ANWAR DAN ZAHID 1. Datuk Seri Anwar di dalam satu temu-ramah bersama Bloomberg News beberapa hari lalu menyatakan bahawa keputusan menarik balik 47 kes rasuah terhadap Zahid Hamidi adalah sepenuhnya keputusan Peguam Negara. 2. Dia kata kes-kes terhadap Zahid dilakukan secara tergesa-gesa. Di masa yang sama Anwar cuba kaitkan nasihat saya kepada Zahid supaya bubarkan UMNO dan apabila Zahid tidak mahu, maka dia dihadapkan dengan kes-kes rasuah tersebut. 3. Pertamanya, saya nak jawab mengenai tuduhan kes itu dibuat secara tergesa-gesa. 4. Kes terhadap Zahid telah diangkat oleh Peguam Negara ketika…
Read MoreDay: September 18, 2023
Pembinaan LCS bermula minggu depan
KUALA LUMPUR: Aktiviti fizikal pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) akan dimulakan minggu depan, dengan tumpuan sepenuhnya bagi memastikan ia dapat disiapkan mengikut jadual, kata Menteri Pertahanan, Mohamad Hasan. Katanya, selepas terhenti sejak akhir tahun 2019, Kementerian Pertahanan akan memastikan LCS dapat disiapkan mengikut jadual berdasarkan kontrak tambahan keenam yang ditandatangani pada 26 Mei lalu. Beliau berkata, untuk fasa pertama, tumpuan adalah kepada pemindahan pemilikan saham Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB) kepada syarikat milikan Menteri Kewangan Diperbadankan dan rundingan penyambungan tempoh kontrak BNSSB dengan pihak pengeluar peralatan tulen (OEM) dan…
Read More3R : KDN ada tatacara khusus
KUALA LUMPUR 18 Sept. – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memiliki tatacara khusus bagi mengendalikan sebarang kes berkaitan isu agama, bangsa dan institusi raja (3R), selari peruntukan perundangan sedia ada, kata Timbalan Menterinya, Dr Shamsul Anuar Nasarah. Beliau memberi jaminan tindakan tidak dikenakan kepada mana-mana pihak yang menyentuh isu itu, selagi ia tidak melangkaui batas ditetapkan dalam peruntukan perundangan negara. Bagaimanapun, Ahli Parlimen Lenggong itu berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan ke atas individu yang dikenal pasti mengeksploitasi isu 3R, tanpa mengira latar belakang, status atau kedudukan mereka. “KDN…
Read MoreJualan Rahmah Beras esok
KUALA LUMPUR 18 Sept. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menganjurkan program Jualan Rahmah Beras esok yang menawarkan harga diskaun bagi membantu rakyat yang terkesan dengan harga makanan itu. “Tunggu esok, kita lancar Jualan Rahmah Beras. Rakyat akan dapat beras dengan harga diskaun subsidi oleh kerajaan di bawah KPDN,” kata Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh di Dewan Rakyat, hari ini. Berucap ketika menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini, Fuziah berkata, pihaknya juga akan mengumumkan mekanisme berkaitan program…
Read MoreBekalan beras negara mencukupi
KUALA LUMPUR 18 Sept. – Malaysia mempunyai stok bekalan beras yang mencukupi bagi menampung keperluan beras negara bagi tempoh empat hingga lima bulan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu. Katanyq, negara mempunyai stok sebanyak 900,000 tan iaitu 250,000 tan stok penimbal dan 650,000 tan bagi stok dagangan. Susulan itu, Mohamad berkata, masih belum ada keperluan mendesak yang bersifat kecemasan untuk menggunakan stok penimbal beras kerana stok dagangan sedia ada sebanyak 650,000 tan masih mencukupi bagi menampung keperluan domestik. Beliau berkata, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) juga giat…
Read More11 beri keterangan himpunan
KUALA LUMPUR 18 Sept. – Sebelas daripada 25 individu yang dikenal pasti menyertai Himpunan Aman Selamatkan Malaysia selesai memberi keterangan kepada polis, setakat tengah hari ini. Mereka termasuk Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN), Tun Faisal Ismail Aziz; Ketua Srikandi Muda Bersatu Malaysia, Nurul Fadzilah Kamaluddin serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Dr Afif Bahardin. Proses rakam keterangan diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini bermula pada pukul 10.30 pagi dengan sembilan daripadanya selesai dirakam keterangan kira-kira pukul 12.30 tengah hari. Tun Faisal yang…
Read MoreMuda tidak menyalahi perundangan
KUALA LUMPUR 18 Sept. – Tindakan Muda menarik balik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan, tidak menyalahi mana-mana peruntukan perundangan di negara ini, kata Presidennya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Ahli Parlimen Muar itu berkata, ini kerana tindakan berkenaan dibuat secara en-bloc, selari peruntukan mengikut Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663) yang melarang Ahli Dewan Rakyat bertukar parti. Justeru, beliau menegaskan, tiada keperluan bagi mana-mana wakil rakyat Muda mengosongkan kerusi dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) atau pilihan raya negeri (PRN). “Ia (menarik balik sokongan) keputusan berlandaskan undang-undang, Perlembagaan Persekutuan…
Read MoreKerajaan ‘No Action Talk Only’, bukan ‘Walk The Talk’
KUALA LUMPUR 18 Sept. – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan kerajaan Madani hari ini bukannya kerajaan ‘walk the talk’, yang membawa pelbagai reform sebaliknya kerajaan ‘No Action Talk Only’. Beliau mendakwa banyak janji reform sebelum ini tertangguh dan terus ditangguhkan termasuk janji Perdana Menteri setiap anggota Parlimen sama ada kerajaan atau pembangkang akan mendapat peruntukan yang adil dan saksama. “Saya dengar kerajaan ini kerajaan ‘walk the talk’, terbukti kerajaan ini ‘NATO, No Action Talk Only’… ,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini. Presiden Muda…
Read MorePM dijangka jawab DNAA Zahid esok
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dijangka menjawab mengenai isu keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Rakyat, esok. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said berkata, Anwar berkemungkinan menjawab di Dewan Rakyat pada pada jam 2.30 petang. “Adakah Perdana Menteri akan menjawab? Tuan punya badan (Anwar) ada di sini. Dia buat (tanda) good itu dia jawab esok. Insya-Allah, (jam) 2.30 hingga 3.30 petang. “Soalan itu YB (Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan) boleh tanya, tetapi komitmen…
Read More