Nahas Elmina ketepi faktor keupayaan PIC

PUTRAJAYA 15 Sept. – Laporan awal nahas membabitkan pesawat Hawker Beechcraft 390 Premier 1 mendapati juruterbang utama (PIC) dilaporkan sihat sebelum kejadian dan mendapat rehat yang cukup sebelum berlepas dari Langkawi.

Menurut laporan itu, PIC dan juga juruterbang kedua (SIC) mempunyai sijil perubatan yang sah daripada Penerbangan Persekutuan Pentadbiran (FAA) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Di samping itu, penilaian ke sijil perubatan dan dokumen sokongan selain sejarah kesihatan serta pemeriksaan fizikal, mendapati kedua-dua juruterbang tidak mempunyai masalah perubatan serius.

Laporan Awal Nahas Kemalangan Udara Elmina yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan (MOT) hari ini,  juga mendapati PIC mempunyai lesen dan layak untuk melakukan penerbangan mengikut peraturan sedia ada.

Justeru, faktor ketidakupayaan dan fisiologi juruterbang diketepikan sebagai punca nahas membabitkan pesawat berkenaan pada 17 Ogos lalu yang mengorbankan 10 orang.

“PIC dan SIC meninggal dunia akibat pelbagai kecederaan. Bukti menunjukkan bahawa kedua-dua juruterbang tidak mengalami ketidakupayaan kokpit,” kata laporan yang dimuat naik ke dalam laman sesawang MOT pada pukuk 10 pagi.

Berdasarkan laporan awal, PIC dan SIC, masing-masing berjaya memperoleh Sijil Perubatan Kelas Pertama daripada FAA dengan had pada 24 Mac dsn 24 Julai 2023.

Semakan Sijil Perubatan dan dokumen sokongan menunjukkan bahawa kedua-dua juruterbang tidak melaporkan sebarang masalah perubatan yang ketara dan Pemeriksa Perubatan Ditetapkan (DME) mengenal pasti tiada syarat penting pada pemeriksaan fizikal.

Berdasarkan sejarah dan pemeriksaan fizikal yang ada, kedua-dua juruterbang tidak mempunyai keadaan perubatan yang diketahui boleh menimbulkan bahaya besar kepada keselamatan penerbangan.

Menurut laporan awal, pesawat berkenaan tidak dapat diselamatkan kerana magnitud daya nyahpecutan (deceleration force) dan kebakaran selepas kemalangan.

Pesawat jenis Beechcraft Premier 1 mempunyai sijil kelayakan udara yang sah dan diselenggarakan mengikut peraturan.

Pesawat itu juga mempunyai lesen dan layak untuk melakukan penerbangan mengikut peraturan sedia ada. Laporan awal itu bagaimanapun, berkata pesawat berkenaan tidak dapat diselamatkan kerana magnitud daya nyahpecutan (deceleration force) dan kebakaran selepas kemalangan.

“Kejadian berlaku pada waktu siang dengan penglihatan yang jelas dan keadaan meteorologi yang baik dengan jarak penglihatan 10 kilometer.

Siasatan ke atas nahas yang mengorbankan 10 nyawa di Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lalu itu dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB).

Transkrip awal rakaman audio pesawat sudah dianalisis, dibentang dalam laporan akhir.

Sementara itu, TRANSKRIPSI awal rakaman Perakam Suara Kokpit (CVR) pesawat Beechcraft Premier 1 itu  sudah diselesaikan dan analisis fail audio sedang dijalankan bagi dimasukkan ke dalam laporan akhir yang dijangka diselesaikan Ogos tahun depan.

Analisis fail audio dan CVR itu penting untuk analisis keseluruhan nahas itu bagi semua pihak memahami mengenai kemalangan itu.

Fail audio dan CVR itu berjaya dipulihkan oleh makmal L3Harris Technologies di St Petersburg, Florida, Amerika Syarikat yang menjalankan pemulihan bahan itu pada 28 Ogos lalu selepas ia gagal dipulihkan di kemudahan makmal di Singapura.

Fail audio yang dimuat turun kemudiannya diberikan kepada pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB), Biro Siasatan Keselamatan Pengangkutan (TSIB) dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara (NTSB) untuk dianalisis.

Pasukan itu menyemak fail audio yang diambil, dan membuat kesimpulan bahawa fail itu berjaya diselesai dan pemulihan data CVR kemalangan berjaya diperoleh.

Laporan awal itu menyatakan pesawat itu dilengkapi dengan Perakam Suara Kokpit (CVR) L3Harris F2100 yang mana ia boleh merakam 30 minit data suara empat saluran berkualiti tinggi.

Namun, pesawat itu tidak mempunyai Perakam Data Penerbangan (FDR) dan tiada sebarang perakam penerbangan atau mana-mana jenis media penyimpanan memori ‘non-volatile memory’ (NVM) iaitu sejenis simpanan yang boleh mengekalkan maklumat yang disimpan walaupun selepas bekalan kuasa terputus ditemui daripada serpihan pesawat.

Bagaimanapun, CVR pesawat itu dapat diperoleh dan diselamatkan sebaik operasi mencari dan menyelamat diadakan selepas nahas berkenaan.

Pasukan mencari di lokasi dijalankan forensik polis menemui CVR yang rosak di bawah serpihan pesawat utama pada kira-kira 9.50 malam pada 17 Ogos .

CVR yang ditemui kemudian diserahkan kepada Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) sehingga CVR diserahkan kepada Makmal Perakam Penerbangan AAIB di Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi untuk Pertahanan (STRIDE), Kajang, Selangor jam 9.30 pagi esoknya.

Selepas pemeriksaan disahkan bahawa CVR rosak dan perakam tidak dapat diproses dengan peralatan sedia ada dan keupayaan di makmal AAIB dan Biro Penyiasatan Keselamatan Pengangkutan (TSIB) Singapura menawarkan bantuan teknikal bagi memproses data perakam itu.

Seorang Wakil Bertauliah (AR) TSIB dilantik dan dihantar ke Malaysia pada 18 Ogos 2023 untuk memberi bantuan teknikal.

Pada 19 Ogos, CVR yang rosak dibuka untuk diproses namun akibat terdedah kepada suhu tinggi akibat kebakaran selepas kemalangan penyambung muka hadapan perakam itu cair.

Kabel reben yang menyambung kepada penyimpanan memori turut menunjukkan pelupusan akibat suhu panas dan visual papan litar dalam CVR juga terdedah kepada suhu tinggi menyebabkan sambungan pateri di dalamnya mencair dan beberapa cip litar tidak berada dalam kedudukan asal.

Justeru, usaha pemulihan data CVR yang rosak telah dijalankan di makmal TSIB di Singapura dari 20 hingga 22 Ogos 2023.

Namun, usaha memuat turun data itu tidak berjaya kerana masalah teknikal dan perakam itu seterusnya diproses di makmal L3Harris Technologies di St Petersburg, Florida, Amerika Syarikat pada 28 Ogos.

Fail audio dan CVR berjaya dipulihkan oleh makmal itu kemudiannya diserahkan kepada pasukan AAIB, TSIB dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara (NTSB) untuk dianalisis. Pasukan itu menyemak fail audio yang diambil, dan membuat kesimpulan bahawa fail itu berjaya diselesai dan pemulihan data CVR kemalangan berjaya diperoleh.

Laporan juga mendapati TIADA objek asing, bulu burung atau mana-mana bahan ditemui dalam komponen enjin kiri dan kanan pesawat Beechcraft 390 Premier 1.

Laporan awal nahas itu menyebut, enjin sebelah kanan pesawat itu terpecah kepada tiga segmen yang berbeza iaitu kipas; pemasangan sarung kipas dengan bilah Tekanan Perantaraan (IP) dan Alat Pemampat Tekanan Tinggi dan Bahagian Panas.

Siasatan juga mendapati alat penghidup, Unit Hidromekanikal (HMU) dan kotak gear semuanya sudah tercabut.

Bagaimanapun, Injap Tekanan Rendah (LP) masih kekal sebahagiannya pada kipas yang terpisah daripada enjin.

Sisa-sisa pemutar masih ada di tempatnya manakala injap LP terpisah dan dilihat terpusing ke arah bertentangan daripada arah putaran asal.

Related posts

Leave a Comment