JOHOR BAHRU 27 Ogos – Barisan Nasional (BN) tidak akan melayan provokasi kononnya ada cawangan UMNO menolak calon daripada Pakatan Harapan (PH) bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai. Sebaliknya Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Ahmad Maslan, berkata tiada isu cawangan UMNO Bahagian Pulai menolak calon terbabit walaupun terdapat sekurang-kurangnya 11 kain rentang mengenai cawangan itu menolak calon PH. Katanya, tindakan itu disifatkan propaganda pihak tertentu untuk memecah-belahkan perpaduan BN dan PH yang dilakukan orang luar, malah kain rentang itu diturunkan dalam tempoh yang singkat. “Saya ingin menafikan…
Read MoreDay: August 27, 2023
Gerakan akhirnya sokong modul
SEPANG 27 Ogos – Gerakan menyokong usaha Kementerian Pendidikan (KPM) memperkenalkan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi selagi ia khusus untuk pelajar beragama Islam, kata Presidennya Dr Dominic Lau Hoe Chai. Dalam satu kenyataan, beliau mendakwa masalah sering dihadapi ketika ini adalah ekoran kegagalan kerajaan dalam proses penerangan dan sering menimbulkan kegelisahan dalam kalangan orang ramai. Gerakan yang sebelum ini membantah modul itu menyifatkan kenyataan awal pihak berkuasa berhubung perkara berkenaan adalah terlalu makro dan mewujudkan kegelisahan kepada orang ramai, terutama ibu bapa dan pelajar bukan Islam. “KPM perlu kukuhkan…
Read MoreMenang PRK Pulai bantu kukuh perubahan
PULAI 27 Ogos – Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Abdul Hadi Awang mendakwa kemenangan calon PN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai akan mengukuhkan perubahan kerajaan yang boleh berlaku pada bila-bila masa. Beliau yang juga Presiden Pas berkata, PN memerlukan tambahan kerusi Parlimen itu bagi memastikan referendum rakyat menjadi isyarat penting bagi perubahan kerajaan. “Ketika ini PN memiliki jumlah kerusi agak besar di Parlimen dan kerajaan boleh berubah pada bila-bila masa saja. “Kita memerlukan tambahan kerusi ini (Parlimen Pulai) dan beberapa lagi (kerusi), jadi kita harap bersabar. Kita minta ahli…
Read MoreGaris panduan JAIJ larangan berpolitik
JOHOR BAHRU 27 Ogos – Jabatan Agam Islam Negeri Johor (JAINJ) mengeluarkan peringatan semula Garis Panduan Larangan Aktivit Politik Dalam Program Pengimarahan Masjid dan Surau Negeri Johor yang bertarikh pada 23 Mac lalu. Peringatan semula itu dikeluarkan menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada 9 September ini. Pengarah JAINJ, Jamaludin A. Hamid berkata, garis panduan itu perlu dipatuhi semua pihak tertentu ahli politik dan pihak pengurusan kariah masjid dan surau dalam program pengimarahan. “Tindakan tegas akan dikenakan jika sekiranya garis panduan inintidak…
Read MoreModul itu tepat pada masa – Pas
KOTA BHARU 27 Ogos – Pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di 289 sekolah kerajaan sangat bertepatan dengan keadaan semasa yang memberi keutamaan kepada pembentukan sahsiah dan keperibadian yang mulia. Pengerusi Lajnah Pendidikan Pas Pusat, Dr Mohamed Fadzli Hassan, berkata pihaknya menyokong penuh inisiatif Kementerian Pendidikan yang melibatkan 289 sekolah kerajaan secara rintis kepada guru dan murid beragama Islam. Justeru, Pas dukacita dengan laporan mengenai sebuah kumpulan mewakili agama bukan Islam iaitu Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) yang melihat tindakan kementerian itu tidak berperlembagaan.…
Read MoreJazlan mahu pujuk ahli UMNO
JOHOR BAHRU 27 Ogos – Ketua UMNO bahagian Pulai, Nur Jazlan Mohamed akan menyelesaikan isu penolakan calon Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) oleh cawangan-cawangan UMNO dalam bahagian itu. Nur Jazlan memaklumkan akan bertemu dengan ketua-ketua cawangan bahagian itu untuk memujuk mereka yang tidak mahu menyokong calon PH-BN, Suhaizan Kaiat, pada pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai. “UMNO ada lain budaya, kalau perlu dipujuk saya kena pujuk mereka. Ada dua minggu masa untuk saya pujuk mereka, bukan segelintir mereka tidak mahu bersama tetapi mungkin ada keberatan untuk mereka sokong. “Namun…
Read MoreBerita pilihan…
Sejauh mana UMNO beri nilai tambah
KOTA BHARU 27 Ogos – Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram bakal menguji sejauh mana UMNO itu dapat memberi nilai tambah kepada kerajaan Madani. Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Annuar Musa berkata, ia berikutan UMNO dilihat gagal berbuat sedemikian pada Pilihan Raya Negeri (PRN), baru-baru ini. “PRK pada 9 September depan akan menguji sejauh mana UMNO dapat ‘ditunggangi’ Pakatan Harapan (PH) di Johor,” katanya dalam kenyataan melalui Facebook beliau, semalam. Annuar berkata, PRK kali ini tidak membabitkan calon daripada UMNO, justeru parti itu khususnya…
Read MoreJohor ‘tidak terima’ sentimen kaum, agama
JOHOR BAHRU 27 Ogos – Strategi ‘perangkap’ sentimen isu agama dan kaum dimainkan Perikatan Nasional (PN) hanya terpakai kepada empat negeri, iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu serta Perlis, kata Presiden Amanah, Mohamad Sabu. Justeru, beliau meminta pengundi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram tidak turut terjerat dengan sentimen isu 3R (raja, agama dan kaum) yang dimainkan pembangkang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini. Beliau mendakwa, ini kerana pihak lawan sengaja menanamkan ketakutan dalam kalangan rakyat bahawa Melayu dan Islam sedang terancam kini. “Jadi (sentimen ini) akan menjadi…
Read More