Kes harian meningkat semula

BERAKAS 23 Mei  – Jumlah kes harian Covid-19 di Brunei Darussalam meningkat semula hari ini dengan merekodkan 269 kes berbanding 191 semalam  menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 146,775.

Menteri Pertahanan II, Halbi Mohd Yussof, yang mewakili Menteri Kesihatan berkata, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 267 adalah hasil Ujian ART dan dua kes lagi hasil 217 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu.

Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, tiada kes direkodkan dalam Kategori 5, dan juga  Kategori 4.

Katanya, sebanyak 271 kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan 144,943 manakala jumlah kes aktif pula sebanyak 1,610 kes, iaitu 11 kes sedang dirawat di hospital, manakala 1,599 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

Related posts

Leave a Comment