Indonesia tingkat import beras

JAKARTA: Indonesia berusaha untuk meningkatkan stok simpanan beras dengan mencatatkan peningkatan besar pada sektor import beras dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Ketua Badan Pusat Statistik Indonesia, Amalia Adininggar Widyasanti, berkata Indonesia mengimport 1.59 juta tan beras dari Januari hingga Ogos tahun ini, manakala lebih 429,000 tan beras diimport untuk keseluruhan 2022. Harga beras global meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh 15 tahun pada minggu lalu selepas keputusan pengeluar utama beras, iaitu India pada Julai lalu menghentikan eksport beras bukan basmati, susulan…

Read More

SPR akan dimaklumkan kekosongan DUN Jepak

KUCHING 15 Sept. – Kekosongan kerusi N67 Jepak akan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) susulan kematian penyandangnya,  Talib Zulpilip, hari ini, kata Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Idris Buang. Katanya, Speaker DUN Sarawak, Mohamad Asfia Awang Nassar akan memaklumkan kekosongan itu sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Negeri Sarawak, “Speaker selepas ini akan memberitahu pihak SPR agar pihak SPR mengeluarkan perintah dan writ untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) kerana kita ada lebih kurang tiga tahun lagi hayat DUN,” katanya selepas memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Talib, di Pusat…

Read More

Agong zahir ucapan tahniah

KUALA LUMPUR 15 Sept. – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tharman Shanmugaratnam yang mengangkat sumpah sebagai Presiden Singapura kesembilan semalam. Al-Sultan Abdullah menzahirkan harapan agar Malaysia dan Singapura terus bekerja rapat bagi membawa kemajuan dan kemakmuran untuk kedua-dua negara dan rakyatnya. Menerusi hantaran di Facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda bertitah agar dua negara berjiran yang mempunyai hubungan sejarah dan rakyat mendalam, terus meningkatkan hubungan dua hala dalam pelbagai bidang,demi kepentingan bersama. Tharman, 66 memenangi pilihan raya Presiden dengan memperoleh 70.40 peratus…

Read More

Racun berjadual dalam dua produk kosmetik

PUTRAJAYA 15 Sept. –  Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa orang ramai mengelak daripada membeli dan menggunakan dua produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual. KKM dalam kenyataan hari ini menjelaskan notifikasi produk kosmetik ‘Beaute Treatment Cream’ dan ‘Beaute Nite Cream’ telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, berkata produk Beaute Treatment Cream dikesan mengandungi racun berjadual jenis hidrokuinon, tretinoin dan betamethasone 17-valerate. Manakala Beaute Nite Cream dikesan mengandungi…

Read More

Nahas Elmina ketepi faktor keupayaan PIC

PUTRAJAYA 15 Sept. – Laporan awal nahas membabitkan pesawat Hawker Beechcraft 390 Premier 1 mendapati juruterbang utama (PIC) dilaporkan sihat sebelum kejadian dan mendapat rehat yang cukup sebelum berlepas dari Langkawi. Menurut laporan itu, PIC dan juga juruterbang kedua (SIC) mempunyai sijil perubatan yang sah daripada Penerbangan Persekutuan Pentadbiran (FAA) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). Di samping itu, penilaian ke sijil perubatan dan dokumen sokongan selain sejarah kesihatan serta pemeriksaan fizikal, mendapati kedua-dua juruterbang tidak mempunyai masalah perubatan serius. Laporan Awal Nahas Kemalangan Udara Elmina yang dikeluarkan Kementerian…

Read More

Laporan nahas pesawat 60 halaman

KUALA LUMPUR 15 Sept. – Laporan awal setebal 60 halaman berhubung nahas pesawat Beechcraft Premier 1 yang mengorbankan 10 nyawa di Bandar Elmina, Shah Alam Ogos lalu, boleh dibaca di laman sesawang Kementerian Pengangkutan (MoT). Bermula dengan pengenalan dan sinopsis, laporan nahas 17 Ogos yang melibatkan lapan individu dalam pesawat itu turut merekodkan fakta mengenai pesawat dan tragedi menyayat hati itu, teknik penyiasat dan diakhiri rumusan serta hasil siasatan. Kandungan lain dalam laporan siasatan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) MoT itu ialah punca tragedi berkenaan, data nyahpecutan dan kebakaran…

Read More

IPTA dilarang sertai program kerajaan negeri?

ALOR SETAR 15 Sept. – Seorang anggota Exco kerajaan negeri Kedah mendakwa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negeri itu tidak dibenarkan menghadiri program yang dianjurkan kerajaan negeri. Justeru Dr Haim Hilman Abdullah yang juga EXCO Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi, menuntut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberikan penjelasan berhubung isu itu. “Saya mengulas satu perkara yang kita perlu beri perhatian serius iaitu berkaitan halangan Kerajaan Persekutuan atau pun secara khususnya KPT kepada IPTA seperti universiti, Politeknik dan Kolej Komuniti dari melibatkan diri dalam program yang dianjurkan…

Read More

Che GuBard bebas selepas beri keterangan

KUALA LUMPUR 15 Sept. – Aktivis pembangkang, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Che GuBard yang ditahan semalam selesai memberi keterangan kepada polis pada pukul 2.15 pagi di sini, hari ini. Keterangan itu bagaimanapun, dikatakan tidak ada kena mengena dengan perhimpunan yang dirancang esok. Perkara itu dimaklumkan Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari, menerusi hantaran di laman Facebooknya, pagi ini. “Alhamdulillah CikguBard dibebaskan pagi ini jam 2.15 selepas diambil keterangan. Jalan terus! Selamatkan Malaysia,” katanya. Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata penahanan dilakukan…

Read More