UNICEF anggar 100,000 kanak-kanak terjejas

NEW YORK: Agensi Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) menganggarkan kira-kira 100,000 kanak-kanak terjejas akibat gempa bumi kuat yang melanda Maghribi Jumaat lalu, 8 September.

Lebih 300,000 orang terjejas di Marrakesh dan di pergunungan High Atlas berikutan gempa bumi berukuran 6.8 magnitud itu manakala lebih 2,000 penduduk maut termasuk kanak-kanak manakala ribuan lagi cedera.

Marrakesh, yang juga Tapak Warisan Dunia UNESCO mengalami kerosakan teruk akibat gempa bumi kuat itu dan pasukan penyelamat pada Isnin terus menggiatkan usaha mencari penduduk yang terperangkap buat hari ketiga.

Beberapa pasukan penyelamat asing telah pun tiba di negara itu untuk menyertai usaha menyelamat mangsa.

Maghribi setakat ini telah menerima tawaran bantuan dari Sepanyol, Britain, Qatar dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Kerajaan ajaan Maghribi juga melancarkan akaun khas dengan perbendaharaan dan Bank Pusat Maghribi akan menerima sumbangan untuk mangsa gempa.

Related posts

Leave a Comment