JAKARTA 7 Sept. – Masyarakat antarabangsa perlu bersuara mengenai peningkatan momokan Islamofobia dan sebarang bentuk kecaman terhadap mana-mana agama, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, fitnah terhadap agama wajar dilihat sebagai pelanggaran hak asasi manusia dan isu itu perlu dibincang secara serius di peringkat global. “Saya ingin menarik perhatian terhadap momokan fasisme dan Islamofobia yang kian menjadi-jadi. Kami mempertahankan pendirian bahawa fitnah ke atas sebarang agama adalah pelanggaran hak asasi manusia, dan penghinaan ke atas hak beragama dan kepercayaan. “Forum ini yang dihadiri ramai pemimpin terkemuka, mesti cuba menyelesaikan masalah…
Read MoreDay: September 7, 2023
Malaysia 10 negara terendah derma organ
PUTRAJAYA: Kadar pendermaan organ dalam kalangan rakyat Malaysia masih lagi antara 10 negara yang terendah di dunia, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa. Katanya, terdapat jurang perbezaan yang ketara di antara jumlah pesakit dalam senarai menunggu transplantasi iaitu seramai 10,747 orang, berbanding jumlah penderma organ selepas kematian iaitu 845 orang. Beliau berkata, nisbah ketika ini adalah 0.7 penderma kepada sejuta populasi dan Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan sasaran nisbah satu penderma organ kepada sejuta populasi dapat dicapai dalam masa terdekat. “Pelbagai usaha diambil untuk menggalakkan lebih ramai berikrar sebagai penderma organ,”…
Read MoreKemuka bukti kampit beras putih tempatan ditukar
SERDANG 7 Sept. – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, meminta pihak yang mendakwa bungkusan beras putih tempatan ditukar kepada kampit beras import mengemukakan bukti sahih kepada pihaknya. Beliau berkata, sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat sedemikian wajar tampil membuat aduan secara rasmi bagi membolehkan tindakan diambil. “Kalau ada maklumat, sila bawa bukti dan buat aduan rasmi,” katanya pada sidang media selepas Dialog Belanjawan 2024 Bagi Sektor Padi dan Beras bersama pemain industri serta pihak berkepentingan di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di sini, hari ini. Hadir sama…
Read MoreBung Moktar, isteri lepas, bebas
KUALA LUMPUR 7 Sept. – Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin dan isterinya Zizie Izette Abdul Samad daripada ketiga-tiga pertuduhan rasuah yang dihadapi mereka. Hakim Azhar Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pasangan itu untuk semakan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan mereka membela diri atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta membabitkan pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual Berhad. Bung, 63, kelihatan tenang manakala Zizie Izette, 44, menangis selepas mendengar keputusan itu. Hakim memutuskan bahawa adalah…
Read MoreMUDA patut bincang, bukan ancam
PUTRAJAYA 7 Sept. – Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sepatutnya mengadakan perjumpaan dan rundingan dengan pucuk pimpinan Kerajaan Perpaduan sebelum mengancam menarik sokongan kepada Kerajaan Perpaduan. Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming, tindakan untuk berbincang dengan pucuk pimpinan Kerajaan Perpaduan dilihat lebih profesional. Katanya, isu mahkamah melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi sebenarnya perlu dijawab oleh bekas Peguam Negara, Idrus Harun dan semua pihak perlu memahami perkara 145 (3) memberikan kuasa mutlak budi bicara kepada Peguam Negara sama ada untuk membuat pertuduhan, penarikan ataupun…
Read MoreTarik sokongan jika anak jantan tulen
KUALA LUMPUR 7 Sept. – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi mencabar Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) untuk melaksanakan ‘amaran’ mereka terhadap kerajaan jika benar parti itu ‘anak jantan tulen’. Dalam kiriman di Facebook hari ini, Mohd Puad yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor menyifatkan amaran MUDA beberapa hari lalu sebagai satu ugutan kerana tidak diterima menyertai Pakatan Harapan (PH) sebelum ini. “Parti MUDA tidak perlu beri amaran untuk tarik sokongan atau turun ke jalan raya. Tarik sahaja sokongan kalau MUDA anak jantan tulen.…
Read MoreBerita pilihan..
Hari terakhir Kembara Kenali Borneo di Sabah
PENAMPANG 7 Sept. – Konvoi Kembara Kenali Borneo yang memasuki hari kelima dijadualkan ke Sarawak petang ini selepas hari terakhir menjelajah Sabah hari ini. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dijadual berangkat melintasi sempadan Sabah-Sarawak selepas Majlis Santapan Tengah Hari Bersama Rakyat, di Masjid Sahabat di Sindumum, Sipitang. Pasangan Diraja dan konvoi itu dijadual berangkat ke Lawas Waterfront di Lawas, Sarawak sebelum bergerak ke Brunei mengakhiri hari kelima kembara berkenaan hari ini. Kembara Kenali Borneo dari 3 hingga…
Read MorePakcik Agong, Abang Agong, Datin Permaisuri
KOTA KINABALU 7 Sept. – Ada yang memanggil Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai ‘Pakcik Agong’ dan ‘Abang Agong’ sepanjang Kembara Kenali Borneo di Sabah sejak Ahad lalu. Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pula turut dipanggil ‘Datin Permaisuri’. Al-Sultan Abdullah ketika mengimbau pengalaman itu menzahirkan rasa terhibur dengan panggilan itu ketika baginda berdua disapa masyarakat pelbagai etnik di sepanjang perjalanan Kembara Kenali Borneo. “Saya terharu apabila anak muda panggil saya Pakcik Agong, ada juga yang panggil saya Abang Agong, ada juga panggil gong,…
Read More