AG diminta tetap garis masa DNNA

KUALA LUMPUR 13 Sept. – Parti Pejuang Tanah air Malaysia (Pejuang) menuntut Peguam Negara (AG) membuat pengesahan garis masa yang diperlukan untuk memutuskan isu kes DNAA Zahid Hamidi. Presidennya Mukhriz Mahathir berkata, Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak lagi boleh senyap seribu bahasa kerana kes ini telah menarik perhatian dan persepsi kurang enak hatta ke media antarabangsa. Pejuang juga menggesa AG baharu mengambil tindakan arahan amalan baharu iaitu kes pendakwaan berprofil tinggi atau mana-mana kes pendakwaan yang mencapai kes pembelaan wajib diteruskan dan diputuskan oleh Mahkamah. “Sekurang-kurangnya boleh guna proses rayuan…

Read More

PN ganti UMNO demi kestabilan politik?

KUALA LUMPUR 13 Sept. – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mencadangkan Perikatan Nasional (PN) menggantikan UMNO yang didakwa menjadi punca terhadap ketidakstabilan politik dalam negara. Presiden Pejuang,  Mukhriz Mahathir, berkata, perjalanan politik sejak era Datuk Seri Najib Tun Razak banyak melibatkan UMNO termasuk 1MDB, langkah Sheraton, kejatuhan Barisan Nasional (BN), pilihan raya negeri Johor Melaka dan pilihan raya umum disegerakan. Kes terbaharu melibatkan UMNO adalah keputusan Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan Presiden UMNO,  Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan membabitkan kes Yayasan Akalbudi. “UMNO hanya ada 28 ahli Parlimen.…

Read More

Jangan takutkan penganjur himpunan 16 Sept.

KUALA LUMPUR 13 Sept. – Polis dan kerajaan diingatkan tidak menakut-menakutkan penganjur himpunan bagi membantah keputusan memberhentikan prosiding 47 tuduhan jenayah ke atas Dr Ahmad Zahid Hamidi. Pengarah Lawyers for Liberty, Zaid Malek mengingatkan demikian ketika merujuk kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara,  Ayob Khan Mydin Pitchay bahawa polis akan mengambil tindakan terhadap penganjur himpunan yang diketuai Perikatan Nasional (PN) jika gagal mematuhi undang-undang. Beliau berkata, undang-undang yang dimaksudkan iaitu Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA) adalah tidak berperlembagaan dan melanggar hak untuk berhimpun secara aman di bawah Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.…

Read More

Laksana tugas polis secara profesional

KUALA LUMPUR 13 Sept. – Akta Perhimpunan Aman 2012 hanya memerlukan penganjur himpunan untuk memberi notis kepada pihak berkuasa dan bukannya memohon permit atau keizinan polis seperti waktu dulu. Justeru, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berkata kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara,  Ayob Khan Mydin Pitchay bahawa penganjur perlu memohon permit lima hari sebelum tarikh perhimpunan juga adalah tidak tepat. “Kami ingin memperbetulkan kenyataan yang dilaporkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara bahawa penganjur himpunan pada 16 September untuk protes pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) Zahid Hamidi perlu memohon permit daripada…

Read More

Lapor polis jika ada bukti hasut guling kerajaan – Hadi

KUALA LUMPUR 13 Sept. –  Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mencabar mana-mana pihak membuat laporan polis jika terdapat bukti beliau menghasut supaya kerajaan digulingkan. Beliau secara ringkas menyatakan perkara itu ketika menjawab celahan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang mempersoalkan sama ada tindakan menghasut untuk menjatuhkan kerajaan sebagai suatu yang haram dalam Islam. “Saya tak menghasut (untuk menjatuhkan Kerajaan Persekutuan sedia ada). Kalau saya hasut, buatlah laporan polis sekali lagi,” katanya ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini. Terdahulu, Abdul Hadi menafikan…

Read More

Himpunan kehendak anak muda

KUALA LUMPUR 13 Sept. – Penggerak utama Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia pada 16 September ini adalah anak-anak muda yang ingin menyatakan rasa hati berhubung isu lepas tanpa bebas (DNAA) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari berkata, Pemuda PN akan bersama anak-anak muda pada hari Sabtu ini bagi menjayakan himpunan aman itu. “Pemuda Pas turut menyokong dan mendokong tindakan ini sebagai signal keseriusan dan ketegasan rakyat inginkan keadilan undang-undang kembali dijunjung selayaknya oleh kerajaan semasa,” katanya pada sidang media semalam. Beliau berkata, perbincangan…

Read More

UNICEF anggar 100,000 kanak-kanak terjejas

NEW YORK: Agensi Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) menganggarkan kira-kira 100,000 kanak-kanak terjejas akibat gempa bumi kuat yang melanda Maghribi Jumaat lalu, 8 September. Lebih 300,000 orang terjejas di Marrakesh dan di pergunungan High Atlas berikutan gempa bumi berukuran 6.8 magnitud itu manakala lebih 2,000 penduduk maut termasuk kanak-kanak manakala ribuan lagi cedera. Marrakesh, yang juga Tapak Warisan Dunia UNESCO mengalami kerosakan teruk akibat gempa bumi kuat itu dan pasukan penyelamat pada Isnin terus menggiatkan usaha mencari penduduk yang terperangkap buat hari ketiga. Beberapa pasukan penyelamat asing telah pun tiba…

Read More

Protes penduduk di Batam

JAKARTA 13 Sept. – Polis Indonesia menahan 43 individu yang disyaki merusuh dan menyerang polis ketika protes terhadap rancangan penempatan semula komuniti di sini, bagi pelaksanaan projek taman perindustrian bernilai berbilion dolar. Keganasan berlaku di Pulau Rempang, kira-kira 44 kilometer dari Singapura, semalam, apabila kira-kira 1,000 penunjuk perasaan berkumpul di hadapan pejabat BP Batam, salah satu pemaju yang membangunkan Rempang Eco City. Rakaman video media tempatan menunjukkan penunjuk perasaan membaling botol dan batu ke arah polis serta merobohkan pagar sebelum mereka bertindak balas dengan meriam air dan gas pemedih mata.…

Read More