Akmal sedia undur jika kedudukan jadi punca

KUALA LUMPUR 17 Ogos – Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh sedia meletak jawatan jika kepemimpinan Pemuda bahagian berpendapat kekalahan teruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu disebabkan kedudukannya sebagai ketua sayap parti. Berucap di hadapan kira-kira 1,100 kepimpinan Pemuda UMNO dari 191 bahagian, beliau berkata, tindakan itu akan dilakukannya jika majoriti suara daripada sayap itu menyatakan pendirian sedemikian. “Pemuda UMNO mesti berkata benar walaupun pahit. Jika majoriti yang ada ini (malam ini), membuat keputusan bahawa UMNO ini tidak diterima oleh rakyat kerana Ketua Pemudanya berada di situ, jika…

Read More

Seri Padukan zahir ucapan takziah

SHAH ALAM 17 Ogos – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meninjau lokasi kejadian pesawat ringan terhempas di Bandar Elmina, Seksyen U16 berdekatan Lebuhraya Guthrie. Baginda tiba pada pukul 5.40 petang dan mendengar taklimat mengenai insiden berkenaan daripada Ketua Polis Selangor  Hussein Omar Khan dan kemudian berbual dengan keluarga mangsa. Dalam insiden tersebut, 10 individu disahkan maut termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri Pelangai Johari Harun yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang. Sementara itu, melalui Facebook Istana Negara, Yang di-Pertuan…

Read More

Exco Pahang antara 10 korban nahas jet

SHAH ALAM  17 Ogos – Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Johari Harun, dilaporkan antara 10 mangsa terkorban dalam nahas jet persendirian dekat Elmina petang ini. Ketika kejadian, Johari yang juga Ketua UMNO bahagian Bentong, dalam penerbangan dari Langkawi ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang. Lapan daripada mangsa adalah penumpang dan kru pesawat manakala lagi adalah orang awam yang menaiki sebuah kereta dan motosikal yang melalui jalan itu ketika pesawat berkenaan terhempas. Ketua Polis Selangor,  Hussein Omar Khan berkata, pesawat peribadi…

Read More

Bukan ikut ‘menari’ tetapi mencari di mana ‘salah’

PAGI ini terima satu poster berkaitan Himpunan Aman Selamatkan UMNO. Tarikhnya 26 Ogos. Lokasi depan tiang bendera UMNO di Dataran PWTC (WTC). Tujuan desak Zahid, Tok Mat dan semua pemimpin tertinggi undur secara terhormat. Hebat. Tak tahu siapa penganjurnya. Maka timbul keraguan. Tidak lama kemudian masuk pula poster sama tetapi tertera perkataan PALSU. Habis cerita. Walaupun palsu, mesejnya jelas bahawa terdapat usaha untuk mendesak pimpinan parti berundur atau berubah selepas kekalahan UMNO yang memalukan. Cuma tidak pasti siapa yang mengambil ‘inisiatif’ palsu ini. Hakikatnya desakan untuk melihat perubahan pimpinan itu…

Read More

Malaysia Madani ambil masa untuk difahami

KUALA LUMPUR 17 Ogos –  Perdana Menteri Anwar Ibrahim menolak dakwaan yang menyatakan konsep Madani yang dibawa Kerajaan Perpaduan tidak berkesan menarik pengundi Melayu sebaliknya orang Melayu masih memerlukan masa memahami konsep itu. Be berkata,, konsep Malaysia Madani itu satu konsep yang menyeluruh yang perlu mengambil masa untuk difahami rakyat dan ia bukan mengenai soal wang berjuta dan berbilion ringgit. Justeru, katanya, Kerajaan Perpaduan akan mengukuhkan jentera dan kepemimpinan untuk bekerja lebih keras menterjemah dan mempromosi konsep itu untuk difahami rakyat. Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) juga menolak sikap…

Read More

PRN: Pengundi Melayu tolak UMNO, PKR, AMANAH

Oleh : Tun Abdul Hamid Mohamad (Disiarkan di Bebasnews.my)   DUA tajuk terakhir rencana saya mengenai politik ialah “Melayu tidak boleh bergantung kepada UMNO lagi” (22 11 2022) dan “Selamat tinggal UMNO” (25 11 2022). Selepas itu saya tidak menulis lagi mengenai politik sehinggalah ke hari ini. Sebabnya ialah kerana saya telah hilang minat mengenainya. Ia menyebabkan beberapa orang bertanya sama ada saya sihat sebab sudah lama saya tidak menulis. Mereka meminta saya terus menulis kerana, mengikut mereka, banyak orang menunggu untuk mendengar pandangan saya mengenai isu-isu semasa. Hari ini,…

Read More

Ambalat : Taklimat terperinci kepada ADUN

KOTA KINABALU 17 Ogos – Wisma Putra disaran memberikan taklimat dan penjelasan secara terperinci kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah berhubung isu Triti Laut Sulawesi antara Malaysia – Indonesia. Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Yong Teck Lee, berkata perkara itu perlu dilakukan susulan kenyataan ADUN Tungku, Assaffal Alian, kononnya Kerajaan Pusat menyerahkan Blok Ambalat di Laut Sulawesi kepada Indonesia, baru-baru ini. Katanya, media melaporkan Timbalan Menteri Luar, Mohamad Alamin semalam menjelaskan semua rundingan membabitkan sempadan maritim negara yang dirundingi dan ditandatangani pada 8 Jun lalu ketika lawatan kerja…

Read More