SINGAPURA 22 Ogos – Pilihan Raya Presiden Singapura yang akan berlangsung pada 1 September ini melibatkan pertandingan tiga penjuru selepas ketiga-tiga calon berjaya memfailkan kertas pencalonan pada Hari Penamaan Calon hari ini. Ng Kok Song, Tharman Shanmugaratnam dan Tan Kin Lian memfailkan kertas pencalonan di ibu pejabat Persatuan Rakyat (PA) di King George’s Avenue sejak sekitar 9.45 pagi untuk menyerahkan dokumen-dokumen yang diperlukan. Mantan Ketua Pegawai Pelaburan GIC, Kok Seng 75, calon pertama tiba, diikuti dengan mantan Ketua Eksekutif NTUC Income, Kin Lian, juga 75, dan kemudian mantan Menteri Kanan, …
Read MoreDay: August 22, 2023
Srettha Thavisin, sah PM baharu Thailand
BANGKOK: Wakil parti Pheu Thai, Srettha Thavisin, disahkan sebagai Perdana Menteri Thailand yang ke-30 selepas berjaya mendapatkan sokongan majoriti ahli Parlimen dan Senat negara itu. Jutawan hartanah yang dianggap muka baharu dalam politik itu mula berkecimpung hanya beberapa bulan sebelum pilihan raya umum (PRU) Mei lalu, melepasi 375 undi yang diperlukan bagi menjadi Perdana Menteri dan membentuk kerajaan. Kebuntuan selama tiga bulan itu berakhir pada hari yang sama bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, pulang daripada buangan. Srettha, bekas presiden syarikat pembangunan hartanah Sansiri, kini bertanggungjawab membentuk kerajaan merangkumi gabungan…
Read MoreCukuplah! Mari kita kibarkan Jalur Gemilang
HENTIKAN komen yang menghentam dengan pelbagai label berhubung cadangan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari mahu mengguna tema dan logo sambutan Hari Kebangsaan yang berbeza dengan Kerajaan Pusat. Cukuplah tu! Patriotik tidak pada tema dan logo. Apakah isunya jika Pemuda PN mahu menggunakan tema sendiri. Bukankah itu sekadar cadangan di peringkat parti? Bukannya mahu digunakan di peringkat kebangsaan, malahan negeri di bawah PN juga tidak dipaksa menggunakan logo atau tema itu. Terengganu lebih awal menyatakan, akan menggunakan logo dan tema yang diperkenalkan oleh kerajaan Pusat. Sejak idea Ahmad…
Read MoreHari-hari penjawat awam boleh pakai batik
PUTRAJAYA 22 Ogos – Mulai semalam, 21 Ogos, semua penjawat awam dibenarkan memakai pakaian batik pada setiap hari waktu bekerja dan diwajibkan pada hari Khamis seperti sebelum ini. Peraturan itu dinyatakan dalam surat edaran “Pemakaian Pakaian Batik Malaysia Semasa Waktu Bekerja Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan” bertarikh 21 Ogos 2023 yang ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Dr Zulkapli Mohamed. Menurut surat edaran itu, ketetapan pemakaian batik itu dikecualikan bagi pegawai yang dibekalkan pakaian seragam atau menghadiri majlis rasmi dengan ketetapan kod pakaian tertentu. “Pemakaian batik Malaysia oleh pegawai perkhidmatan…
Read More11 parti bergabung bentuk kerajaan baharu Thailand
BANGKOK: Selepas tiga bulan Thailand berdepan dengan isu pembentukan kerajaan baharu, 11 parti diketuai Pheu Thai, bergabung untuk membentuk kerajaan baharu Thailand, yang membabitkan 314 kerusi di Dewan Rakyat. Dalam kenyataan bersama pemimpin parti Pheu Thai, Cholnan Srikaew, berkata, mereka bersetuju mencalonkan bekas hartawan hartanah, Srettha Thavisin sebagai calon tunggal untuk jawatan Perdana Menteri. Cholnan yakin Srettha akan menerima undian mencukupi daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara untuk dipilih sebagai Perdana Menteri. Srettha memerlukan undi majoriti daripada 500 Ahli Parlimen dan 250 senator bagi mengisi jawatan itu. Selain Pheu Thai…
Read MoreMB Selangor ‘sambung’ tugas
SHAH ALAM 22 Ogos – Menteri Besar Amirudin Shari memulakan tugas bagi penggal baharu di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, pagi ini. Amirudin tiba pada pukul 7.58 pagi dan mengimbas cap jari dan kad pada perakam masa tepat pukul 8 pagi di Pejabat Menteri Besar di Tingkat 21 bangunan berkenaan. Beliau disambut Setiausaha Kerajaan Negeri, Haris Kasim serta kakitangan pentadbiran Pejabat Menteri Besar. Amirudin yang juga Menteri Besar ke-16 kemudian menghadiri perhimpunan penjawat awam serta melancarkan kempen kibar Jalur Gemilang peringkat negeri di Dewan Jubli Perak di sini. Semalam…
Read MoreBerita pilihan…
Jokowi lakukan lawatan ke Kenya
KENYA – Presiden Indonesia Joko Widodo semalam melakukan lawatan ke Kenya, negara yang mempunyai hubungan sejarah yang lama sejak Persidangan Asia Afrika (KAA) di Bandung pada tahun 1955 dan Pergerakan Tanpa Blok 1961. Jokowi dalam catatan di Facebooknya berkata, lawatan itu adalah untuk memperkukuhkan kerjasama antara negara-negara selatan global. Dalam mesyuarat dua hala dengan Presiden Republik Kenya William Ruto di Nairobi, Jokowi menggesa pembentukan Perjanjian Perdagangan Pilihan di Kenya di mana Indonesia boleh menjadi pintu masuk ke ASEAN dan Kenya menjadi pintu masuk Indonesia ke Afrika Sub-Sahara. Langkah itu memandangkan…
Read MoreJerebu: Dua bulan kerja dari rumah
JAKARTA: Penjawat awam di ibu negara, Indonesia dibenarkan bekerja dari rumah selama dua bulan bagi membolehkan kerajaan menangani pencemaran udara. Keputusan itu dibuat selepas Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) sendiri batuk selama beberapa minggu akibat jerebu teruk yang menyelubungi kota itu. Separuh penjawat awam di ibu kota republik itu mula bekerja dari rumah semalam, sebelum 75 peratus daripada mereka dibenarkan berbuat demikian bulan depan sehingga 21 Oktober. Mengikut arahan itu, pekerja akan dipantau untuk memastikan mereka tidak meninggalkan rumah tanpa keperluan. Menurut media Indonesia, jerebu yang menyelubungi Jakarta turut dijangka…
Read More