MUDA patut bincang, bukan ancam

PUTRAJAYA 7 Sept. – Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sepatutnya mengadakan perjumpaan dan rundingan dengan pucuk pimpinan Kerajaan Perpaduan sebelum mengancam menarik sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.

Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming, tindakan untuk berbincang dengan pucuk pimpinan Kerajaan Perpaduan dilihat lebih profesional.

Katanya, isu mahkamah melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri,  Dr Ahmad Zahid Hamidi sebenarnya perlu dijawab oleh bekas Peguam Negara, Idrus Harun dan semua pihak perlu memahami perkara 145 (3) memberikan kuasa mutlak budi bicara kepada Peguam Negara sama ada untuk membuat pertuduhan, penarikan ataupun apa-apa keputusan berkaitan dengan kes jenayah.

“Polis hanya mempunyai kuasa untuk menyiasat dan pihak yang berkuasa untuk mendakwa adalah Peguam Negara.

DAP adalah rakan setia kepada Kerajaan Perpaduan dan sentiasa setia kepada perjuangan,” katanya pada sidang media Penubuhan Majlis Ekonomi Kitaran Bagi Sisa Pepejal, di kementerian, hari ini.

Selasa lalu, Syed Saddiq mengeluarkan kenyataan mengancam akan menarik sokongan seterusnya keluar daripada Kerajaan Perpaduan sekiranya Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak menjelaskan secara terperinci berhubung keputusan mahkamah terhadap kes rasuah membabitkan Ahmad Zahid.

Related posts

Leave a Comment