.

(Foto PDRM)

Related posts

Leave a Comment