TANJONG 12 Sept. – Penang Port Sdn Bhd (PPSB), selaku syarikat pengendali perkhidmatan feri baharu Pulau Pinang, menawarkan diskaun 30 peratus kepada pengguna motosikal melalui pas bulanan mulai esok hingga 30 Jun 2024. PPSB, dalam kenyataan hari ini, mengumumkan kadar baharu tambang pas bulanan menerusi pendaftaran MyKad untuk pengguna motosikal adalah RM105 untuk 60 perjalanan iaitu bersamaan RM1.75 untuk satu perjalanan. Pas bulanan semasa untuk pengguna motosikal adalah RM150 untuk 60 perjalanan bersamaan RM2.50 untuk satu perjalanan. Sepanjang bulan ini, PPSB telah memantau dengan teliti komen dan kebimbangan orang ramai…
Read MoreDay: September 11, 2023
Ka Siong dicabar bagi jawatan Presiden MCA
KUALA LUMPUR 11 Sept. – Bekas ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Tan Chong Seng akan mencabar Presidennya, Wee Ka Siong untuk jawatan nombor satu parti itu dalam pemilihan yang dijadualkan pada 24 September ini. Bagaimanapun Timbalan Presiden MCA, Mah Hang Soon dan Timbalan Ketua Wanita MCA, Tee Hooi Ling menang tanpa bertanding Tujuh calon lagi akan merebut empat jawatan naib presiden parti termasuk penyandang Ti Lian Ker, Lim Ban Hong dan Tan Teik Cheng yang akan mempertahankan jawatan masing-masing. Turut sama, Ketua Pemuda MCA Wong Siaw Ting, Ahli Parlimen Tanjung Piai…
Read MoreSyed Saddiq di blok pembangkang esok
KUALA LUMPUR 11 Sept. – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan ditempatkan di blok pembangkang pada persidangan Dewan Rakyat mulai esok susulan keputusannya menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul berkata, beliau telah menerima surat daripada Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu berhubung permohonan untuk mengubah tempat duduk di dalam Dewan Rakyat. “Saya telah menerima surat, beliau memohon untuk mengubah tempat, tidak ada masalah…saya telah meminta pihak pentadbiran mengubah tempat beliau ke tempat pembangkang,” katanya ketika ditemui pemberita di bangunan Parlimen, hari…
Read MoreKSP RMK12: Inti pati ucapan Perdana Menteri
BERIKUT antara inti pati ucapan Perdana Menteri: ● Gagasan dalam KSP RMK12 bermatlamatkan “Malaysia MADANI: Mampan, Sejahtera dan Berpendapatan Tinggi”. ● KSP RMK12 merestui usaha kerajaan untuk merancang dan melaksanakan agenda pembangunan negara yang mampan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, wadah Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat serta Agenda Pembangunan Mampan 2030. ● RMK12 akan dijajarkan semula dengan visi Ekonomi MADANI, yang menyasarkan pemerkasaan dan merancakkan ekonomi negara untuk tempoh 10 tahun. ● Kerajaan komited untuk membelanjakan sekurang-kurangnya RM90 bilion setahun bagi 2023 hingga 2025 di bawah RMK12. ● Kerajaan akan membelanjakan…
Read MoreIntipati utama KSP RMK12
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim membentangkan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) 2021-2025 di Dewan Rakyat hari ini. INTIPATI UTAMA: KAJIAN SEPARUH PENGGAL (KSP) RANCANGAN MALAYSIA KEDUA BELAS (RMK12) 1. KSP RMK12 bukan Kajian Separuh Penggal biasa tetapi melibatkan anjakan baharu agenda pembangunan negara Kerajaan Perpaduan selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI, Memperkasa Rakyat yang disokong Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030). Anjakan Baharu termasuk tumpuan khusus kepada: ● Menoktahkan kemiskinan tegar: RM1.5 bilion untuk program meningkatkan pendapatan…
Read MorePeruntukan RMK-12 kini RM415 bilion
KUALA LUMPUR 11 Sept. – Kerajaan akan membelanjakan sepenuhnya peruntukan RM400 bilion di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan menambah siling RM15 bilion lagi, menjadikan jumlah keseluruhannya RM415 bilion. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, peningkatan itu bagi menambah keperluan untuk membiayai bidang keutamaan rakyat di samping memperbaiki mutu pengurusan dan menyasarkan semula subsidi bagi menampung keperluan asas rakyat. “Anjakan baharu bermula dengan menoktahkan kemiskinan tegar, menyelesaikan masalah asas prasarana dan keperluan asas rakyat termasuk memperbaiki sekolah dan klinik daif, menjamin bekalan air bersih, serta meneraju ekonomi Islam,” katanya ketika membentangkan…
Read MoreHari pertama bermula dengan kekcohan
KUALA LUMPUR 11 Sept. – Hari pertama sidang Parlimen bermula kecoh hari ini susulan usul tergempar bagi memanggil Peguam Negara menjelaskan keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan berkait Yayasan Akalbudi. Usul dikemukakan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal itu Jumaat lalu, bagaimanapun ditolak Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul hari ini. Situasi mula kecoh apabila apabila beberapa pemimpin diketuai Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Takiyuddin Hassan, mendesak supaya usul DNAA itu diterima dan dibahaskan. Bagaimanapun Speaker menegaskan bahawa usul itu sudah ditolak,…
Read MoreBerita pilihan…
Maghribi berkabung tiga hari
RABAT: Maghribi mengisytiharkan tempoh berkabung selama tiga hari susulan gempa bumi paling dahsyat di negara itu, Jumaat lalu, yang sudah mengorbankan lebih 2,000 mangsa. Pada masa yang sama pasukan tentera dan perkhidmatan kecemasan dihantar ke kampung di lokasi terpencil di kawasan pergunungan di mana ramai mangsa dikhuatiri masih terperangkap. Sementara Palang Merah memberi amaran bahawa tempoh masa bertahun-tahun diperlukan untuk membaiki kerosakan akibat bencana berkenaan. Menurut Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi bermagnitud 6.8 itu melanda kawasan pergunungan yang jaraknya 72 kilometer di barat daya bandar pelancongan Marrakesh. Ia…
Read MoreSidang G20 secara maya November
NEW DELHI: Perdana Menteri India, Narendra Modi mencadangkan untuk mengadakan satu pertemuan secara maya membabitkan pemimpin G20 sebelum tempoh jawatan presiden yang disandang India berakhir pada November 2023. “Kami akan dapat menyemak isu yang ditangani pada sidang kemuncak ini pada sesi maya itu… Saya harap anda semua akan menyertai sesi maya tersebut,” kata Modi pada sesi terakhir Sidang Kemuncak G20 semalam. India mempengerusikan G20 sejak 1 Disember 2022. Sidang kemuncak peringkat tertinggi di New Delhi dari Sabtu hingga Ahad mengumpulkan 20 negara anggota serta sembilan negara lain, termasuk Bangladesh, Mesir,…
Read More