KUALA LUMPUR 16 Ogos – DAP tidak akan mendapat satu pun undi Melayu dalam pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos lalu sekiranya parti itu anti-Melayu, anti-Islam, anti-raja, pencetus rusuhan 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur atau dilabel sebagai komunis. Veteran DAP Lim Kit Siang berkata, DAP sebaliknya masih berjaya mendapatkan sejumlah besar undi Melayu di Selangor, Negeri Sembilan, dan Pulau Pinang pada PRN Sabtu lalu. “Kita dapat melihat tiga pemimpin DAP beraksi mencatatkan kemenangan di Selangor — Ng Suee Lin di Sekinchan, Lee Kee Hiong di Kuala Kubu Baharu,…
Read MoreDay: August 16, 2023
Barisan Exco Pulau Pinang 2023
BERIKUT adalah senarai barisan Exco Kerajaan Pulau Pinang: Ketua Menteri Chow Kon Yeow ( ADUN Padang Kota) -Kewangan, Pembangunan Ekonomi & Tanah dan Komunikasi Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid ( ADUN Batu Maung) -Pembangunan Agama Islam, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Perpaduan Masyarakat Timbalan Ketua Menteri 2 Jagdeep Singh Deo (ADUN Datok Keramat) -Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi Rashidi Zinol ( ADUN Sg Acheh) -Perdagangan dan Pembangunan Keusahawanan & Luar Bandar Zairil Khir Johari(ADUN Tanjong Bunga) -Infrastruktur, Pengangkutan dan Pembangunan Digital Wong Hon Wai (ADUN Paya…
Read MoreReezal Merican beri laluan muka baharu
TANJONG 16 Ogos – Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Musa Sheikh Fadzir mengucapkan terima kasih kepada Reezal Merican Naina Merican kerana memberi laluan kepada muka baharu mewakili BN dalam barisan Exco Pulau Pinang. Katanya, walaupun Reezal Merican orang lama, tetapi Ahli Dewan Undangan Negeri Bertam itu memberi laluan kepada orang baharu. “Saya ucap terima kasih atas pengorbanan beliau. Insya-Allah, saya percaya dengan adanya wakil daripada UMNO, ia akan memberi semangat dan iktibar kepada ahli parti untuk terus berjuang mempertahankan bangsa dan tanah air ini,” katanya. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri…
Read MoreBarisan Exco Pulau Pinang direstui Pusat
TANJONG 16 Ogos – Kombinasi barisan Exco Kerajaan Perpaduan Pulau Pinang yang melibatkan lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, dua PKR dan seorang Barisan Nasional (BN), direstui kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) dan BN peringkat Pusat. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow memaklumkan, beliau memuktamadkan senarai itu petang semalam setelah ia mendapat persetujuan sebulat suara pemimpin komponen parti masing-masing dalam dua gabungan berkenaan. “Saya cuma dapat memuktamadkan (senarai EXCO) setelah semua disampaikan kepada pemimpin parti peringkat Pusat. Bagi BN, nama yang dihantar seorang sahaja, jadi kita memberi pertimbangan berdasarkan nama yang…
Read MoreRashidi wakil UMNO sertai Exco Pulau Pinang
TANJONG 16 Ogos – Selepas 15 tahun berada di luar kerajaan, wakil Barisan Nasional (BN) hari ini kembali menganggotai Kerajaan Negeri Pulau Pinang berikutan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Acheh, Rashidi Zinol sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco). BN sejak tahun 2008, berada di blok pembangkang selepas kerajaan yang diterajui Gerakan tumbang kepada gabungan DAP dan PKR. Hari ini 10 ADUN, termasuk tujuh muka baharu mengangkat sumpah sebagai Exco di hadapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, di Dewan Sri Pinang yang turut…
Read MoreKelantan yakin hubungan baik kerajaan pusat
KOTA BHARU 16 Ogos – Kerajaan Kelantan yakin hubungan baik antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan akan kekal kukuh dengan semangat federalisme, kata Menteri Besar yang baru dilantik, Nassuruddin Daud. Beliau berkata, kerajaan negeri mengambil pendekatan matang dan sejahtera dalam hubungan dengan kerajaan Persekutuan demi kesejahteraan rakyat. “Kerajaan negeri sentiasa mengambil pendekatan matang dan sejahtera dalam hubungan (baik) antara kerajaan dengan kerajaan (G2G) demi kesejahteraan rakyat. Pada masa sama, kita akan meneruskan dasar membangun bersama Islam (MBI) sebagai asas pentadbiran negeri seperti yang diamalkan oleh kerajaan sebelum ini. “Dasar ini…
Read MoreBarisan Exco Terengganu 2023
SENARAI portfolio Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu 2023 Jawatankuasa Ekonomi, Kewangan, Pelaburan, Tanah dan Sumber Asli Negeri Terengganu Pengerusi : Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar Timbalan Pengerusi : Dr. Mamad bin Puteh Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan Negeri Terengganu Pengerusi : Dato’ Satiful Bahri bin Mamat Timbalan Pengerusi : Ahmad Shah bin Muhamed Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu Pengerusi : Wan Sukairi bin Wan Abdullah Timbalan Pengerusi : Ir. Saiful Azmi bin Hj Suhaili Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Negeri Terengganu…
Read MoreBersatu Terengganu dapat 3 penolong Exco
KUALA TERENGGANU 16 Ogos – Tiga lagi pemimpin Bersatu dilantik sebagai Timbalan Exco kerajaan negeri berkuat kuasa hari ini, tambahan kepada pelantikan Ketua Penerangan Bersatu, Razali Idris sebagai Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri yang baharu. Mereka adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Mohd Husaimi Hussin; ADUN Telemong, Mohd Zawawi Ismail dan ADUN Permaisuri, Mohd Yusop Majid. Mohd Husaimi dilantik sebagai Timbalan Exco Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau; Mohd Zawawi Timbalan Exco Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar, manakala Mohd Yusop…
Read MoreHari pertama bincang portfolio 10 Exco
TERENGGANU 16 Ogos – Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, memulakan tugas pada hari pertamanya, kira-kira pukul 9.05 pagi dengan mengetip kad perakam waktu sebelum memasuki pejabatnya di Tingkat 16, Wisma Darul Iman. Ketibaan Ahmad Samsuri disambut Setiausaha Sulit Kanan (SUSK), Idham Mustafa dan Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar, Mohd Hasbi Kyairi Ahmad Fuad serta pegawai dan kakitangan pejabat Menteri Besar. Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar untuk penggal kedua, semalam. Istiadat Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar itu berlangsung di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan…
Read MoreAdu domba’ melantik MB Kerajaan Perpaduan
MENJELANG majlis mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar (MB) Negeri Sembilan baru-baru ini, timbul pelbagai spekulasi mengenai siapa lebih layak dilantik sebagai Menteri Besar, sama ada PKR atau UMNO. Tidak pula DAP. Ada yang ‘memetik’ nama Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Aminuddin Harun untuk terus kekal sebagai Menteri Besar manakala satu lagi nama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias. Spekulasi ini timbul susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu di mana PH menguasai 17 kerusi manakala UMNO parti tunggal memperoleh 14 kerusi menyebabkan timbul pelbagai spekulasi mengenai…
Read More