Himpunan kehendak anak muda

KUALA LUMPUR 13 Sept. – Penggerak utama Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia pada 16 September ini adalah anak-anak muda yang ingin menyatakan rasa hati berhubung isu lepas tanpa bebas (DNAA) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari berkata, Pemuda PN akan bersama anak-anak muda pada hari Sabtu ini bagi menjayakan himpunan aman itu.

“Pemuda Pas turut menyokong dan mendokong tindakan ini sebagai signal keseriusan dan ketegasan rakyat inginkan keadilan undang-undang kembali dijunjung selayaknya oleh kerajaan semasa,” katanya pada sidang media semalam.

Beliau berkata, perbincangan tentang permohonan untuk mengadakan perhimpunan ini telah dilaksanakan bersama PDRM bermula semalam dan akan diteruskan olehnya serta Ahli Parlimen Machang yang juga Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

“Pemuda Perikatan Nasional terbuka dengan sebarang perubahan dan berjanji tidak akan melanggar undang-undang yang telah ditetapkan dan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa,” katanya.

Beli juga menjelaskan jika kawasan di hadapan Sogo tidak sesuai, ia dicadangkan himpunan aman di hadapan Yayasan Selangor, Bukit Bintang.

Related posts

Leave a Comment