Maghribi berkabung tiga hari

RABAT: Maghribi mengisytiharkan tempoh berkabung selama tiga hari susulan gempa bumi paling dahsyat di negara itu, Jumaat lalu, yang sudah mengorbankan lebih 2,000 mangsa.

Pada masa yang sama pasukan tentera dan perkhidmatan kecemasan dihantar ke kampung di lokasi terpencil di kawasan pergunungan di mana ramai mangsa dikhuatiri masih terperangkap.

Sementara Palang Merah memberi amaran bahawa tempoh masa bertahun-tahun diperlukan untuk membaiki kerosakan akibat bencana berkenaan.

Menurut Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi bermagnitud 6.8 itu melanda kawasan pergunungan yang jaraknya 72 kilometer di barat daya bandar pelancongan Marrakesh.

Ia adalah gempa bumi paling kuat pernah melanda negara Afrika Utara itu, sejak tahun 1960.

Gegaran kuat turut dirasai di bandar pantai Rabat, Casablanca dan Essaouira.

Gempa itu menyebabkan kerosakan yang meluas dan menyebabkan penduduk dan pelancong yang ketakutan berpusu-pusu melarikan diri ke tempat selamat.

Related posts

Leave a Comment