Mereka boleh terus bermimpi – Anwar

JOHOR BAHRU 3 Sept. –  Kerajaan Perpaduan akan terus bertahan dalam tempoh satu penggal akan datang berdasarkan prestasi ekonomi dan kemasukan pelaburan asing baharu ke dalam negara. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, kejayaan yang dikecapi dalam tempoh lebih lapan bulan pembentukan Kerajaan Perpaduan adalah hasil tumpuan tenaga seluruh parti dalam kerajaan. Justeru katanya, Kerajaan Perpaduan akan terus mentadbir negara berteraskan Ekonomi Madani bagi menjaga kebajikan rakyat biarpun inisiatif yang diperkenal ditolak atau diperlekeh oleh pembangkang. “Oleh kerana kita buat perubahan ini (dasar dan inisiatif bantu rakyat), mereka (pembangkang) tidak tahan……

Read More

3R: Dr Mahathir terus bersuara

MUAR 3 Sept. – Dr Mahathir Mohamad menegaskan pendiriannya untuk terus bersuara mengenai isu agama, bangsa dan institusi diraja (3R) walaupun sudah sembilan kali dipanggil polis untuk dirakam keterangan berhubung isu berkenaan. “Nak siasat, siasatlah… ini sudah sembilan kali saya dipanggil. Selepas ini 10, 11 (kali)… tak apa, kita akan kira berapa kali dipanggil,” katanya. Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Mega Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, di Markas Pas Kawasan Bakri, di sini, malam ini. Yang turut hadir ialah Pengerusi PN…

Read More

Zahid minta pengundi Cina terus sokong PH

JOHOR BAHRU 3 Sept. –  Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta pengundi Cina di Parlimen Pulai menyokong calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat, sebagaimana mereka menyokong Allahyarham Salahuddin Ayub sebelum ini. Timbalan Perdana Menteri itu, berkata Suhaizan adalah calon tepat yang boleh menggalas tugas sebagai wakil rakyat bagi penduduk di Parlimen Pulai. Katanya, Suhaizan yang juga Setiausaha Politik kepada Salahuddin sebelum ini telah biasa berkhidmat kepada rakyat di kawasan itu bagi pihak Allahyarham ketika Salahuddin menjalankan tugas sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di luar kawasan. “Saya tahu…

Read More

Tiada sesiapa boleh pertikai kepemimpinan Melayu

MUAR 3 Sept. –  Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, tidak ada sesiapa yang boleh mempertikaikan kepemimpinan Melayu, kuasa Melayu, Islam agama persekutuan, bahasa Melayu, hak keistimewaan orang Melayu, dan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, sekiranya prinsip-prinsip dalam Perlembagaan Persekutuan itu dipertikai, beliau sendiri sama sekali tidak mahu menjadi Perdana Menteri. “Kawan-kawan kita dalam DAP, MIC, MCA bahkan PKR yang bukan Melayu tidak pernah pertikai itu dan saya tidak mahu jadi Perdana Menteri sekiranya prinsip-prinsip dalam Perlembagaan Persekutuan dipertikai,” katanya. Justeru Perdana Menteri meminta pihak tidak bertanggungjawab…

Read More

Amanah yakin calon PH menang besar

AYER KEROH 3 Sept. – Presiden Amanah, Mohamad Sabu, yakin calon Pakatan Harapan (PH) akan memperoleh kemenangan besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Johor, 9 September ini. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu berkata, ia berikutan UMNO dan Barisan Nasional (BN) turut bekerja keras memastikan kemenangan kedua-dua calon PH terbabit. “Insya-Allah, kami (PH) menang di kedua-dua kerusi. UMNO bekerja kuat sekarang ini (untuk memastikan kemenangan),” katanya selepas menutup Program Jualan Agro Madani Peringkat Kebangsaan di Dataran Sejarah, di sini, hari ini.…

Read More

Gelombang rakyat tunjuk kemarahan, tidak puas hati

JOHOR BAHRU 3 Sept. –  Gelombang yang dibawa Perikatan Nasional (PN) ketika ini bukan gelombang hijau sebaliknya gelombang rakyat yang menunjukkan kemarahan, rasa tidak puas hati terhadap kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim. Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin berkata, gelombang sewaktu enam Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini adalah ekoran kesedaran rakyat negara ini bahawa pentadbiran Anwar gagal membantu rakyat, khususnya dalam aspek ekonomi. Katanya, gelombang luar biasa hasil keputusan eanm PRN itu memperlihatkan calon-calon PN memperoleh lebih 3.9 juta undi daripada keseluruhan 9.7 juta yang boleh mengundi, tetapi dengan hanya 71 peratus…

Read More

DAP berubah indah khabar daripada rupa

JOHOR BAHRU 3 Sept. – DAP masih bertindak sebagai ‘abang besar’ yang tidak mempedulikan saranan rakan gabungan Pakatan Harapan (PH) sekali gus akan mengekalkan perjuangan parti mereka. Naib Presiden Bersatu,  Dr Radzi Jidin, berkata DAP menunjukkan sifat sebenar parti itu apabila tetap bertegas tidak akan menggugurkan agenda negara sekular dan ‘Malaysian Malaysia’ walaupun disarankan UMNO Pulai. Justeru, Radzi yang juga Ketua Penyelaras Pilihan Raya PN Parlimen Pulai, menyifatkan kenyataan pimpinan UMNO kononnya DAP sudah berubah dan menjadi lebih sederhana hanyalah indah khabar daripada rupa. “Apabila Ketua UMNO Bahagian Pulai (Datuk…

Read More